MTF - BAB 19

93 7 0
                                    

More Than Friend
Bab 19

Sayup-sayup suara kedengaran mencecah gegendang telinga Afia. Kelopak matanya cuba untuk dicelikkan namun terasa berat memaksa dia memejamkan mata dengan lebih kuat.

Kepala pula terasa berat. Seluruh anggota badan terasa berat. Seperti kena gam ke katil. Ya dia pasti sekarang dia tengah berbaring di atas katil. Tapi kenapa susah sangat nak bangun.

Hujung tunjuk jari cuba dibengkokkan. Kebas. Sakit!

"Aunty!!! Tangan Afia bergerak!!!"

Tu macam suara Sophia. Dia macam panik? Kenapa? Ya Tuhan. Sakit betul nak buka mata ni.

"Afi??!!! Afi sayang???! Kamu dengar suara mummy tak ni? Bangun Afi.. kesiankan mummy. Huhuhu..."

Ada orang raih tangan Afia dan meramasnya lembut. Tu suara mummy! Tapi aku masih tak dapat nak bergerak. Hanya air mata saja yang mengalir dari hujung mata.

"Panggil doktor Sophia. Cepat!"

Sekali lagi Afia cuba celikkan matanya. Sinaran cahaya menyilaukan mata tidak diperdulikan. Menusuk ke anak mata. Dikelip-kelip sebentar sebelum pandangan yang kabur bertukar normal. Cerah dan jelas. Tapi badan Afia masih lagi kaku.

Hanya mata saja yang terbuka luas. Itu pun selepas puas dicelikkan. Orang pertama yang menerjah pandangan Afia ialah Puan Aurora. Mummy Afia. Wajah tua itu kelihatan sugul dengan linangan air mata di pipi. Kenapa mummy menangis? Aku jadi bingung. Bertambah bingung.

"Syukur kepada Tuhan. Afi dah sedar sayang? Afi tunggu kejap ya, nanti doktor sampai periksa Afi. Tentu daddy gembira bila dengar Afi dah sedar."

Puan Aurora mengesat air mata yang mengalir di pipinya dengan tersenyum gembira. Gembira sebab Afia baru sedarkan diri setelah seminggu tidak sedarkan diri. Diraih jemari Afia dan dikucup penuh kasih sayang.

Jantungnya bagai direntap dari badan bila dia dikhabarkan Afia dikejarkan ke hospital selepas gadis itu jatuh dari atas bukit bersama Daniel. Daniel juga masih tidak sedarkan diri. Malah lelaki itu cedera parah kerana melindungi Afia dengan badannya hingga menyebabkan kepalanya terhantuk di batuan besar.

Dalam beberapa saat kemudian, doktor dan jururawat berpusu-pusu masuk ke dalam bilik wad Afia apabila gadis itu sedarkan diri. Sophia terus menarik Puan Aurora agar menjauhi katil Afia memberi ruang kepada para doktor menjalankan tugas mereka.

Afia hanya mampu menangis melihat mummy dan Sophia keluar dari bilik wad itu. Apa yang terjadi? Kenapa aku boleh terbaring di sini? Afia hanya mampu meluah dalam hati. Membiarkan para doktor melakukan pemeriksaan ke atas dirinya.

Dia yang sedang bingung bertambah sakit dan pandangannya kembali berbalam-balam. Dan gelap sepenuhnya.

🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Sophia dan Puan Aurora gelisah menanti diluar bilik wad Afia. Sebentar tadi sejurus selepas keluar dari bilik wad itu, Puan Aurora terus menelefon suaminya untuk datang ke hospital.

Kedengaran derap tapak kasut berlari-lari ke arah Puan Aurora dan Sophia. Mereka sama-sama menoleh.

"Betul ke Afia dan bangun Aurora?" soal Puan Mabel dengan nada cemas. Dia dulu sampai di situ kerana dia berada tidak jauh dari wad Afia. Hanya di wad lelaki sahaja. Sebab dia perlu menjaga Daniel yang juga masih tidak sedarkan diri. Atau lebih tepat. Koma.

MORE THAN FRIEND (✔️)Where stories live. Discover now