MORE THAN FRIEND
BAB 11Afia tersenyum lebar sambil melambai-lambai ke arah mummy dan daddynya yang berdiri di depan gate rumah. Selepas bersalaman dan berpelukan dengan mummy dan daddy, Afia dan Daniel terus meloloskan diri ke dalam perut kereta milik Daniel. Seminggu selepas Encik Gabriel bersama isteri balik daripada melancong ke Korea, mereka ada berita baik untuk Afia. Iaitu gadis itu dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka di Sibu.
Atuk Afia meminta agar gadis itu pulang menjenguknya di kampung memandangkan Afia sudah tamat sekolah. Rindu katanya. Hampir lima bulan Afia tidak pulang menjenguk aki (atuk) di rumah panjang. Kali ini, Daniel pula sibuk nak ikut dia pulang ke kampung. Boring katanya. Lagipun pernah juga dia ikut pulang ke rumah panjang aki dulu, tapi dulu lah. Lama sudah. Daniel ni orang bandar.
Walaupun mama Daniel kacukan Iban-chinese, mama Daniel membesar di bandar. Kampung halaman pula sudah lama tiada kerana kebakaran. Disebabkan orang baru-baru tidak mahu menetap di kampung, akhirnya mereka semua berhijrah ke bandar dan meninggalkan kampung halaman.
Sebab itu kalau Afia balik kampung, Daniel pula yang terlebih teruja. Dia suka akan suasana kampung. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Antaranya ialah boleh mandi sungai! Sebab dia tak ada rumah panjang seperti Afia, pada keluarga gadis itu lah dia menumpang kasih sayang orang rumah panjang. Seronok dapat balik ke kampung. Jauh dari hiruk pikuk bandar yang tidak pernah tidur.
"Ara. Bangun Ara, kita rest kat sini kejap." Terpisat-pisat Afia baru bangun tidur. Sedap je dia tidur sedangkan Daniel penat drive dari Kuching sampai ke Serian. Dah lah waktu macam ni memang banyak kenderaan. Sebab musim cuti sekolah kan. Memang meriah jalan raya.
Afia meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan hingga baju t-shirt yang dipakai ternaik ke atas menampakkan pusat Afia. Membulat mata Daniel. Dah lah tempat perhentian itu memang tengah banyak orang. Selamba je budak ni buat free show. Dibuatnya nampak oleh hidung belang tak ke percuma je. Cepat-cepat Daniel menarik hujung baju Afia ke bawah.
"Tak senonoh betul lah. Nak tayang aset ke?" Daniel menjeling tajam. Afia pula mencebik. Tak tahu apa kesalahan dirinya dijeling begitu.
Selepas berehat 20 minit di situ, mereka meneruskan lagi perjalanan mereka. Masih lagi Daniel yang drive sebab Afia belum ada lesen memandu. Bunyi bising di sebelahnya sedikit menganggu fokus Daniel. Mana tak nya, dari tadi bunyi kruh kruh keropok Afia membingitkan telinga. Annoying tau tak. Macam Afia ni kasi sengaja bunyi makan keropok di telinga Daniel. Dah lah tak share dengan orang kedekut. Harap nanti dia berak tai bertukar jadi keropok yang dia makan sorang-sorang.
"Yeahhhh dah sampai! Akiiiiiii! Inekkkkkk!" Afia keluar dari perut kereta dan terus menjerit. Terpejam mata Daniel. Bingit. Kalau boleh bergegar tanah dengan gema suara Afia. Tanpa menunggu lama Afia terus berlari naik anak tangga kaki lima dan terus ke ruai.
Terkejut aki dan inek(nenek) Afia apabila gadis itu terus memeluk inek yang sedang menganyam tikar. Apa lagi. Jejak kasih terus lah dengan cucu kesayangan. Kan lama tak jumpa. Tinggal lah Daniel krik krik angkat barang sorang-sorang. Kesian.
"Bertuah punya budak balik tak bagitau." Inek masih lagi berpeluk dengan Afia. Gadis itu pula hanya tersengih. Memang dia berjanji untuk pulang, tetapi tidak pula dia bagitau bila. Kejutan untuk inek and aki. How sweet tengok muka mereka sekarang. Bersinar-sinar wajah mereka. Teruja betul cucu kesayangan balik. Tetapi macam aku ada lupa something lah? Emmmm apa yaaaaa.....
YOU ARE READING
MORE THAN FRIEND (✔️)
RomanceDari best friend forever bertukar menjadi cinta sejati. Love story antara gadis bernama Afia Amara dan jejaka bernama Daniel Carnell. Start : 15 Nov 2019 End : 30 March 2022 Enjoy reading 🤗