• 001 •

171 38 2
                                    

" 6 Disember 2017. Mengikut hukuman yang telah ditetapkan, seorang lelaki bernama Kim Mingyu telah terlibat dalam kes pembunuhan seorang gadis yang bernama Choi Soomin pada tarikh 4 Disember 2017, jam 11:35 malam. Setelah disabitkan kesalahan, pesalah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. "

Tok! Tok!

Wajah seorang pemuda yang tidak bermaya lagi melawan keputusan hakim tadi hanya akur dengan hukuman yang diterimanya.

Dalam keadaan tangan yang telah digari, Mingyu dibawa keluar dari mahkamah oleh dua orang polis.

Para wartawan tidak henti-henti merebut peluang dalam melaksanakan kerja mereka sebaik sahaja pesalah dibawa keluar dari mahkamah.

Dari kedudukan yang tidak begitu jauh dari pintu mahkamah, seorang gadis pantas mengorak langkah menuju ke arah kawasan di mana terkumpulnya para wartawan.

Lengan Mingyu dari belakang terus digapai erat sehingga langkah lelaki itu terhenti. Nafas berat dihembus keluar sebelum kepala Mingyu ditunduk ke bawah.

"Kejam. Tak guna."

Kepala Mingyu digeleng perlahan. "Aku dah cakap awal-awal kan jangan menyibuk. Kau budak-budak. Belum cukup matang." jawab Mingyu dingin.

"Tak matang aku sekali pun aku tak ada la bodoh sangat jadi orang baik. Kau tak buat tapi kau kena. Lurus bendul."

Tanpa meninggalkan sebarang balasan, Mingyu meneruskan langkahnya ke tempat yang sepatutnya.

"Kau abang paling lembab aku pernah jumpa. Aku akan heret lelaki tak guna tu sekali duduk sepenjara dengan kau. Ingat ayat tu sampai mampus." sempat diberikan tiga ayat terakhir kepada Mingyu.

Gadis yang berpakaian uniform sekolah atau lebih tepat diberi nama Kim Yoorin hanya berdiri tegak tanpa hala tuju. Seolah-olah hidupnya sedang tergantung sepi.

****

Pintu wad dibuka perlahan sebelum langkah seorang pemuda lelaki diteruskan menuju ke katil yang didiami seorang gadis perempuan.

Keadaan gadis tersebut kelihatan koma dan hanya bergantung pada alat pernafasan dan mesin di sebelahnya.

Titt... titt...

"Aku tak sengaja. Tapi, kau yang mulakan." suara lelaki bernama Jeon Jungkook itu mula sayu kedengaran.

Selimut yang menutupi separuh badan gadis di hadapannya itu digenggam.

Matanya dipejam rapat, cuba mengingati semula kejadian yang berlaku dua hari lepas.

***

4 disember 2017, 11:30 malam

Tubuh badan Jungkook sudah tergetar-getar apabila melihat sebuah susuk tubuh badan seorang gadis sedang erat menggenggam sebilah pisau.

Wajahnya sudah dipenuhi dengan air mata. Hingus? Memang tak terkira lagi berapa kali ia terkeluar dari lubang hidung.

"Soomin, le, letak pisau tu." rayu Jungkook.

"Kau cakap dia suka aku. Tapi, kau tipu." langkah gadis yang berada di hadapannya atau lebih dikenali sebagai Soomin mula didekatkan pada Jungkook.

Pisau yang digenggam masih lagi tidak jatuh dari genggaman tangannya. Perlahan-lahan tangan Soomin menggapai bahu Jungkook.

"Aku tak minta susah pun. Tapi, kau sengaja kan nak minta semua ni jadi. Haa!" kini tindakan Soomin menjadi lebih ganas apabila bahu Jungkook digoncang kasar.

Bergigil-gigil lelaki itu dibuatnya. Entah mengapa sedikit tindakan pun tidak dibalas oleh Jungkook apabila diperlakukan sebegitu.

"Hidup ni kita kena adil. Kau pun tak boleh tolong aku, jadi memang layak la kau dapat benda yang sama aku dapat." pisau ditangan sudah sedia dihayunkan.

"Ahhhhhh!"

Satu bunyi jeritan bergema pada setiap sudut di rumah tersebut. Terbeliak teruk mata Jungkook apabila melihat gadis serupa orang gila tadi sudah terkujur di atas lantai dengan dihiaskan pisau yang tercucuk tembus pada badannya.

Terdiam. Terkaku.

Setakat itu reaksi yang mampu diberikan oleh Jungkook, satu-satunya manusia yang masih bernyawa di dalam rumah tersebut.

Jungkook memaksa langkahnya menuruni tangga untuk mendekati Soomin. Pisau yang tertusuk pada badan gadis itu ditarik pantas.

Mengapa dia buat sebegitu? Dia sendiri tidak mengetahui tindakan spontannya itu.

"Jungkook."

Satu suara mula menyapa Jungkook dari belakang. Habis terkejut lelaki itu sambil menoleh ke belakang.

"Mingyu. Aku tak bunuh dia. Aku tak buat apa-apa." setiap satu alasan mula terkeluar dari mulut Jungkook. Wajahnya kembali pucat seperti lima minit yang lalu.

"Ye ye.. Aku tahu. Aku nampak. Pisau tu tertusuk sendiri dari tangan dia waktu kau tertolak dia dari tangga." Mingyu cuba menenangkan Jungkook.

"Tapi aku tak sengaja! Dia, dia nak bunuh aku."

"Ya. Aku tahu. Tapi, pisau ni lepaskan dulu dari tangan kau, okey." pisau diambil perlahan oleh Mingyu dari tangan Jungkook sebelum dilempar jauh ke tepi.

Disebabkan perasaan gementar terlalu membuak-buak masuk pada badan Jungkook, penyakit lamanya mula menyerangnya kembali.

Tubuh badan yang tidak dapat dikawal. Bergigil-gigil. Sakit kepala yang seolah-olah tempurung kepala hampir terpisah dari kepala. Itulah penyakit yang sedang dialaminya, mnemophobia.

****

to be continued.

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now