MTF - BAB 1

197 14 2
                                    

MORE THAN FRIEND
BAB 1

Mata Afia melilau mencari kelibat Daniel. Ish. Mana babun ni. Afia mencarut dalam hati. Tak ada dia berani nak mencarut kuat-kuat. Nanti terdengar dek cikgu yang lalu lalang kat situ memang nahas lah jawabnya.

“Kau ni dah kenapa?” tegur satu suara garau. Serta merta Afia berubah wajah. Ceria. Dia menoleh ke belakang.

“Uisshhhh. Macam ada kuasa magik kau eh. Sebut nama kau dalam hati je terus muncul kat sini.” seloroh Afia bersahaja. Mata Daniel sengaja dikecilkan. Tahu apa yang gadis comel di hadapannya itu fikirkan.

“Tahu lah kau mencarut dalam hati kalau tengah cari aku. Jangan nak kelentong eh.” perli Daniel. Mereka kini jalan seiringan menuju ke kantin sekolah. Time rehat kan. Semua pelajar berpusu-pusu untuk membeli makanan di kantin. Semua jelas kebuluran.

“Nah. Ini nasi lemak. Fav kau.” kata Daniel sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada Afia. Ini yang aku sayang kau ni Nell. Love you. Muaaah muaaahh. Eh melebih pula. Hihihi.

“Hihi. Thanks Nell.” sambut Afia. Daniel melabuhkan punggung di tepi Afia. Mereka berdua memang macam belangkas. Siapa tak kenal dengan mereka. Si cantik dan si kacak. Sampai ada yang salah faham bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Tak kurang juga ada yang cemburu melihat mereka berdua. Ahh lantak lah. Aku kenal Daniel sejak dari lahir kot.

Usai makan, Afia mengajak Daniel ke perpustakaan sekolah. Di situ mereka sama-sama mengulang kaji sebelum kelas bermula.

Daniel dan Afia berada di kelas yang sama. Kelas untuk budak pandai dan nerd. Hahaha tapi tak semestinya semua nerd okay.

Daniel yang ralit mengulang kaji addmath  tidak sedar Afia sedang memerhatikannya dari depan.

Dari dahi turun ke hidung dan dari hidung turun ke mulut. Kacak. Tapi kenapa aku tak ada perasaan dekat dia? Sedangkan semua pelajar perempuan kat sekolah ni tergila-gilakan Daniel. Beruntung siapa jadi girlfriends dia nanti.

“Dah puas ke tilik muka aku yang memang sedia kacak ni?” Daniel mengangkat kening sebelah. Kantoi kau Afia. Afia hanya tersengih menutup malu. Aihhh. Tahu malu pulak kau ye. Gatal tilik anak teruna orang macam tu tau.

“Tak de lah. Aku hairan lah, punya ramai gadis-gadis gedik kat luar tu yang tergila-gilakan kau. Kau buat tak tahu je. Ke kau gay nell? Kau jangan.” tanya Afia sambil menongkatkan dagunya ke meja. Suara sengaja dikecilkan kerana mereka masih berada di perpustakaan. Kang nanti ada pula buku ajaib terbang hinggap kat kepala.

Daniel memandang Afia sebelum dia menoleh semula ke muka buku addmath di hadapannya. Huish. Daniel ni champion matapelajaran addmath tau.

“Bukan tak nak layan. Remeh tahu tak. Bagus lagi aku fokus dengan SPM yang makin dekat ni.” jawab Daniel bersahaja tanpa memandang Afia. Afia pula mengangguk beberapa kali tanda dia setuju dengan kenyataan Daniel. Mereka berdua sama sahaja apabila melibatkan hubungan couple ni. Remeh. Lagipun masih budak-budak lagi kan.

“Good boy nye kau eh.” puji Afia tak ikhlas kepada Daniel. Rambut lelaki itu diusap kasar. Daniel memasamkan muka. Tidak suka rambutnya diusik.

“Jom balik kelas. Tak lama lagi loceng rehat tamat berbunyi.” kata Daniel sambil mengemas buku di atas meja dan mula menarik tangan Afia. Dari jauh seseorang sedang memerhati dengan perasaan cemburu apabila melihat Daniel memegang erat tangan Afia.

MORE THAN FRIEND (✔️)Where stories live. Discover now