3

45K 2.7K 544
                                        

Tudung saji ditarikku, memasang niat untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong, lapar. Namun aku terkedu sejenak, saat dalamnya kosong tanpa sebarang makanan. Aku mula mengeluh kecil, tudung saji diletakkan kembali keatas meja.

"Mak!" jerit Neldia Rose, memanggil puan Haya yang sibuk menjahit baju dibiliknya. Lekas Puan Haya bangun dan berlari anak menuju ke dapur saat mendengar suara anak perempuannya memanggil.

"Ya, Neldia kenapa?"tanya Puan Haya.

"Makanan semua mana? Takkan satu sen pun tak ada? Sekurang-kurangnya hidanglah biskut ke apa, bukan kosong macam ni!" herdik Neldia Rose, tudung saji ditepisnya dengan amarah. Puan Haya menunduk kesal sambil kepala digelengnya, tanda dia tidak mempunyai satu sen pun untuk membeli makanan.

"Maaflah Neldia. Upah jahit baju mak belum dapatkan lagi. Lagipun, mak nak kumpul duit untuk bayar hutang bapak kamu. Along-along itu dah mula ugut mak."rungut Puan Haya.

Aku mendengus.

“Inilah sebabnya… inilah sebab utama Nel jadi macam ini, dah lah hidup miskin selepas itu kena tanggung bala orang tua jahanam tu lagi! Yang mak pandai-pandai pergi nikah dengan orang macam bapak tu kenapa? Yang dia tahu cuma bawa mala petaka aje dalam hidup kita! Kalau mak tak kahwin dengan dia, kita ni takkan sengsara macam sekarang tahu tak? Nel pun takkan kemaruk goda jantan untuk kikis duit diaorang!"

"NELDIA!" Puan Haya menyentuh dadanya yang terasa digiris dengan kata-kata yang dilemparkan Neldia Rose tanpa rasa bersalah. Akan tetapi, Neldia Rose hanya menjuliing anak mata ke atas dengan mimik muka menyampah.

Mulalah tu nak back up orang tua tu…

"Sejahat-jahat bapak kamu, dia berkorban juga cari duit untuk beri kamu makan! Sampai hati kamu cakap macam tu pada ayah sendiri.."

"oh, bagi makan…. bagi makan guna duit apa? Duit along atau duit judi?" soal Neldia, sinis.

Puan Haya terkesima. Dia kematian kata. Terkulat-kulat ingin menjawab soalan dari anak perempuannya. Ya, memang tak dinafikan arwah suaminya mencari duit dengan hasil pertaruhan judi dan pinjaman daripada along.

Neldia Rose tersenyum menyenget, tahu pun nak terdiam! Kemudian, aku menapak menuju ke arah pintu utama. Langkah di berhentikan saat sampai dimuka pintu. Aku menoleh kebelakang, memandang puan Haya yang masih tercegat didapur.

“Neldia tak pernah salahkan mak dalam hal ni. Dah memang takdir kita hidup macam ni, kan? Nak buat macam mana lagi? Tapi satu aje yang Nel nak mak tahu… Nel takkan biarkan kita hidup macam ni sampai bila-bila. Dan kalau Mak cik tua kerepot tu ada hina mak selepas ni, mak tak perlulah nak layan dia. Biar aje mulut celupar dia tu mengata orang. Anak dia tu pun, dua kali lima sahaja. Tak adalah baik sangat pun.”Sinis Neldia Rose. Puan Haya tidak membalas apa. Langkah disambung kembali keluar daripada kawasan rumah itu, meninggalkan Puan Haya berseorangan.








GERAI kecil ditepi jalan menjadi sasaran Neldia Rose untuk membeli makanan. Bau keropok lekor yang digoreng menusuk masuk kehidungnya, begitu membuat aku terliur.

"Kak, bagi keropok lekor empat ringgit!" pinta Neldia Rose. Jurujual itu mengangguk kepala. Penyepit kuih dicapainya, lalu mencapai satu persatu keropok lekor seraya dimasukkan ke dalam plastik.

"Akak dengar cerita kau tolak pinangan anak Mak cik hasnah tu, betul ke?" jurujual itu menegur.

Haih… cepat betul si nenek kebayan tu sebarkan cerita. Tak guna betul! Neldia Rose hanya pekakkan telinga, kepala dipaling ke arah jalan raya. Memandang kereta yang lalu-lalang dikawasan itu.

Malas nak layan pertanyaan mak cik-mak cik bawang ni, buat sakit hati aje! Kalau betul pun, macamlah diaorang nak back up aku. Lagi nak dikutuk adalah. Selepas itu, canang satu kampung.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang