• 009 •

84 34 4
                                    

Pintu bilik dibuka sebelum dua susuk tubuh manusia muncul di sebalik pintu bilik mereka masing-masing.

Mata Yoorin memandang dari atas ke bawah pada Jungkook yang berpakaian serba hitam dari segi baju, jaket, dan seluarnya.

"Awalnya bangun." tegur Yoorin.

Wajah Jungkook berpaling menghadap Yoorin yang hanya jauh empat inci darinya sebelum dia berganjak ke arah gadis tersebut bersama sebuah senyuman di bibir.

Zzupp!

Terus dipeluk badan Yoorin yang tegak membeku secara drastik. Naik tergamam Yoorin dihadiahkan pelukan pada awal pagi itu.

"Ke---- kenapa? ada apa-apa ke?"

Matanya terkelip-kelip cuba menghadam perbuatan Jungkook ini.

Tidak dibalas sepatah oleh Jungkook malah dipeluk lebih erat lagi membuatkan tenaga seorang gadis tidak kuat untuk melepaskan pelukan tersebut.

"Terima kasih." ucap Jungkook perlahan, tetapi masih jelas didengari pada telinga Yoorin.

"Sebab?"

Tangan Jungkook yang kemas memeluk badan Yoorin sebentar tadi dilepaskan.

"Sebab kau dah tolong mudahkan kerja aku." dahi Yoorin berkerut.

"Okey. Tapi, awak pakai baju macam ni nak pergi mana?" soal Yoorin.

"Nak buat benda yang sepatutnya aku buat. Untuk langsaikan hutang. Okey, bye." sempat diusap kepala Yoorin sebelum langkahnya pantas menuruni tangga.

"Ahhhh, peliknya perangai dia." sekali lagi dahi Yoorin berkerut, kepalanya disenget sedikit ke tepi.

***

Sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain lari-lari diperhatikan Jungkook dari dalam kereta.

Suasana riuh-rendah, riang gembira di luar rumah anak yatim itu sangat dirasai oleh setiap kanak-kanak.

Tetapi, bukan bagi Yejun. Kanak-kanak yang hanya duduk di bawah pohon redup sambil bermain dengan anak patung dalam dakapan.

Comel sangat!

Mungkin disebabkan terlalu bosan, Yejun bangun dari tempat yang diduduki untuk sertai kanak-kanak yang lain.

Baru sahaja tiga tapak kecil diambil oleh Yejun, kanak-kanak itu tiba-tiba hilang keseimbangan sebelum jatuh pengsan di atas tanah.

Bergegas pihak penjaga anak yatim menuju ke arah Yejun.

Tidak ketinggalan bagi Jungkook. Pintu kereta dibuka sebelum lelaki itu keluar dari perut kereta untuk mendapatkan Yejun.

"Biar saya bawa Junnie pergi klinik." Jungkook menawar diri, tubuh budak kecil itu diangkat.

"Bukan klinik, tapi hospital. Tolong." sampuk salah seorang penjaga wanita di rumah anak yatim.

Jungkook mengangguk akur walaupun masih tertanya-tanya dengan permintaan wanita tadi.

***

Sebuah kad rekod hospital diletakkan atas meja. Wajah doktor lelaki ditatap lama oleh Jungkook untuk menanti keputusan.

"Haihh, awak tak pujuk dia ke?"

Jungkook berkerut dahi menandakan seribu tanda tanya dengan persoalan tadi.

Sempat dia menoleh belakang melihat Yejun yang masih terlantar di atas katil.

Takut-takut doktor tu salah pesakit.

"Pujuk dia?"

"Ye la. Budak yang ada leukimia sepatutnya kena dipantau pihak hospital setiap minggu. Sekali dalam seminggu dia kena buat kemoterapi. Awak abang dia kan?"

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now