MTF - BAB 20

91 8 0
                                    

More Than Friend

Bab 20

Matanya tidak jemu memerhati doktor dan jururawat yang keluar masuk dari bilik wad peribadi yang menempatkan Afia Amara. Gadis yang selama ini dia cintai dalam diam.

Sudah seminggu dia ulang alik hanya semata-mata mahu tahu perkembangan gadis itu. Dia hanya memerhati dari jauh. Itu pun sudah cukup baginya.

Untuk menghampiri lebih dekat, dia tidak berani. Bukan bererti dia pengecut. Cuma kehadirannya pasti tidak disenangi oleh gadis itu nanti.

Rudy mengeluh lagi dan lagi. Berdebar-debar hatinya bila para doktor dan jururawat di wad itu kecoh keluar masuk ke dalam bilik wad Afia. Tentu berlaku sesuatu kepada gadis itu. Hatinya berdetik.

Beberapa saat kemudian, ibu Afia keluar menangis dari bilik wad itu bersama dengan Sophia. Dan Puan Mabel, ibu Daniel juga turut berada di situ.

Entah apa yang berlaku hingga menyebabkan Puan Aurora menangis. Jangan lah berlaku perkara yang buruk lagi.

Masih segar di ingatan kejadian minggu lepas hingga menyebabkan Afia tercedera. Lebih teruk menyebabkan Daniel koma.

Rudy mula meraup wajahnya kasar. Kalau diikutkan hati, hendak saja dia berlari mendapatkan Afia yang terbaring kaku, tetapi akal fikirannya segera menghalang sang hati mahu berbuat begitu.

Malang sungguh gadis itu harus menerima nasib demikian. Entah di mana silapnya hingga menjadi begini. Yang pasti, sudah tentu ada punca kepada berlakunya kejadian tragedi ini. Itu dia pasti.

Rudy beredar dari situ bila dia tahu yang Afia sudah sedar. Serba sedikit hatinya beransur tenang. Dia pergi bukan bermakna dia tidak akan datang lagi. Selagi gadis itu belum sembuh, biarlah dia hanya menjadi pemerhati dari jauh. Dia sedar, dia tahu siapa dirinya bagi gadis itu. Bukan siapa-siapa.

🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Pandangannya dibuang ke luar tingkap hospital. Melemparkan pandangan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang bermain di taman hospital itu. Riuh-rendah dengan suara jeritan mereka. Seronok sangat kot dapat main kat taman.

Afia mengeluh. Entah ke berapa kali dia sudah begitu. Mengeluh tanpa sebab. Makanan yang terhidang di hadapannya langsung tidak disentuh.

Selera makannya seolah-olah mati bila dia mendengar berita tentang Daniel sebaik saja dia sedar. Bila dia celikkan mata, orang pertama yang dia cari ialah Daniel.

Tetapi dia hampa. Kecewa. Sedih. Marah.

Bila dia tahu Daniel kini masih lagi terbaring kaku koma di katil hospital. Apabila dia berkeras mahu melawat Daniel, semua orang menghalangnya untuk bangkit dari katil.

Alasannya, takut Afia tidak dapat menerima kenyataan bila melihat keadaan Daniel. Lebih-lebih lagi kakinya yang berbalut tebal menghalang pergerakan Afia.

Dia menangis mengalirkan air mata tanpa dia sendiri sedari bila terbayangkan kesakitan yang Daniel hadapi. Hatinya meronta-ronta untuk pergi mendapatkan Daniel. Tetapi mummy keras mengugutnya. Hanya demi kesihatan dirinya juga penting.

Dia tahu, dia lah punca ini semua terjadi. Andai saja waktu itu dia mendengar kata-kata Daniel untuk berhenti, tentu saja Daniel tidak terlibat jauh seperti ini. Cedera kerana melindungi Afia.

Afia memejamkan mata bila bayangan Daniel memeluk dirinya menerjah kotak ingatan.

Maafkan Ara, Nell. Sebab Ara, Nell jadi macam ni. I’m so sorryyyy….

Afia menekup mukanya dengan kedua telapak tangan. Esakan mula terhambur. Peritnya bila orang yang disayang sakit kerana diri kita sendiri. Terhinjut-hinjut bahu Afia menangis. Mahu saja dia bangun dan pergi ke bilik Daniel. Biarpun terpaksa merangkak.

Tetapi bila ingatkan ugutan mummy tempoh hari membuatkan Afia tidak terdaya.

Kalau Afi masih degil nak jumpa Daniel, mummy tak teragak-agak nak pindahkan Afi jauh-jauh dari Daniel! Kalau lah mummy tak terpujuk dengan rayuan Daniel bagi Afia ikut camp tu, semua ni tak akan terjadi! Mummy percayakan Daniel sebab dia boleh jaga Afi. Tapi tengok?! Dengan dia dia sekali pula yang terlantar macam tu. Mummy tak kira. Kalau Afi nak jumpa Daniel, Afi sendiri kena sembuh dulu. Dengar cakap mummy!

Tidak dinafikan mummy membantah keras Afia mengikuti perkhemahan mereka beberapa minggu lepas. Lebih-lebih lagi Afia baru saja sembuh ketika itu.

Tetapi disebabkan Daniel, mummy termakan pujukan Daniel. Bagi mummy dia lebih percayakan Daniel untuk menjaganya. Tapi lain pula yang berlaku. Ibu mana yang tidak hancur hatinya bila melihat satu-satunya puteri tunggal ditimpa musibah.

Cincin pemberian Daniel sewaktu meluahkan perasaan kepadanya direnung, diusap dan perlahan dibawa ke dada. Moment yang begitu menggembirakan Afia dan Daniel. Saat Daniel meluahkan rasa cinta. Begitu juga dengan dia. Jari-jemari Afia meraba-raba lehernya. Tapi kosong!

Afia panik. Kepala ditunduk melihat ke lehernya. Rantai pemberian Daniel semasa hari lahir Afia tiada tergantung di situ!

Afia mula ter raba-raba di situ. Mungkin rantainya terputus dan terjatuh di tilam. Ditilik juga bawah katil tapi hampa! Rantai itu hilang!

Afia sekali lagi menangis.

#bersambung ❤

MORE THAN FRIEND (✔️)Where stories live. Discover now