• 029 •

47 26 3
                                    

3 minggu kemudian

Dalam perjalanan menuju ke dapur, Jungkook terserempak dengan sampul surat yang terselit di celah-celah sofa.

Niat hati yang meronta-ronta untuk memeriksa isi di dalamnya memaksa tangan Jungkook mengambil sampul surat itu.

Nama tuan punya surat di hadapan sampul dibaca, 'KIM YOORIN'

Rasa tidak sopan pula kalau dibuka surat orang lain tanpa minta izin. Jadi, Jungkook hanya membelek-belek sampul surat.

Yoorin yang kebetulan baru datang dari dapur terus merampas sampul surat kepunyaannya pada tangan Jungkook.

"Ini surat saya." sampul surat disorok jauh-jauh daripada Jungkook.

"Tahu. Surat apa?" soal Jungkook ingin mengetahui apa yang tertulis di dalam sampul surat tersebut.

"Surat saya lah." Yoorin membuka langkah besar untuk memasuki bilik.

"Aip." Jungkook lebih pantas menahan tangan Yoorin sebelum dia meninggalkan ruang tamu.

"Buka la. Orang nak tengok juga surat apa tu." paksa Jungkook. Dia tidak akan melepaskan pegangan selagi mana isi di dalam sampul surat tidak dikeluarkan.

"Okey la, surat daripada pihak universiti. Saya dapat sambung belajar." wajah Yoorin langsung tidak bersemangat.

Lain pula jadinya pada Jungkook yang mula terkinja-kinja keriangan seperti dia yang mendapat tawaran sambung belajar.

"Tak payah suka-suka la. Jauh tau universiti ni, dekat Busan." Yoorin terduduk di sofa, dia mengeluh.

"Tak apa. Saya uruskan semua. Awak cuma belajar je."

"Eleh, macam la banyak duit sangat."

"Sebab banyak la saya tanggung semuanya."

"Masalahnya awak siapa nak jaga?"

"Haih, saya dah besar panjang, boleh jaga diri sendiri. Guna la peluang yang dah tersedia ni sebagai titik permulaan untuk capai impian awak. Awak fokus dengan cita-cita awak, saya fokus dengan niat saya. Cari Mingyu, kawan lama saya."

Meremang bulu roma Yoorin mendengar nama Mingyu tiba-tiba disebut.

Dia risau kalau-kalau Jungkook berjaya menemui abangnya. Yoorin pasti suatu hari nanti pasti Jungkook akan dapat bertemu Mingyu.

"Awak tak payah risau. Kan saya dah buat keputusan menetap terus dekat Korea. Saya nak jadi orang pertama yang tengok awak naik pentas graduate nanti, like a proud brother." bahu Yoorin ditepuk-tepuk.

Yoorin memandang Jungkook dengan penuh makna, mengharapkan Jungkook dapat mengubah fikiran.

"Dua hari lagi kita pergi daftar ea. Kemas-kemas la apa yang patut." pesan Jungkook seraya meneruskan langkah ke dapur.

"Ayam." carut Yoorin.

***

Memandangkan waktu tengah hari, dua orang jururawat yang bertugas memasuki wad Soomin.

Semangkuk bubur ayam bersama sgelas jus anggur dibawa bersama.

Setiap suapan disuap ke dalam mulut Soomin dengan berhati-hati. Tiba suapan kali kelapan, Soomin menahan tangan yang ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Nak apa awak datang sini?" soal Soomin tanpa sebarang reaksi yang ditayang.

Yoorih hilang kata-kata buat beberapa saat, tidak menyangka Soomin dapat menghidu kehadirannya dalam wad.

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now