"Kau ingat ya perempuan, kau jangan jumpa anak aku lagi! Dasar kaki kikis duit! Harap aje muka cantik, tapi hati busuk!" Tempelak Mak Cik Hasnah begitu geram sekali. Panas hatinya apabila pinangan buat anaknya ditolak mentah-mentah oleh wanita berambut perang yang bersandar dimuka pintu itu, Neldia Rose.
Tanganku menutup mulut, buat-buat seperti menguap. Bosan mendengar ayat yang sama apabila dia menolak pinangan orang buat kali ke enam. Semua jawapannya sama. Iaitu tidak, tidak dan tidak. Padahal sebelum ini bukan main lagi menjalinkan hubungan sehingga riuh satu kampung, bila diajak kawin terus tolak awal-awal.
“Sudahlah, mak. Marilah kita balik. Dah dia tak nak. Nak buat macam mana? Kita tak boleh nak paksa hati dia mak." pujuk Adinda, anak kedua perempuannya.Dia mengusap dada Mak cik hasnah yang turun naik menahan amarah. Malah Neldia Rose hanya menjeling benci. Baginya wanita bertudung labuh biru disebelah mak cik tua kerepot itu hanya sekadar berlakon baik. Acah-acah ayu sahaja…
. Aku benci dengan wanita itu!
Adinda konon! Apa dia ingat zaman diraja ke nak adinda, kanda, bonda,
janda?Eh? Janda??
“Hei, Adinda! Siapa yang boleh sabar dengan perempuan macam dia?! Dah berapa ramai lelaki yang dia pergunakan, sampai habis duit mereka! tapi kau tengok apa perempuan sial ni buat?! Sampaikan Aiman pun dia buat macam sampah! Kau ingat anak aku bank ke?!" marah Hasnah.
Anak sulungnya Aiman benar-benar mencintai Neldia Rose, sehinggakan sanggup mengeluarkan wang untuk belanja si wanita yang kononnya ‘kekasih’ itu shopping. Bukannya sikit Aiman sanggup keluarkan duit, kadang-kadang sampai lima ribu dikeluarkan dari bank semata-mata hendak memuaskan wanita itu dengan barang-barang mahal. Malang sekali, kali ini dia ditolak seperti anjing kurap.
Entah apa yang Hasnah mahu beritahu pada Aiman sewaktu pulang ke rumah nanti. Pasti hati anaknya sedih dan kecewa gara-gara gadis mata duitan ini.
Neldia Rose menjeling dengan muka tak bersalah dan bersiul. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Malas ingin melayan orang tua itu bersama anaknya, Adinda. Biarlah nak memekak sampai esok pagi pun.
Puan Haya yang turut kecewa dengan tindakan anaknya hanya mampu berdiam diri. Siapalah dia ingin menentukan jodoh untuk Neldia? Ini bukan drama yang boleh main paksa memaksa. Jika tidak terima, segala harta pusaka tidak dapat diperoleh. Tidak! Dia bukan di dunia itu. Ini adalah realiti."Hei, Neldia Rose!" jerit Mak cik Hasnah.
Langkah Neldia rose terhenti disitu. Dia tidak menoleh ke belakang, tetapi masih menantikan apa yang Mak cik Hasnah ingin katakan padanya.Tangan Adinda yang mengurut dadanya ditepis, dia melangkah ke tangga rumah berwarna merah itu. Ingin lebih dekat dengan wanita yang berlagak sombong itu. Biar dia dengar jelas-jelas apa yang dia ingin kata!
"Kau dengar sini, perempuan. Selepas ini, aku akan pastikan kau takkan laku lagi untuk jadi bini orang! Biar semua orang kampung disini tahu yang kau tu mata duitan! Biar kau membujang sampai ke tua. Baru padan dengan muka kau! "sinisnya.
Neldia rose tersenyum menyenget. Dia memusing memandang Mak cik Hasnah dengan mengangkat kening sebelahnya.
"who are you nak kata yang aku ni tak laku? Huh? Tuhan ke?" soal Neldia Rose, selamba. Sedikit rasa hormat pun tiada dalam dirinya. Hanya bahasa aku, kau sahaja digunakan untuk orang tua itu. Memang padan pun!
"Memang aku bukan Tuhan. Tapi perangai kau ni memang dah buat ramai orang sakit hati! Jangan sampai satu hari nanti kau menyesal dengan tindakan kau. Kau cuma perempuan murah kau tahu tak?!"bentak hasnah.
Neldia Rose mengecilkan matanya. Siapa perempuan murah yang Mak cik Hasnah katakan sekarang ini? Aku kah?
"Excuse me? Kau ingat Adinda tu mahal sangatlah? Anak kau itu pun dua kali lima lah!"balasku, berani.
"hei, anak aku bukan macam kau! Beribu lelaki nak dia, tapi dia tak sombong, bongkak macam kau! Lagipun, yang nak dia ustaz. Bukan macam kau yang digilai mat rempit!"
"sial betul perempuan tua ni.. "
terkacip-kacip gigiku menahan sindiran dari orang tua mulut puaka itu. Hendak sahaja aku turun ke bawah dan menampar mulut dia tetapi Puan Haya terlebih dahulu menghalang.
