"Tak! Aiman tak percaya kalau Nel tolak pinangan, Man! Dia kata dia sayangkan, Man. Mungkin ada sebab dia buat semua tu mak." rungut Aiman, seolah-olah tidak percaya. Neldia tolak pinangannya? Mustahil! Padahal wanita itu telah berjanji sudi sehidup semati bersamanya. Mungkin emaknya sengaja ingin menakut-nakutkan dia dengan berita buruk itu.
Hasnah mula hilang sabar, sudah dikatakan berkali-kali benda yang sama tapi masih lagi hendak wanita sombong itu menjadi isterinya. Apa yang perempuan itu telah meracun fikiran Aiman sehingga tergilakan dia begini? Kurang ajar betul!
"Hei, Man! Perempuan tu cakap macam tu sebab dia nak akan harta kamu. Boleh tak buka fikiran itu sikit? Fikir yang perempuan tu takkan pernah cintakan kamu!"bidas Mak cik Hasnah.
"Tapi mak… Aiman lebih kenal siapa Nel, mak. Dia tak macam yang kita fikirkan selama ni." keluh Aiman.
"Habis dia macam siapa huh? Macam adik kamu, Adinda? Hei, adik kamu itu lebih mulia daripada gadis gold digger itu tau! Setakat perempuan macam Neldia tu, mak boleh cari tepi jalan aje lah! Dia tak layak pun jadi sebahagian keluarga kita!”
PAP!
Aiman menghentak meja dihadapannya tidak puas hati, lantas dia berdiri memandang emaknya. Tersentak mak cik Hasnah dibuatnya, mujur tidak luruh jantung tadi.
"Mak takda hak nak cakap Neldia macam tu! Ada sebab dia pinjam duit, Man! Dia bukan gold digger mak!" bentak Aiman, masih lagi hendak menegakkan benang yang basah. Mak cik Hasnah mula meraut wajah. Entah apalah yang si Neldia Rose tu meracuni fikiran Aiman sampai begini sekali.
"Inilah sebabnya...inilah sebab mak tak suka kamu berkawan dengan perempuan macam Nel itu! Sampaikan aku yang besarkan kau daripada kecil sampai ke tua bangka ini pun kau melawan! Kau kalau kawin dengan dia, jangan harap mak terima dia jadi menantu. Ingat sikit, syurga kamu tetap pada mak. Bukan perempuan tu!" degus Mak cik Hasnah. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya yang berada dihujung berdekatan dengan dapur. Aiman mengetap bibirnya, tangan dikepal sekuat mungkin cuba menahan rasa panas barannya.
Adinda mengeluh kecil."Bang... Ada banyak lagi perempuan dalam dunia ini. Kawan Dinda pun ada yang masih tak berpunya. Kalau abang nak... Adinda boleh.. "
"Aku tak nak perempuan lain selain Neldia. Hanya aku sahaja tahu perempuan itu macam mana!" tegasnya. Tetap tidak mahu mengalah. Hatinya kuat mengatakan bahawa Neldia Rose punya alasan tersendiri kerana menolak pinangannya.
Aiman menggeleng kepala. Dia perlu dengar sendiri penjelasan dari wanita itu! Segelas air puteh diteguk sebelum dia berlalu keluar dari rumah. Namun langkahnya terhenti dimuka pintu saat bertembung dengan seorang lelaki berkaca mata hitam, memakai coat biru gelap. Itulah dia, Nik Ashraf.
"Bang, kenapa ni?" Tegur Nik Ashraf, pelik apabila melihat muka lelaki itu yang merah padam. Namun hanya jelingan sahaja dibalas Aiman. Bahu Nik terus dilanggarnya, menyambung langkah menuju ke arah mptorsikal skuter berwarna merah dihalaman rumahnya. Lantas dia menghidupkan enjin motor itu sebelum dibawa pergi bersama.
Nik mengerut kening.Dia memandang Adinda yang masih tercegat di ruang tamu.
"Kenapa dengan abang Man tu Adinda?" Soalnya.
"Biasalah, bang. lamaran baru kena tolak, pasrahlah jawabnya.” balas Adinda.
"kena tolak?"Nik sedikit terkejut. Siapa wanita yang berani menolak pinangan Aiman?
"Haah. Yang abang datang rumah tiba-tiba ni kenapa?" giliran Adinda pula untuk menyoal.
Nik tersengih menampakkan gigi sambil rambut belakang digosoknya, perlahan.
YOU ARE READING
I AM NOT FOR SALE [NOVEL]
RomanceWarning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat...