CPPMA 18

692 42 3
                                    

"Cikgu Jom" ajak Intan selepas membayar buku yang dibelinya
"Intan, anak Mama" Radiana mendekati Intan untuk memeluknya. Intan berdiri di belakang Rizal
"Intan salam mama" arah Rizal
"Bila masa saya ada mama?? Bukan mama saya dah mati dah nak dekat sebulan dah dia mati" kata Intan. Terkejut Radiana mendengar ayat itu
"Intan tak elok cakap macam tu" tegur Rizal
"Jadi apa yang dia buat dekat saya elok??" Tanya Intan
"Buruk macam mana pun dia, dia tetap ibu Intan yang melahirkan Intan" tegur Rizal

"Saya dah maafkan dia tapi saya tak boleh tengok muka dia" kata Intan
"Tak apa lah mama faham, cikgu cikgu jaga anak saya baik baik" pesan Radiana pada Rizal sebelum dia melangkah tinggalkan Rizal dan Intan
"Jom cikgu" ajak Intan
"Kejap" Rizal berlari kearah Radiana
"Puan saya minta izin, saya nak kahwin dengan Intan" kata Rizal
"Saya izin kan, awak jaga dia baik baik, bagitahu dia saya sayang dia dan saya tak pernah kecewa dengan dia dan saya sentiasa doakan kebahagiaan dia" pesan Radiana. Rizal angguk

Mereka terus melangkah ke kedai makan dan memesan makanan, Sementara menunggu makanan sampai Intan bersuara
"Cikgu apa cikgu cakap dengan mama saya??" Tanya Intan
"Minta izin" jawab Rizal
"Minta izin apa??" Soal Intan
"Adalah" Kata Rizal sengaja merahsiakan
"Cikgu" pangg Intan
"Kenapa??"
"Pasal lamaran cikgu tu" kata Intan terhenti
"Kenapa??" Tanya Rizal berdebar
"Saya terima" jantung Rizal berdegub laju
"Ya Allah! Alhamdulillah! Thanks Intan" ucap Rizal tenang walaupun perasaan dia terlalu seronok

Selepas makan, Rizal menghantar Intan balik ke rumahnya
"Okay dah sampai" kata Rizal apabila tuba di depan pintu rumah Intan
"Terima kasih cikgu" ucap Intan
"Sama sama" jawab Rizal
"Ni pasal majlis nanti kita bincang okay??" Kata Rizal Intan angguk setuju
"Saya balik dulu, kunci pintu esok cikgu datang ambik okay??" Kata Rizal
"Okay, bawak motor elok elok bye" lambai Intan dan terus menutup pintu, selepas mendengar pintu dikunci Rizal melangkah untuk balik ke rumah sewanya

Sampai di rumah sewanya dia terus bersorak
"Wuuhhuuu!!!!" Jeritnya. Menggelupur Izzat, Asri dan Afif berlari keluar
"Kenapa?? Jatuh ke??" Tanya mereka risau, Rizal hanya tersenyum dan tiba tiba memeluk mereka bertiga
"Woi! Kau demam ke??" Tanya Izzat
"Aku"
"Kau??" Asri, Afif dan Izzat memantikan ayat seterusnya

"Intan"
"Hah??" Serentak mereka
"Kita orang"
"Cepat lah!!" Geram mereka
"Intan dah setuju nak kahwin dengan aku!!" Kata Rizal dengan nada teruja
"Serious lah?!!" Soal mereka, Rizal angguk
"Yeah!!" Sorak mereka
"Jom sambung dalam"

Rizal memberitahu berita gembira pada mak dan ayahnya, mereka sangat gembira dan minta untuk mempercepatkan majlis, Rizal menantikan tarikh dari Intan itu jawapan yang diberikan olehnya

*************************************************

Keesokkannya selepas sekolah School Squad bersama Izzat, Rizal, Asri dan Afif akan keluar untuk meraikan Intan dan Rizal yang bakal berkahwin walaupun School Squad belum tahu itu adalah tujuan utama mereka keluar bersama

Rizal sudah menjadi rutin akan di kerumuni pelajar perempuan selepas waktu sekolah habis dan Intan adalah penyelamatnya, Intan akan menarik tangan Rizal tetapi kali ini tak kerana Intan di marahi mereka pula

