• 037 •

38 22 10
                                    

Air daripada kolah diceduk buat kali kelima sebelum dilibas pada muka Yoorin.

Kedua-dua tangan yang terikat ketat melemahkan Yoorin untuk mempertahankan wajah daripada terus dilibas berkali-kali.

"Bila kau nak keluarkan suara? Cakap! Apa yang kau nampak malam tu. Cerita semuanya." telefon pintar pada tangan Soomin tidak berhenti didekatkan pada mulut Yoorin.

Mengharapkan gadis yang didera akan mengeluarkan suara di hujung voicenote.

"Yoorin, keluarkan suara awak." pinta Wonwoo dalam nada lebih lembut namun tetap tak jalan.

Telefon yang dipegang Soomin dibaling jauh, genggaman penumbuk yang lama disimpan diberikan kepada Yoorin.

Yoorin mengaduh perlahan dalam keadaan hujung bibir yang berdarah.

"Soomin, elok-elok la. Perempuan kot." tegur Wonwoo, dia sendiri naik takut dengan keganasan Soomin.

Teguran Wonwoo hanya sia-sia, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebelah lagi pipi Yoorin ditumbuk.

"Dah la." Wonwoo menolak badan Soomin menjauhi Yoorin. Dah serupa orang sawan dia kerjakan Yoorin.

Wajah Yoorin yang berpaling ke tepi ditegakkan menghadap Wonwoo.

"Yoorin, awak ikut je. Saya janji saya lepaskan awak kalau awak ceritakan semua yang awak nampak malam tu. Tolong." Wonwoo mengelap luka pada hujung bibir Yoorin dengan kapas.

Yoorin berkeras berpalingkan wajah daripada terus dilap luka.

"Awak suruh saya kesiankan Jungkook, saya ikut cakap awak. Apa sekarang ni?"

"Shhhh!" Soomin mencelah, dipasangkan telinga ke arah suatu bunyi di luar bilik.

***

Jungkook menapak masuk ke setiap bilik untuk memeriksa keberadaan manusia. Berhabuk, kotor, gelap, satu persatu dugaan yang ditempuh.

Bilik stor di belakang rumah dituju. Semakin dekat jaraknya dengan bilik stor, satu bunyi nyaring mula berlegar-legar di telinga.

Hantu? Langsung tak terlintas dalam otak. Yang penting Yoorin ada depan mata.

Pintu yang sekadar dirapatkan ditolak perlahan. Bunyi nyaring yang mengacau dari luar tadi sebenarnya datang dari stor.

Satu tubuh badan kecil terlihat sedang baring di hujung sudut. Dalam samar-samar kegelapan, Jungkook menapak untuk pergi kepada manusia tersebut.

"Yoorin, awak ke tu?" ketiadaan lampu mengganggu Jungkook untuk dicam susuk tubuh sama ada Yoorin ataupun tidak.

Tepukan gemuruh tiba-tiba muncul di segenap ruang stor. Laju kepala Jungkook menoleh ke belakang, arah pintu masuk.

Orang yang menepuk-nepuk tangan tadi ialah Soomin. Di sebelahnya, Wonwoo bersama gadis yang dipimpin. Itu baru Yoorin.

Cis, Jungkook tertipu lagi dengan patung yang terbaring di hujung sudut.

Badan Yoorin yang terkulai, tidak bertenaga untuk berdiri sendiri dipapah.

"Aku dah janji kan nak bawa kes dekat mahkamah. Apa yang tak cukup lagi?" Jungkook mempersoalkan kelakuan Soomin.

"Kau tanya aku apa yang tak cukup?" Soomin ketawa mengilai.

"Dalam mahkamah, kena bawa saksi. Tak ada saksi, tak jalan juga. Kau ingat aku ni bodoh ke nak lepaskan kau dengan tangan kosong?" tangan Soomin menyeluk poket seluar, dikeluarkan telefon.

"Aku tahu kau bawa polis pergi sini. Tapi, sebelum tu..... Polis-polis yang tengah sorok tu kena dengar dulu apa yang Jeon Jungkook dah buat pada malam 6 Disember 2017." telefon dialihkan mendekati mulut Yoorin.

