Bab 1

106 8 3
                                    

"What? Serius ke tak terima? Alaaa tolonglah bang. Bukan orang lain. Sarra je pun. Sarra tak tahu dah nak mintak kat mana. Dekat sepuluh company dah Sarra pergi, semua full. Company abang ni last yang terkeluar dalam kepala otak Sarra." Sarra kerdip-kerdip mata sambil buat mulut muncung depan Firhad. Jauh dalam hati dia ulang berdoa Firhad tak reject permohonan dia.

Firhad mendengus. Sarra yang masih duduk depan dia ditenung tajam. Kalau ikut rasa geram, memang dia nak halau Sarra keluar dari biliknya. Semak kepala otak dia dibuatnya. Tapi memandangkan Sarra anak bongsu Maklang Midah, kawan baik emak tirinya, terpaksalah dia tahankan rasa geram itu. Tambahan pula rumah Sarra ni sebelah rumah dia saja.

"Please..." Sarra buat suara manja pula. Memujuk rayu. Berharap hati Firhad cair. Tak puas hati betul bila dia tengok muka Firhad macam tu. Dah la handsome. Tunjuk muka ketat, hilang handsome tu sikit. Mulut Firhad tu diam dari tadi. Lagi tambah buat dia stress.

"Abang tak ambil pekerja perempuan dalam company abang."

"Tapi Sarra bukan nak jadi pekerja abang. Sarra nak buat praktikal. Bukan lama pun. 6 bulan aje bang."

Firhad menggeleng perlahan. Mata menjeling Sarra yang masih tak berganjak pandang memerhatinya. Sakit hati betul dengan anak bongsu Maklang Midah ni. Tak faham bahasa.

"Abang tak nak bayar elaun pun Sarra tak kisah. Asalkan abang sudi terima Sarra buat praktikal kat sini jadilah." Sarra tayang sengeh. Menampakkan lekuk lesung pipit pada kedua belah pipi. Emaknya selalu cakap lesung pipit dia, lesung pipit boleh cari makan. Dulu masa dia kecil, ada saja yang berkenan nak dukung dan bermain-main dengannya bila nampak dia senyum-senyum ada lesung pipit kat pipi. Harapnya lesung pipit ni berjayalah pancing hati Firhad yang keras macam batu tu.

"Cer pergi tanya company satu lagi kat hujung banggunan ni jugak. Ada satu. Mana tahu dia orang terima." Ucap Firhad bersahaja. Pandangan mata beralih menatap skrin laptop di hadapannya pula. Tidak selesa membalas panahan mata Sarra lama-lama. Budak ni bukan boleh dilayan. Banyak akalnya nak memujuk.

"Sampai hati abang tak nak tolong Sarra." Nada suara Sarra berubah lirih. Nak bangun keluar dari bilik pejabat Firhad ketika ini, hatinya berbelah bahagi. Selagi Firhad belum berjaya dipujuk, selagi itu dia tak puas hati. Dia kena buktikan dekat Inas, lelaki handsome yang berstatus jutawan depan dia ni bukannya gay seperti yang Inas sebutkan. Suka hati aje Inas mengata Firhad gay.

Err tapi... jangan-jangan betul cakap Inas? Sebab itu Firhad tegas tak mahu terima dia dekat company ni. Company Firhad besar. Pekerja pun ramai dia tengok tadi. Tapi semuanya lelaki. Sarra gigit bibir. Pejam mata rapat-rapat, dia menggeleng laju. Tak boleh terima kenyataan kalau betul macam tu. Habislah!

"Oii... apasal?" Sergahan Firhad mematikan khayalan yang bukan-bukan tadi. Sarra bangun dari tempat duduknya. Dia menapak mendekati kerusi Firhad.

Terkedu Firhad melihat tindakan Sarra yang tiba-tiba itu. Apa hal la pulak Sarra ni nak buat. Dia cuba menolak roda kerusinya supaya kerusi bergerak ke belakang, mahu mengelak daripada di dekati Sarra.

Namun belum sempat berbuat demikian, Sarra lebih pantas bertindak. Tali leher lelaki itu ditarik, mendorong tubuh Firhad ke depan semula. Muka Firhad hanya berjarak beberapa inci dari muka Sarra.

Firhad telan liur. Haruman yang dipakai Sarra menusuk ke hidungnya.

"Abang tak nak terima perempuan dalam company abang, abang tak ada kawan perempuan, abang tak ada kekasih, sebab abang gay kan?" 

What? Terbuntang mata Firhad mendengar tuduhan dari mulut Sarra itu. Duduk berjiran sebelah menyebelah pun, masih nak tuduh dia macam-macam.

"Kau nak abang cium kau ke Sarra baru boleh buktikan tuduhan kau tu salah? Hmm?"

Sarra telan liur. Kali ini tubuhnya menggigil halus. Perlahan dia bangun tegakkan tubuh. Nak senyum dekat Firhad pun dia dah tak tahu macam mana.

"Abang boleh je. Meh la..." Firhad bangun.

Jantung Sarra sudah terasa seperti hendak terlucut dari tangkainya. Dia sengeh seraya menggeleng. Kaki terundur ke belakang setapak demi setapak. Tidak mahu didekati Firhad. Buatnya Firhad cium betul, naya aje karang. Dia kan nak jadi perempuan melayu terakhir. Yang menciumnya biarlah yang halal untuknya.

Sedang asyik berundur ke belakang, entah macam mana heels yang dipakai terpijak kain baju kurung modennya.

"Aduiii..." Terhenyak punggung Sarra ke lantai.  Betul-betul depan Firhad yang sedang mencekak pinggang. Wajah Sarra berkerut menahan sakit. Dia cuba bangun namun sakit yang berdenyut pada tulang punggungnya memaksa dia minta pertolongan Firhad. Tebal mukanya meminta pertolongan Firhad.

"Kau tidur ajelah sini Sarra. Tak payah balik. Malam karang cik ponti datang temankan." Usai berkata begitu, Firhad selamba keluar dari biliknya meninggalkan Sarra yang masih di lantai menahan sakit.

Cis! Sengaja nak takutkanlah tu. Ujar hati Sarra yang mendongkol geram.

***
Okay ke korang bab 1? Hehe... Tunggu Quinn up next bab eh

Enjoy reading
Mmmuaaahh 😘

SURIHATI SIMPANAN (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now