• 016 •

72 35 0
                                    

Alat bantuan pernafasan yang tidak dapat memberi kesan kepada Yejun membuatkan kanak-kanak itu menjadi lemas untuk bernafas.

Beberapa orang jururawat dan doktor mula mengerumuni katil Yejun. Mereka bertungkus-lumus berusaha melakukan yang terbaik kepada pesakit yang sedang dirawat.

Setiap tindak-tanduk pihak hospital hanya ditatap kosong oleh Yoorin.

Dia sudah bersiap sedia menerima segala jawapan. Yang pasti sememangnya perit.

Lima minit telah pun dihabiskan di dalam wad ICU. Kini, doktor dan jururawat menghentikan kerja masing-masing.

Doktor yang baru merawat Yejun tadi mendongak memandang Jungkook sekeluarga melalui cermin lut sinar.

Gelengan. Jawapan yang terang lagikan bersuluh menunjukkan hasil negatif.

Jungkook terduduk di atas kerusi. Rasa serba salah berpusu-pusu merasuki diri membuatkan tangannya menjadi menggigil tanpa dapat dikawal.

Disebabkan terlalu takut penyakit fobia yang mungkin akan menyerang pada bila-bila masa, Jungkook mengambil keputusan untuk menghilangkan diri.

***

Setelah sejam lebih menguruskan majlis pengebumian Yejun, setiap orang mula bersurai pulang ke rumah masing-masing.

Begitu juga dengan Jungkook. Dia memberitahu Puan Jeon untuk pulang ke rumahnya sendiri.

Dibawa sekali Yoorin pulang ke rumah. Kereta dipacu laju melalui jalan raya untuk tiba di rumah lebih awal.

***

Selesai memberhentikan enjin kereta, Yoorin terus membuka pintu kereta sebelum dia masuk ke dalam rumah.

Wajah dingin yang ditayangkan sudah cukup memberi isyarat bahawa gadis itu tidak mahu diganggu.

Langkah lemah dibuka Jungkook memasuki ruangan dalam rumah. Kunci kereta dibaling di atas meja kaca, badannya terus dibaring di atas sofa panjang.

Menguruskan setiap satu mengenai pengebumian Yejun dari semalam membuatkan tenaga lelaki berumur 23 tahun itu sudah hilang sepenuhnya.

Tidur. Satu solusi yang tepat untuk mengembalikan semua tenaga dalam badan.

Bunyi seretan sesebuah barang membangunkan Jungkook daripada mengisi tenaganya.

Kelihatan satu susuk tubuh kecil gadis yang sedang menuruni anak tangga bersama sebuah beg.

Jungkook mempercepatkan langkahnya pergi ke anak tangga.

"Kau nak pergi mana?" Jungkook berkerut dahi.

"Keluar. Saya tak nak tinggal sini lagi." jawab Yoorin, matanya memandang dinding putih kosong di sebelah.

Wajah Jungkook langsung tidak dipandang seinci.

"Kau nak tinggal mana?"

"Mana-mana je la." Yoorin meneruskan langkahnya melepasi Jungkook.

Tepat gadis itu berada di hadapan pintu, dia memberanikan diri bertentang mata dengan Jungkook.

"Ouh, ya. Terima kasih sebab dah tanggung makan minum saya dalam rumah ni. Saya nak minta maaf, tak dapat nak balas budi baik awak tu. Tapi, kalau rasa awak nak nyawa saya sebagai ganti balas segala budi awak, cari la saya. Saya tak lari jauh-jauh pun, ada je dekat Korea ni. Nombor telefon saya pun awak simpan lagi kan. Lagi satu. Kalau lepasni kita ada terserempak, buat je macam awak tak pernah kenal saya. Sebab saya anggap saya kenal awak, Jeon Jungkook. Sampai dekat sini je." pintu dibuka kecil sebelum tubuh gadis itu mula menghilang dari pandangan mata kasar Jungkook.

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now