• 038 •

52 23 26
                                    

Dari awal Yoorin keluar dari hospital empat hari lepas hingga sudah sembuh sepenuhnya, dia langsung tidak menerima kedatangan Jungkook.

Lelaki tu macam dah lenyap terus dari muka bumi, mesej tidak dibalas, telefon tidak dijawab.

Pagi itu, Yoorin memulakan hari pertama ke universiti setelah lama bercuti.

Fikiran tentang Jungkook diketepikan dahulu apabila Yoorin menjejakkan kaki di dalam universiti.

Pelajaran diutamakan dulu.

Dalam waktu menunggu ketibaan profesor, Yoorin berbual seperti biasa dengan rakan-rakan sekelas.

Telefon yang berbunyi di dalam beg membantutkan perbualan Yoorin. Dia mengangkat panggilan telefon.

"Hello Yoorin, Jungkook ada jumpa Yoorin tak?"

"Dah lama sebenarnya Yoorin tak berbual dengan Jungkook."

"Jungkook tak ada cakap apa-apa ke?"

"Cakap apa?"

"Yoorin tak tahu ke hari ni Jungkook terbang pergi Canada. Katanya nak buat rawatan."

Yoorin berdiri dari kerusi, rasa terkilan dengan pernyataan Puan Jeon.

"Jungkook pergi bila eomma?"

"Pagi-pagi tadi, dalam pukul 7."

Yoorin mengerling jam tangan, menunjukkan jam 7:45 pagi. Masih ada sinar harapan.

Yoorin berlari keluar dari dewan kuliah, reaksi pelajar-pelajar di dalam dewan diabaikan. Lantak lah diorang nak fikir apa.

Tidak lupa dimatikan panggilan telefon dengan Puan Jeon.

Yoorin berlari keluar dari universiti, menuju ke suatu tempat. Menurut apa yang dia tahu, pagi-pagi sebegini ramai orang guna pengangkutan awam untuk pergi kerja.

Tidak salah kalau Yoorin memilih untuk menaiki LRT Busan-Seoul memandangkan kenderaan itu sahaja yang keluar dalam otak.

Larian menjadi semakin pantas supaya Yoorin tiba tepat sebelum kereta api berlepas.

Setibanya di stesen LRT, jelas pada pandangan tinggal segelintir orang yang menunggu LRT mengikut destinasi masing-masing.

Televisyen yang selalunya tergantung pada tiang dicari untuk mendapatkan waktu ketibaan bagi LRT ke Seoul.

Televisyen yang terletak jauh di hujung tempat menunggu dipergi. Laju mata Yoorin mencari kawasan Seoul.

'4)Busan-Seoul;- 10:30 a.m'

Yoorin tersandar ke belakang kerusi. Dia sudah terlepas LRT untuk ke Seoul.

Terbongkok Yoorin dengan nafas yang tercungap-cungap akibat kepenatan.

Kecewa bercampur geram mengusutkan keadaan di situ. Nak je dikeluarkan jeritan sekuat hati dengan nasib malang yang diterima.

Yoorin cuba menelefon Jungkook. Sekadar mencuba nasib, mana tahu lelaki tu angkat.

'Nombor yang anda dail-------------

"Ayam!" telefon dalam genggaman hampir dibaling ke lantai. Mujur Yoorin masih waras lagi, sempat dihentikan niat untuk melempar telefon pintar yang belum tentu dia mampu beli sekiranya pecah.

***

Jam pun sudah menunjukkan kesiangan, jadi lebih baik Yoorin ponteng terus kelas pada hari ini.

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now