8

38.2K 2.3K 161
                                    

PAKAIAN yang basah diperahnya, lantas dikibas berkali-kali sebelum disidai pada ampaian yang berada disebelah kanan rumahnya.

Senyuman sinis terbit dibibir mak cik Hasnah, apabila melihat Puan Haya yang melakukan kerja rumah sendiri. Ada anak tetapi semua kerja serahkan pada orang tua, tidak seperti anak aku yang sentiasa menolong aku membuat kerja rumah. Sinis Mak cik Hasnah didalam hati.

“Anak kau tu memang dasar pemalas kan? Sudahlah mata duitan, lepastu pemalas pula. Ish, ish, ish.. Aku kesian betullah dengan kau, Haya. Tak pasal-pasal dapat anak macam itu. Nasib baiklah aku dapat anak yang soleh dan solehah." sindirnya. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba hendak memekik. Puan Haya tidak membalas apa. Sengaja dia pekakkan telinga untuk tidak mendengar setiap sindiran yang dilemparkan Mak cik Hasnah.

“Kau nak tahu tak? Segala kerja rumah aku, anak aku Adinda dengan Aiman saja tau yang buat. Aku pula cuma perlu duduk rumah goyang kaki saja di rumah. Itu menandakan aku ni pandai didik anak supaya mereka balas jasa aku. Bukan macam kau! Didik anak sampai ke laut!" sindirnya, pedas.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Hasnah? Anak aku pergi kerja, sebab itulah aku yang buat kerja-kerja rumah ni. Boleh tak sekali kau jangan hina anak aku macam itu. Seburuk-buruk anak aku, dia tak pernah abaikan aku." herdik Puan Haya. Hilang sabarnya apabila Mak Cik Hasnah sesuka hati menghina anak perempuannya. Malah, Mak cik Hasnah hanya menjeling, berlagak.

Ceh, anak dah buat malu keluarga pun masih lagi nak bela. Nak tunjuk seorang ibu yang pernyayanglah kononnya.sindir Mak cik Hasnah didalam hatinya.

"Anak aku pun kerja juga, Haya oi! Tapi diaorang tak pernah lupakan kerja rumah aku. Entah-entah anak kau tu tak bekerja, tapi sibuk kejar jantan dekat luar sana untuk minta duit.  Almaklumlah, anak kau kan mata duitan. Mana mahunya dia kerja, betul tak? Mentang-mentanglah muka cantik, senang nak goda lelaki. Murah betul anak kau tu kan?"

Puan Haya hanya mendiam. Malas hendak melayan karenah perempuan tua dibelakangnya itu. Bila pula kain jemuran aku ni nak habis? Cepat-cepat puan haya menghabiskan baju yang hendak dijemurnya. Malas nak hadap si mulut puaka itu!

"Kalau nak dibandingkan si Neldia itu dengan Adinda. Memang jauh bezanya. Anak aku itu ibarat permata yang jauh lebih mahal tau, hanya orang tertentu sahaja yang boleh membelinya. Iaitu Nik. Ramai orang kampung yang cemburu dengan aku sebab dapat bermenantukan lelaki kaya. Tapi kau pula? Hanya mampu tanggung malu. Haha!"

Puan Haya memusing memandang Mak cik Hasnah dibelakangnya. Bakul yang sudah kosong pula diangkat, diletakkan disamping pinggangnya.

"Anak aku pula lagi mahal daripada permata. Dia bukan emas, dia bukan belian, tapi dia seorang gadis yang tak mampu dibeli dengan mana-mana lelaki. Harga maruah dia tak mampu dibeli dengan duit. Sebab itulah anak aku tak pernah kahwin dengan lelaki yang bukan jodoh dia. Insya-Allah, satu hari nanti dia sendiri akan buktikan yang dia bukan mata duitan macam yang kau sangkakan." Ujar Puan Haya, meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Puas apabila melihat Mak cik hasnah yang terkunci mendengar kata-katanya. Puan Haya hanya mampu tersenyum menyenget, dia terus berlalu masuk kedalam rumah.

“Cis! Sajalah tu nak buat ayat deep. Kau ingat aku terasa?!"












HARI berganti malam, Nik menggosok leherya perlahan. Entah kenapa dia berasa tidak selesa malam ini. Tubuhnya terasa seram sejuk seperti ada yang mendapinginya. Hendak kata hujan malam ini pun tidak. Apa yang sedang terjadi sebenarnya pada diri aku?

"Apasal dengan aku ni? Sejak daripada tadi lagi aku asyik tidak duduk diam? Takkan aku demam kot?" Soal Nik pada dirinya sendiri. Dia menyentuh dahinya seketika, tidak pula terasa panasnya. Suhu biasa sahaja.

"Apa yang tak kena ni, ya Allah?"

Nik bangun semula daripada terus duduk diatas birai katilnya. Dia berjalan Kehulur-kehilir mencari punca mengapa dia menjadi begini.

"Pagi tadi tak silap aku, aku tak pergi mana pun selain duduk dalam ofis. Nak kata keluar jumpa Adinda pun tidak. Jumpa kawan aku pun tidak, kecuali Nel..."

Dia terhenti dengan sendirinya. Spontan dia teringat tentang Neldia yang menyentuh bahunya sesuka hati pagi tadi. Entah-entah, perempuan tu ada letak sesuatu pada baju aku? Nik membuat spekulasi sendiri.
Terus dia berlari ke arah bakul yang diletakkan pakaian yang telah dipakainya pagi tadi. Coat  hitam dicapainya, lalu dihidu ingin mengesan bau yang tidak kena.

"Tak ada pula bau apa-apa. Tak boleh jadi ni! Mesti perempuan tu ada hantar something dekat aku! Mentang-mentang aku tak layan dia, sesuka hati dia aje untuk hantar benda tak elok dekat aku!"
Coat hitamnya dicampak kembali kedalam bakul. Dia berlari anak mendapatkan kunci kereta yang berada diatas meja soleknya. Tombol pintu dipulas, lalu ditariknya.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Where stories live. Discover now