Yoorin tidak bersuara, malah hanya nafas yang tercungap-cungap yang keluar dari mulut.

"Saksi bisu? Okey." tali yang berpintal pada leher Yoorin ditarik menyebabkan dia lemas.

"Yoorin, cakap!" Jungkook berganjak untuk menyelamatkan Yoorin.

Satu das tembakan dikenakan tepat pada peha kiri Jungkook sehingga dia duduk melutut di lantai.

"Yoorin, cakap. Cakap--------- apa awak nampak." rayu Jungkook dalam menahan kesakitan.

Tarikan tali dilepaskan, Yoorin kembali dapat menghirup udara.

"Saya mengaku. Saya nampak apa yag jadi malam Soomin kena bunuh. Jungkook, dia tak bunuh Soomin. Dia tak salah."

Pom!

Mata Soomin terbuntang besar, perlahan-lahan dialihkan ke bawah perut. Darah berjurai-jurai keluar.

Bagaikan tidak terfikir, Wonwoo menyerang Soomin dengan satu tembakan. Pimpinan tangan Yoorin dilepaskan.

Tiga orang polis mendekati Wonwoo sebelum digari tangan lelaki yang masih tercengang dengan tindakan drastik tadi.

Yoorin pula tidak menyedarkan diri, terkulai di atas lantai. Jungkook dibawa keluar dari bilik stor, digegaskan ke unit rawatan hospital.

Keadaan Yoorin sempat dilihat sepintas lalu oleh Jungkook. Wajah Yoorin penuh dengan lebam akibat berkali-kali tumbukan yang diterima.

***

Riuh satu wad dengan suara gelak sakan tiga orang gadis. Kehadiran Sooyoung dan Aeri melumpuhkan kesunyian selama dua hari Yoorin di dalam wad.

"Yoorin tahu tak Sooyoung ni risau sangat bila dengar Yoorin masuk hospital." bisik Aeri tapi suaranya sengaja dikuatkan.

Sooyoung menayangkan muka tidak bersalah.

"Tak ngaku. Tak payah cakap, aku tahu kau sayang aku." buah anggur dalam bakul dipetik satu persatu, dimasukkan ke dalam mulut.

"Dah masuk dua hari ni, Jungkook tak datang jumpa kau ke?"

Yoorin berhenti memetik buah anggur. Sekadar gelengan dibalas bagi soalan Sooyoung.

"Dia marah aku ke?" soal Yoorin.

Sooyoung dan Aeri memandang antara satu sama lain. Mereka pun tidak tahu untuk memberi jawapan.

"Esok dia datang kot jemput kau. Esok kau dah boleh discharge kan?" Sooyoung merampas bakul buah anggur daripada Yoorin.

"Ihhh, apa ni. Dia yang bawa, dia yang makan. Tapi, sedap la buah anggur ni, korang beli dekat gerai mana?" Yoorin menjongket kening.

"Kitaorang tak beli apa-apa buah tangan pun. Anggur ni siapa bagi?" Aeri bertanya Yoorin semula.

"Aik?" Yoorin pelik. Cepat-cepat Sooyoung pulangkan semula bakul buah anggur yang hampir dimakan.

***

Jungkook mewakili Puan Jeon melawat Wonwoo di penjara. Bekal makanan yang dimasak dari rumah diberi kepada abang tirinya.

"Eomma malu dapat anak macam aku. Sebab tu dia tak pernah lawat aku dari hari pertama aku dalam penjara." sayu suara Wonwoo diluahkan ketika mengunyah lauk.

"Kalau aku jadi eomma pun aku buat benda yang sama." balas Jungkook sinis. Dia datang ke penjara malam itu pun atas permintaan si ibu tiri, bukan kehendaknya.

"Kau pergi la sambung buat rawatan. Aku bukan nak paksa, tapi penyakit mental kau ni menyusahkan Yoorin. Lepas sembuh, kau datang sini semula. Teruskan hubungan kau." Womwoo masih tidak mengalah memujuk Jungkook untuk pergi ke Canada.

Jungkook memilih tidak menjawab soalan Wonwoo. Sebenarnya, dia dah lama fikir sama apa yang Wonwoo cakap tadi.

Cuma niat. Niat yang berbelah bahagi.

to be continued.

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now