"Sudah, Nel!" Puan Haya menarik tangan anaknya mengundur ke belakang sebelum hal menjadi lebih rumit. Begitu juga Adinda memujuk emakunya untuk bersabar dengan tingkah laku wanita sombong itu.
Puan Haya mengeluh kecil. Dia memandang Mak cik Hasnah dengan kecewa. Dia juga tak mampu untuk menerima semua ini, tetapi apakan daya. setiap jawapan, hanya Neldia Rose sahaja yang mampu tentukan.
"Hasnah, aku minta maaf sebab anak aku tolak lamaran anak kau. Mungkin Aiman bukan jodoh dia."rayu Puan Haya.
"Ini bukan soal jodoh, Haya. Tapi ini soal anak kau yang kaki kikis duit! Kau tahukan anak aku betul-betul cintakan perempuan ni sehingga sanggup habiskan duit kerjanya. Tapi kau tengok apa anak kau dah buat!"
"Hasnah, aku tak boleh nak cakap apa. Tapi kau pun tahu anak aku tak sudi dengan anak kau. Kau terima sajalah Hasnah."
"Terima? Terima mentah-mentah dengan apa yang anak kau buat sekarang ni? Huh? Kau dengan anak kau sama saja, jahat! Mata duitan! Dah hidup pun miskin, buat cara miskin. Jangan mengikis duit orang macam pengemis!"sindirnya lagi.
Neldia rose mula hilang sabar apabila keluarganya digelar pengemis. Tahulah mereka itu daripada keturunan berada, tapi mereka tiada hak untuk kutuk begitu.
"Hei, Mak cik Hasnah! Aku tak hamaklah nak anak kau. Anak kau itu yang tergila-gilakan aku. Bukan aku yang paksa dia belanja, dia sendiri yang keluarkan duit untuk belanja aku! So, jangan nak tuduh yang keluarga aku pengemis!"bentak Neldia Rose, geram.
"Heh, aku lebih kenal anak akulah. Selepas ini, aku dah tak nak ada kena mengena dengan keluarga kau! Kau jangan sesekali jumpa anak aku lagi. Kalau aku dapat tahu, siap kau!"
"Aku pun tak teringinlah!"balas Neldia Rose.Mak cik Hasnah menjeling, benci. Dia mendengus. Selipar disarungnya kemudian terus beredar meninggalkan halaman rumah itu. Adinda mengeluh kecil, melihat emaknya yang pergi dengan kemarahan. Dia mengalih pandangan ke arah Puan Haya. Senyuman kelat muncul dibibir Adinda.
"Maafkan mak Adinda ya Mak cik Haya. Esok lusa baiklah tu hatinya. Mak cik Haya jangan risau ya."pujuk Adinda
Puan Haya mengangguk kepala.Adinda menghulur tangannya ingin menyalami tangan Puan Haya, sebelum dia beralih ingin menyalam Neldia Rose pula. Tak sempat dia ingin mencapai tangan wanita itu, Neldia rose telah pun berlalu masuk ke dalam rumah dengan meninggalkan jelingannya yang tajam.
Tak hilang kesombongan itu biarpun dia tahu dia bersalah. Puan Haya mendiamkan diri. Dia malu dengan apa yang jadi sekarang, tetapi masih cuba untuk menyembunyikannya."Adinda pergi dulu ya, mak cik haya."pamit Adinda.
Puan Haya mengangguk, mereka belanggar pipi sebelum Adinda berlari anak mengejar ibunya yang sudah jauh ke depan meninggalkannya. Setelah kelibat mereka menjauh, Puan Haya menoleh ke belakang memandang anaknya yang duduk diruang tamu. Keluhan kecil dihembus keluar.“Kenapa Neldia buat keluarga Mak cik Hasnah macam itu? Bukan ke Aiman tu baik orangnya? Lagipun, sebelum ni Neldia memang rapat dengan dia, kan?”
“Neldia tak nak. Jadi maksudnya tak naklah. Simple.”jawabnya, selamba tanpa menoleh memandang Puan Haya. Matanya tumpu menononton rancangan yang dimainkan di kaca televisyen.
“Tapi Aiman tu kan…”
“Mak, please shut up! Neldia tahu apa yang Neldia buat. Mak tak tahu apa-apa jadi mak diam aje! Apa nak jadi selepas ni, jadilah! Neldia dah biasa hidup dalam kedaan macam ni. Dah nama pun bukan jodoh, nak dipaksa lagi buat apa? Rimaslah!” Neldia Rose mendengus, geram. Serabut kepala otak dibuatnya. Terus hilang mood ingin melayan drama kegemarannya. Lantas alat kawalan jauh di capai lalu siaran itu dimatikan secara automatik. Kemudian, Neldia Rose terus bangun dari sofa menapak masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas tutup dengan kuat.
Terhinjut bahu Puan Haya yang mendengarnya. Sekali lagi Puan Haya mengeluh berat.
“Ya Allah… sampai bila anak aku nak jadi macam ni?”keluh Puan Haya berbaur kecewa.
YOU ARE READING
I AM NOT FOR SALE [NOVEL]
RomansWarning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat...