EP 8 - KILAT

2.8K 178 10
                                    

Aku membuka mata perlahan, sekeliling masih gelap, rasanya lampu tak datang lagi. Aku mengeluh. Aku bangun dari baring, memandang sekeliling aku. Member2 aku semua tidur, manakala BLACKPINK pula masih tidur. Aku kesian pula nampak mereka, kenapa lah kena black out harinie. Aku tengok di tingkap, hujan masih lebat, lagilah lebat dari tadi. Kilat pun ada, aku taklah takut sangat. Aku bangun sebab tekak aku haus, aku lalu mencari lampu suluh lalu berdiri menuju ke dapur.

Apabila sampai, aku menuju ke peti ais. Aku membuka lalu mengambil botol air keluar.
Apabila aku ingin minum air itu, tiba2 aku terdengar satu suara yang menakutkan aku. Suaranya seperti perempuan menangis. Hantu ke?

"Hiks.. Hikss...."

Siapa yang duduk dekat belakang almari itu? Takkan hantu... Mungkin salah seorang dari kumpulan BLACKPINK. Siapa ya?

" Hikss... Takut... Hikss."

Suara serupa Lisa? Tapi tak confirm... Aku menuju perlahan ke almari itu. Lalu menyuluh ke arah belakang almari itu. Ha.. Betullah... Lisa rupanya..

Dia terkejut melihat aku yang sedang menyuluhnya.

" Err.. L.. Lisa sshi? Apa yang awak buat nie? Awak ok tak?"

Lisa tidak menjawab, malah hanya menunduk sambil memeluk lututnya.
Tiba2 kilat kedengaran. Lisa seperti tersentak sikit.

Ah.. Aku dah faham.. Mesti dia takut kilat..

" Lisa takut kilat ke? "

Lisa mengangguk kecil tapi masih menunduk. Aku kesian dia apa harus aku buat? Aku lalu duduk ditepinya. Lampu suluh aku letak tepi aku. Mengambil nafas sikit lalu hembus perlahan.

" Ermm... Saya pun tak pandai pujuk.. Tapi.. Kalau awak takut sangat.. Saya bagi awak peluk kalau awak nak.." kata aku agak debar sikit tapi takpalah.. Asalkan aku dapat bantu dia.

Dia mendiamkan diri. Aku pula tak tahu nak cakap apa. Biarlah.. Aku teman dia jer dekat sini.

Tiba-tiba kilat kedengaran lagi, kali nie sangat kuat, sehingga aku juga tutup telinga. Tiba-tiba tangan aku di peluk oleh seseorang, mesti Lisa. Aku tengok ke tepi. Dia sedang memeluk tangan aku erat, sambil mukanya yang kecil itu menyandar di tangan aku. Entah kenapa aku rasa comel jer.. Tanpa aku sedar.. Aku telah mengusap rambut dia lembut. Tapi dia tak sedar pon.

" Jangan takut.. Gwenchana..." bisik aku perlahan pada dia. Lisa hanya mengangguk kecil juga. Nampaknya dia dah berhenti menangis. Baguslah.

Selang beberapa minit, aku menguap, nampaknya aku dah ngantuk. Aku memandang ke Lisa. Eh dah tidur? Dahlah tidur atas bahu luas aku nie. Erm... Ottoke?
Nak gerakkan dia.. Aku segan pula.. Takpekan kalau aku tidur jer dekat sini?
Uwahhh...tanpa perduli apa, aku lalu terlelap.

...

" Jhope sunbaenim? Sunbaenim sshi.."

Aku membuka mata perlahan selepas seseorang menggerakkan aku. Aku lalu menguap sedikit sambil mengeliat. Terpapar wajah cantik Lisa di depan aku.

" Oh Lisa? Dah bangun.." kata aku. Lisa hanya mengangguk lalu tersenyum, alahai... Senyuman dia... Tercair aku.

" nae.. Jjinja gomawo.. Sebab temankan saya semalam.. Saya dah ber hutang dengan sunbaenim.. Jadi untuk balas budi.. Saya buat apa saja untuk sunbae.. "
Kata dia dengan senyuman yang manis.

" Buat apa saja?" tanya aku. Dia mengangguk.

" Kalau begitu.. Mula dari.. Panggil saya Oppa? Boleh? "

Lisa memandang aku terkejut.

" Er.. Boleh ke? "

" Bolehlah! "

" Ka.. Kalau begitu.. Nae o.. Oppa? "

Aku tergelak kecil melihat dia gagap. Comel rasenye.

" Hoseok hyung mane nie? Lisa pun hilang.. "

Tiba-tiba aku terdengar suara member2 aku. Lantas aku berdiri begitu juga dengan Lisa. Lisa seperti panik. Tapi aku memberi isyarat agar jangan takut.

Tanpa perduli apa, aku lalu keluar dari belakang almari. Aku nampak Jungkook dan Jimin memandang aku pelik.

" Yah hyung.. Awal bangun? Ke.. Pergi mana semalam?" tanya Jimin sinis. Aku hanya mengankat kening.

" Mane ade.. Alah.. Hyung nak bangun awal sikit takleh ke?" tanya aku. Pura2 merajuk.

" Boleh hyung... Cuma Chim pelik jer.. Ke.. Sebab kita ade tetamu special Hyung berubah? "

" Haha.. Mane ade.. Jomlah.. Kita mandi lepas itu berbincang dengan blackpink pasal album.. "aku cepat2 menukar topik.

" nae..kejap Hyung.. Nampak Lisa tak? "
Kata Jungkook.

Aku menggelengkan kepala perlahan.

" Mungkin dia dah masuk bilik dia kot.. Jomlah mandi.. Lagipun kita kena gerakkan BLACKPINK. " kata Jimin. Jungkook hanya mengangguk lalu beredar bersamanya. Aku mengeluh lega. Aku memandang tepi aku. Lisa sedang menyorok.

" Lisa sshi.. Naik bilik awak.."

" Nae oppa. "kata dia lalu beredar. Aku memandang dia sehinggalah hilang kelibat nya. Comel juga yeoja thailand nie.

Living With BTS(btsxbpff)Where stories live. Discover now