Bab 2

105 8 4
                                    

"Tak payah buat muka monyoklah.  Kau nak praktikal dekat company aku, boleh. Tapi, ingat! Tak lebih dari enam bulan. Lepas tu berambus. Jangan nak mengada lebih." Ujar Firhad dengan nada angkuh.

Bibir Sarra terus melukis senyum lebar. Dia toleh ke sebelah. Memerhati Firhad yang tekun memandu. Dipautnya lengan Firhad dek terlampau seronok mendengarnya.

"Sungguh ni bang?" Sarra meminta kepastian. Manalah tahu Firhad main-main.

"Apa pegang-pegang ni? Tak tahu malu ke Sarra oi? Aku tarik balik jawapan tadi baru tahu."

Rimas. Firhad rentap kasar tangannya dari pautan tangan Sarra.

Sarra mencemik. Berlagak Firhad ni.  Dia pegang tangan aje. Bukan buat yang bukan-bukan. Pun begitu, dia tetap seronok. Yes! Jeritnya dalam hati. Langkah pertamanya sudah berjaya. Mencukalah Inas nanti bila dapat tahu Firhad terima dia buat praktikal dekat company lelaki itu.

Hmm gigit jarilah kau, Inas oi. Bisik hati
Sarra. Wajah Inas Insyirah bermain-main di ruang matanya. Terbayang-bayang muka tak puas hati Inas. Maklumlah, Inas memang dah lama berangan nak jadi girlfriend Firhad. Kata Inas, lelaki seperti Firhad itulah stock suami idaman. Muka selalu masuk majalah. Handsome, sado, ada kerjaya, kaya raya.

Tapi bila Inas cuba pikat Firhad dekat facebook dan Firhad bukan saja tak balas mesej cinta Inas tu, sebaliknya dia viralkan mesej cinta Inas dekat berbillion pengguna facebook. Kerana itu agaknya sebab yang buat Inas labelkan Firhad tak suka perempuan dan lelaki itu gay.

Hmm... memanglah stock suami idaman. Cuba kalau Firhad tu muka pecah rumah, jalan terhinjut-hinjut, duit tak berapa nak ada. Sah Inas tak hingin nak kejar. Sarra tersengeh sendiri membayangkan Firhad seperti itu.

"Tersengeh-sengeh. Apahal?"

Teguran kasar Firhad menyentap Sarra. Terus Sarra palingkan wajah ke arah Firhad sekali lagi. Dahi berlapis merenung lelaki yang sedang memberi perhatian ke jalan raya ketika itu.

"Salah ke? Menangis karang, baru tahu. Sarra cakap kat mak, abang yang buat Sarra menangis. Dah la tak tolong Sarra masa Sarra jatuh tadi." Sarra mengugut. Sengaja cari pasal. Nak sembang rancak tak ada modal. Tambahan pula mulut Firhad yang macam ada ketul berlian di dalamnya. Dingin beku memanjang. Cakap pun sesekali. Dah la tu, cakap asyik nak menyakitkan hati dia saja.

"Bukan sampai nak mati pun. Jatuh sikit, nak mintak tolong."

Bengkak hati Sarra bertikam lidah dengan Firhad. Kelu lidahnya nak menyambung perbualan.

"Buatlah kalau kau nak tambah dosa. Dosa fitnah! Aku tak ada hal." Mendatar sahaja nada Firhad menyambung bicara. Bibirnya mengulum senyum sejemput sambil kerling Sarra yang tak sambung perbualan mereka. Selalu tu bukan main mulut Sarra. Macam bertih jagung.

Sentap Sarra mendengarnya. Terus dia kunci bibir. Dua belah tangan disilang ke dada. Dia luruskan pandangan ke hadapan semula. Kalau bukan sebab dia tumpang balik naik kereta Firhad, tahulah dia apa nak buat dengan mulut Firhad yang tak ada insurans tu. Jahit baru tahu! Dasar lelaki lapar pelempang. Seranahnya lagi.

"Kau kutuk abang, eh? Tinggal dekat tepi jalan baru tahu."

"Mana ada!" Laju bibir Sarra menjawab tuduhan Firhad. Dia jeling lelaki itu dengan pandangan pelik. Dahinya berkerut.

Terkejut sungguh Sarra. Dia tak cakap apa-apa pun. Macam mana lelaki itu boleh tahu dia sedang mengutuk agaknya. Anehnya tuduhan lelaki itu tepat pula! Dia memang tengah kutuk dalam hati sebab bengang sangat dekat lelaki bernama Firhad Naufal ni. Nama sedap. Muka pun handsome. Badan sado. Tapi mulut dan perangai. Hmm. Busuk macam loji najis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SURIHATI SIMPANAN (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now