"Intan?! Kau sebok lah!!" Marah salah seorang dari mereka
"Kalau aku tak kesah pasal tugas aku tak ada maknanya aku nak tarik cikgu Rizal ni, tak rajin dari aku tarik dia baik aku balik rumah rehat" kata Intan
"So pergi lah balik?!" Halau mereka
"Sekarang masih dalam kawasan sekolah jadi aku ada hak nak bawak cikgu Rizal ni keluar dari kerumunan korang" kata Intan sambil menarik tangan Rizal dan meninggalkan mereka, mereka memandang geram

"Thanks untuk entah berapa kali" ucap Rizal, Intan melemparkan senyuman
"Intan!" Panggil School Squad
"Hi cikgu" ucap Aura
"Hi"
"Zal! Kau pergi mana??" Tanya Izzat
"Macam biasa kena kerumun, cikgu paling popular lah katakan" menyampuk Asri
"So nanti kita jumpa dekat mall terus okay??" Cadang Afif
"Okay setuju" balas School Squad

Selepas mereka menukar baju Aura, Anan dan Nufa ke mall dan menunggu di kedai yang ditetapkan oleh Afif. Beberapa minit kemudian Afif, Izzat dan Asri tiba
"Mana cikgu Rizal??" Tanya Nufa
"Nanti dia sampai" kata Izzat

Rizal mengambil Intan di rumahnya dan terus ke mall
"Assalamualaikum sorry lambat" kata Rizal
"Kau datang dengan cikgu Rizal ke??" Tanya Aura, Intan hanya senyum
"Okay cikgu ajak korang semua keluar ni ada satu benda berita nak bagitahu, tapi janji ni antara kita je boleh??" Kata Afif, School Squad angguk setuju
"Saya dengan Intan akan kahwin dalam masa terdekat" kata Rizal. School Squad terdiam terkejut

"Se..se..sejak bila??" Gagap Anan
"Apa yg sejak bila??" Tanya Rizal
"Cikgu couple dengan Intan" Kata Anan
"Kita orang tak couple" kata Intan
"Kita orang tak mimpi kan??" Soal Aura
"Tak!" kata Izzat, Asri, Afif, Rizal dan Intan serentak
"Yeah!!!" Tiba tiba School Squad bersorak dan memeluk Intan

"Congrats wey!!!" Ucap mereka
"Lepas ni kita orang tak lah risau sangat kalau kau stay rumah sorang sorang" kata Nufa
"Haah tak ada lah kita orang nak video call kau setiap malam, pesan suruh kunci pintu" tambah Anan
"Betul betul!!" Sokong Aura
"Okay hari ni kita orang belanja korang makan dan tengok wayang" kata Izzat
"Yeah!!!" Sorak School Squad

Selepas makan mereka membeli tiket, sementara menunggu waktu tayangan mereka jalan jalan
"Nanti mesti wedding korang jadi wedding of the year" kata Nufa
"Tak payah nak mengarut" marah Intan
"Garang bakal bini kau ni Zal" kata Izzat
"Tu lah" gurau Rizal, Intan memukul lengan Rizal
"Wey kita orang nak pergi sana kejap" kata Afif, Rizal dan Intan angguk
"Kita orang berdua stay sini je" kata Rizal

"Tunggu sini kejap" kata Rizal
"Cikgu nak pergi mana??" Tanya Rizal
"Kejap je" Rizal meninggalkan Intan sendiri, tak lama kemudian Rizal datang dengan dua ice cream ditangan
"Nah" hulur Rizal
"Tq" ucap Intan
"Mana cikgu tahu saya suka ice cream coklat??" Tanya Intan
"Lupa ke saya baca diary awak" kata Rizal
"Untung cikgu dah kenal saya tapi saya tak kenal pun cikgu" kata Intan membuat muka kecewa

"Tak payah nak merajuk, nanti lepas kahwin kita kenal lah lebih rapat okay??" Soal Rizal, Intan tersenyum
"Nah cuba rasa ni" Rizal menghulurkan ice creamnya pada Intan
"Tak nak vanilla" Intan kurang minat dengan vanilla, Rizal membuat muka sedih
"Sampai hati" kata Rizal
"Okay okay" Intan mengambil sedikit ice cream dari Rizal

Sedang Intan merasa Rizal menceit sedikit ice cream dan meletakkan di hidung Intan
"Cikgu!!" Marah Intan
"Biar biar, comel" Rizal menghalang Intan mengelap ice cream di hidungnya
"Melekit lah"
"Okay mari cikgu buat" Rizal mengambil tisu dan lap hidung Intan

"Sweetnya"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Siapa yang tegur 🤔🤔
Nak tahu sambungan Stay tune

Jangan lupa like and comment tau 😉😉

CIKGU PALING POPULAR MINAT AKU!! ✔️✔️Where stories live. Discover now