ENDING- Forever Young

2.3K 126 16
                                    

Macam mana kalau suatu hari nanti salah satu member dari kumpulan BLACKPINK diumumkan akan berkahwin dengan seorang member dari BTS?

Lisa perlahan membuka matanya selepas lena tidur. Dia memandang sekelilingnya, Unnie2 nya masih tidur lena manakala BTS sudah tiada. Lisa bangun dari tidur sambil mengeliat.
Lisa memandang ke atas kelihatan kipas sedang bergerak. Lisa terkejut.

" Macam mana boleh gerak? Unnie dah buka api ke?" gumamnya sengsorang. Kemudian dia bangun menuju ke dapur untuk minum air.

Sesampainya di hadapan peti sejuk, Lisa membukanya lalu mengambil botol air mineral. Tanpa di sedari Lisa, Jin menyergahnya dari belakang membuatkan Lisa tersembur Air yang diminum pada muka kacak Jin.

" Omo! Oppa mianhae!!" teriak Lisa sambil terbatuk. Lalu botol air di letak ke atas meja. Lisa mengusap muka Jin dengan lengan baju nya.

" Ah.. Gwenchana... Anyeong Lisa.." kata Jin.

" Nae anyeong.. Oppa Jangan buat macam nie lagi ya, macam mana kalau Lisa sedang kunyah makanan? Habis muka kacak Oppa.." kata Lisa.

" Haha! Yah! Sekacak Oppa nie kalau ada sampah kat muka sekali pun tak akan sedikit pun memusnahkan kekacakan Oppa ini hahaha... " kata Jin dengan bangga. Lisa menggulingkan matanya sambil tergelak.

" Ah.. Oklah Lisa, Sarapan dah nak siap Walaupun kitaorang bangun pukul 12. Lisa pergilah kejut kan Unnie2 Lisa.. Oh! Api baru jer datang tadi... " kata Jin dengan sinis.

Lisa hanya mengangguk lalu beredar dengan laju menuju ke Ruang tamu tanpa mensyaki apa-apa dari Jin.
Sedang Lisa ingin menghampiri Unnie2 nya. Dia terhenti.

" Aik? Bukan unnie yang tutup api ke semalam... Kalau begitu macam mana api boleh ada sekarang? Unnie pun tak bangun lagi..." gumam nya sengsorang.

" Lisa!" panggil Jimin kepada Lisa yang tiba2 muncul itu.

" Oh anyeong Oppa.." kata Lisa.

" Nae anyeong.. Chaeyoung tak bangun lagi ke? " tanya Jimin sambil menghampiri Chaeyoung.

" Nae.. Tak bangun lagi, Oppa kejut kan lah dia.."

Lisa lalu menuju ke Jennie dan Jisoo yang sedang tidur bersebelahan lalu badan mereka berdua di peluk Lisa erat.

" Unnie!! Bangun!! " panggil Lisa sambil menghempas-hempas badan mereka. Jennie dan Jisoo lalu mamai membuka mata mereka.

" Yah! Sakitlah!" kata Jisoo sebelum membuat diri dalam position duduk. Jennie pula mengeliat sebelum bangun.

" Unnie? Unnie ada buka api ke pagi tadi?" bisik Lisa kerana tidak mahu Jimin dengar. Jisoo menggelengkan kepalanya.

" Aik? Kalau macam tu.. Macam mana api boleh ada?" tanya Lisa pelik. Jisoo dan Jennie memandang sesama lain pelik.

" Rahsia terbongkar!! " Tiba-tiba Jimin meneriak pada telinga Chaeyoung. Chaeyoung dengan pantas membuka matanya.

" Yah!!!" marah Chaeyoung lalu bangun mengejar Jimin yang sudah berlari ke luar. Lisa, Jennie dan Jisoo memandang sesama lain terbeliak mata. member BTS yang lain tiba2 muncul memandang sinis pada tiga orang gadis itu sambil memeluk tubuh.

" Hehehe... Rahsia dah terbongkar rupanya ...hehe.." kata Lisa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Jennie dan Jisoo turut tersengih memandang BTS.

...

" Jisoo unnie yang cadangkan!" teriak Lisa sambil menunjuk pada Jisoo. Jisoo memandang tajam Lisa.

" Jisoo noona yang cadang, korang pun ikut jer lahkan?" tanya Jungkook sinis.

Kini BLACKPINK hanya tersengih.

Living With BTS(btsxbpff)Where stories live. Discover now