MTF - BAB 6

97 8 2
                                    

MORE THAN FRIEND
BAB 6

Enjin kereta dimatikan sebelum Encik Gabriel dan Puan Aurora masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja pintu depan dibuka, bau masakan yang mewangi menerjah ke lubang hidung. Mereka saling berpandangan.

Perlahan keduanya menapak masuk dan menjengah terus ke dapur. Seseorang mengenakan apron sedang membelakangkan mereka mengacau sesuatu dalam kuali.

Daniel yang baru perasan akan kehadiran mummy dan daddy Afia segera menanggalkan earphone dari telinga. Patutlah dia tak dengar pasangan suami isteri itu masuk, telinga kena sumbat dengan earphone. Kenapa tak pekak sekali. Hihi.

"Kamu masak apa tu Daniel? Afia mana?" Soal Puan Aurora bertalu-talu sambil mengambil alih pekerjaan Daniel. Atau lebih tepat memeriksa kerja Daniel yang tengah memasak. Kelihatan juadah yang sudah siap dimasak tersusun elok di atas meja. Pandai anak teruna ni masak. Boleh buat calon menantu. Eh eh. Anak dara sendiri tak tahu pula memasak. Hikhik. Sempat Puan Aurora mengutuk anak sendiri. Kalau didengar oleh si Afia, mahu panjang semeter muncung mulut budak tu.

"Afia masih tidur lagi mummy. Badan dia masih panas." Sejurus Daniel mengatakan Afia demam, Puan Aurora pantas berlari naik ke tingkat atas. Wow. Hilang sekelip mata. Sayang anak lah katakan. Encik Gabriel hanya mengeleng kepala. Tali leher dilonggarkan sebelum dia mula naik ke tingkat atas mengekori isterinya.

"Teruk sangat ke si Afi tu demam?" Tanya Encik Gabriel. Terhenti sejenak dia di satu anak tangga dan berpaling menoleh ke arah Daniel. Daniel yang baru saja selesai memasak bubur itu sekadar mengangguk.

"Nanti daddy dan mummy turun lah makan. Daniel dah siap masak. Pasal Afi, nanti Daniel bawakan makanan untuk dia. Errr daddy...." Daniel menggaru kepalanya sambil tersengih memandang Encik Gabriel. Macam tak biasa pula kau Daniel. Hish! Diam lah kau.

"Apa dia Daniel?" Encik Gabriel yang perasan akan tingkah Daniel seperti meminta sesuatu bertanya.

"Malam ni Daniel tidur sini boleh? Nak temankan Afia." Encik Gabriel hanya tersenyum sumbing mendengar Daniel meminta izin darinya. Memang dari dulu kalau Afia sakit, Daniel akan singgah di situ dan kadang-kadang jika sakit Afia melarat dia akan bermalam di situ. Pernah ketika Afia demam dulu, tengah malam dia menangis kerana mencari Daniel. Dari situ jika Afia sakit, Daniel lah yang menjaga makan minum Afia.

Afia terlebih manja dengan Daniel. Mungkin kerana itu satu-satunya kawan yang dia ada dari dulu. Orang yang paling Afia sayang selepas mummy dan daddynya ialah Daniel. Memang sekarang mereka bersahabat baik kerana masing-masing masih muda. Mana tahu esok lusa jadi cinta? Hishhh sempat kau ye Encik Gabriel.

“Bagus sangat lah kamu singgah ke sini Dan. Itu bilik yang selalu kamu diam pun masih elok lagi berkemas. Kamu tidur sana ya. Buat macam rumah sendiri. Jangan tak biasa pula. Daddy naik dulu. Nak mandi. Nanti kita makan sama-sama ya.” Daniel teruja mendengar Encik Gabriel memberi green light. Lantas dia menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan dia akan bermalam di rumah Afia. Pasti mereka tidak membantah.

Cepat-cepat Daniel mengemas dapur sebelum bergegas masuk ke bilik mandi.

~~~~~~~~

Puan Aurora membuka daun pintu bilik Afia dengan cermat dan senyap. Dia tak nak tidur Afia terganggu. Kesian anak kesayangannya. Sudah lah tadi exam penting dengan membawa demam and the geng. Puan Aurora duduk perlahan di tepi katil Afia. Gadis itu nyenyak tidur.

MORE THAN FRIEND (✔️)Where stories live. Discover now