MORE THAN FRIEND
BAB 8Daniel menghempaskan badannya ke katil. Lengan kanan diangkat dan digunakan untuk menutup matanya. Kemudian perlahan dia melihat tapak tangan yang digunakan untuk menampar Afia tadi. Dia kesal. Cukup kesal!
Tidak pernah sebelum ini dia mengasari gadis itu. Berpuluh kali dia cuba menghubungi Afia, namun gadis itu menyepi. Hendak ke rumahnya malam begini, tetapi dia tidak berdaya. Tidak berdaya untuk menghadapi kemarahan Afia. Kau pengecut Daniel! Dia berperang dengan dirinya sendiri. Daniel meraup wajahnya. Dia semakin gusar. Mata cuba dipejamkan. Otaknya pula ligat berfikir untuk memujuk Afia. Harap-harap agar hati gadis itu tidak sekeras batu.
~~~~~~~~
SPM DAY LAST
Afia sedang berborak bergelak ketawa bersama rakannya apabila Daniel baru sampai ke sekolah. Afia menganggap dia tidak wujud. Sophia yang perasan akan aura dingin itu mula menyiku gadis itu.
"Babe, korang gaduh ke? Dari tadi Daniel asyik pandang-pandang kau je. Aku pula yang naik rimas." Afia tidak mengendahkan kata-kata Sophia. Pertanyaan Sophia dibiarkan sepi. Mereka kembali berborak dengan rakan perempuan yang lain sementara menunggu cikgu datang membuat taklimat pagi seperti biasa. Masih awal lagi.
Daniel mengeluh. Dari tadi dia berharap agar Afia mengalihkan perhatian kepadanya tetapi hampa. Sedikit pun gadis itu tidak menoleh ke arahnya. Semenjak kejadian tempoh hari, Afia kembali dingin dengannya. Apabila dia datang bertandang ke rumah Afia, Daniel dianggap seperti halimunan. Dilimpas begitu sahaja.
Afia benar-benar keras kepala dengannya. Sedari tadi asyik merenung Afia, lain pula yang membalas renungannya. Daniel cepat-cepat mengalih pandangan apabila matanya secara tidak sengaja bertembung dengan mata Evangeline. Jika tidak mengenang hormat akan ibu dan bapa Evangeline tempoh hari, mahu saja dia memarahi gadis itu yang menyebabkan dia sanggup menampar Afia. Tapi nak salahkan Evangeline seratus peratus pun tidak boleh. Kerana salahnya juga tidak mahu percaya dengan kata-kata Afia. Dan kini dia menerima hukuman itu dengan terpaksa.
Hukuman perang dingin daripada Afia. Afia membuatkan dia seperti tunggul. Seperti orang asing. Jelas gadis itu marah dengannya.
Evangeline menjeling Daniel dari ekor matanya. Kemudian beralih ke arah Afia yang duduk di depan. Dia tersenyum tipis. Ini baru sikit Afia. Aku akan dapatkan apa yang aku nak. Evangeline kembali menundukkan kepalanya. Dia harus berkelakuan baik.
~~~~~~
Mackenzie tersengih-sengih berjalan keluar dari dewan peperiksaan. Akhirnya mereka sudah sah menjadi lepasan SPM. Dia berjalan ke depan foyer dan berdehem kuat. Serentak semua mengalihkan perhatian kepada Mackenzie yang berdiri tegak sambil tangan disilang ke belakang mengalahkan pengetua sekolah.
"hari ini merupakan hari terakhir kita berjumpa kawan ku." dengan nada yang sengaja dibuat sedih Mackenzie menekup mulutnya dengan telapak tangan. Pandai kau berlakon ye Mack. Kemudian dia tiba-tiba mendepakan tangannya dengan penuh tenaga.
"So sekarang aku nak belanja korang makan KFC. Jeng je jenggggg....." serentak dengan itu beberapa orang lelaki berkot hitam masuk ke foyer dan membawa beberapa kotak besar yang berisi ayam KFC. Mak aiiii! Dia angkut kedai KFC ke apa? Semua melopong melihat lelaki-lelaki itu meletakkan bungkusan KFC di atas meja. Macam yang dalam drama korea tu, semua lelaki berkot hitam itu siap memakai cermin mata hitam lagi. Sebelum mereka beredar dari situ, mereka semua serentak menundukkan kepala kepada Mackenzie tanda hormat. Mackenzie hanya mengoyangkan tangannya tanda menyuruh mereka terus pergi dari situ.
YOU ARE READING
MORE THAN FRIEND (✔️)
RomanceDari best friend forever bertukar menjadi cinta sejati. Love story antara gadis bernama Afia Amara dan jejaka bernama Daniel Carnell. Start : 15 Nov 2019 End : 30 March 2022 Enjoy reading 🤗