EP20 : PRACTICE

1.9K 141 8
                                    

Lisa sedang menyikat rambutnya di bilik tiba tiba Jennie menegurnya.

" Lisa ah." panggil Jennie.

" Nae unnie."

Jennie tidak berkata apa malah hanya memandang Lisa sahaja. Lisa memandang Jennie juga.

" Wae unnie?" tanya Lisa.

Jennie mengeluh seraya mengusap bahu Lisa.

" Aniya.. Unnie kesian Lisa.."

" Ha? Wae?"

" Lisa selesa ke? Duduk serumah dengan Taehyung tu?"

Lisa mendiamkan diri, beberapa saat kemudian dia mengangguk.

" Nae unnie.. Benda dah lepas Lisa dah lupakan.. Kita pon kawan biasa jer Unnie.. Jangan risau..lagipun Lisa anggap Taehyung sebagai kawan aja."kata Lisa sambil tersenyum. Jennie mengangguk.

" Tahulah crush Unnie! " gurau Lisa seraya menolak bahu Jennie lembut. Jennie menggelengkan kepalanya lalu tergelak kecil.

" Mana ada.. Jangan lah lupa yang Unnie nie siapa punya.. "kata Jennie.

Lisa hanyalah mengangguk perlahan saja.

" JOM praktis. "kata Jennie lalu menarik tangan Lisa bangun.

...

" Tae. Kau dah ok? " tanya Namjoon pada Taehyung yang mahu meminum air.

" Nae. Demam sikit jer. Bukan teruk. "kata Taehyung perlahan. Namjoon hanya mengangguk. Suasana diam sahaja masing2 tidak mahu bersuara lagi2 Jungkook dan Lisa.

" Eherm.. Asal sunyi jer nie? Kat sini takde orang ke? " tiba2 Jhope bersuara.

" Yah Hoseok, kalau taknak sunyi sangat, pergilah dance lagu exid kat situ tu pergi pergi." kata Jin. Jhope akur sahaja, lalu telefonnya membuka lagu up and down, dia mula menari. Mereka semua tergelak, kecuali Jungkook dan Taehyung.

" Yahyah! Stob it! Haha! " kata Jin lalu tergelak lagi. Jhope member hentikan dance nya sambil tergelak juga, dia berasa gembira jika mereka semua gembira tetapi memandangkan Jungkook dan Taehyung tidak, Jhope menuju ke mereka.

" Yah! Jom dance sama2" ajak Jhope, tetapi Taehyung menggelengkan kepalanya.

" Aniya Hyung taknak." kata Taehyung. Jhope memandang Jungkook pula, Jungkook menggeleng juga. Jhope mengeluh. Tiba-tiba dia ada ideanya. Jhope menghampiri Lisa.

" Lisa ah.. Ajar Oppa dance tarik bintang tu boleh?" tanya Jhope pada Lisa. Lisa mengangguk sahaja lalu berdiri di tepi Jhope.

" Macam nie yer." kata Lisa lalu menunjuk dance itu. Members blackpink hanya tergelak dan berasa malu dengan kelakuan maknae nya. Taehyung mula tersenyum apabila melihat dance Lisa. Jungkook masih mendiamkan diri. Mereka semua tergelak dengan dance Lisa. Manakala Taehyung hanya tersenyum sahaja.

...

Di bilik praktis.

" Hobi hyung, choreo nie ottoke?" tanya Jimin kepada Jhope. Jhope lalu memberitahunya. Lisa dan Jungkook hanya mendiamkan diri. Mereka berdua tiada benda ingin bercakap langsung.

" Yah Kook, kau dah faham tentang choreo nie?" tanya Jhope kepada Jungkook. Jungkook hanya mengangguk.

" Lisa?"

" Nae! Faham dah, mudah dan menarik juga." kata Lisa.

" Haha! Lisa cakap benda sama jer dari semalam." KATA jhope sambil tergelak bersama Jimin. Lisa hanya tersengih.

" Yeorobun! Jom makan!" jerit manger Sejin kepada mereka. Lalu mereka semua menuju ke tempat makan. Tetapi sebelum Lisa menuju ke situ, Jungkook menarik tangannya.

" Nak cakap sikit. " kata Jungkook dingin lalu menarik tangan Lisa ke luar bilik praktis mereka tanpa yang lain sedari.

...

Jungkook menarik tangan Lisa sehinggalah di suatu taman. Lalu dia melepaskan tangan Lisa. Jungkook membelakangi Lisa tanpa bersuara.

" Yah! Kata nak cakap sikit?" kata Lisa apabila lama mendiamkan diri. Jungkook mengeluh lalu memandang Lisa.

" Aku cuma nak tanya benda dekat kau.. Tapi kau janji eh yang kau tak marah?"

Lisa berasa pelik dengan gelagat Jungkook. Tanpa nerlebgah, dia mengangguk.

" Huh.. Mianhae kalau aku buat kau terasa hati.. Inilah sikap aku sebenar.." kata Jungkook menunduk.

Lisa memandang Jungkook lagi pelik.

Ada plan ke budak nie? Tanya hati Lisa.

" G.. Gwenchana.. Cepat lah nak tanya apa?" kata Lisa.

" Okok.. Aku nak tahu yang.. "
.
.
.
.

" Nampak Jungkook dengan Lisa tak? " tanya Namjoon kepada Jennie yang sedang menulis sesuatu di kertas. Jennie mengankat mukanya lalu menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

" Kenapa diorang tak pergi makan tadi eh? "kata Namjoon seraya mengeluh.

" Diorang kenyang kot.. Biarkan jer Oppa. " kata Jennie.

" Nae.. Jennie dah siap lirik tu? " tanya Namjoon kepada Jennie, Jennie mengankat mukanya tersenyum lalu memberi kan kertas itu kepada Namjoon..

" Dah! Tapi tak tahu lah sesuai ke tak." kata Jennie tak yakin diri. Namjoon mengambil kertas itu lalu membacanya, selepas itu, Namjoon senyum.

" Baguslah! Jennie pandai juga ubah lirik lagu nie!" kata Namjoon teruja.

Jennie tersengih.

" Aniyo.. Sikit sikit jer. "kata Jennie. Namjoon tergelak kecil.

" Yakinlah diri sendiri Jennie, dan Oppa yakin juga yang Jesuatu hari nanti Jennie akan produk lagu diri sendiri berpuluh puluh lagu! "kata Namjoon teruja lagi. Jennie hanya tergelak kecil.

" Banyaknye! Satu nie pon ambil masa yang agak lama.. "kata Jennie.

" Ani! 5 minit jer! Ok, Biar Oppa cakap dengan Teddy sunbae dengan producer Oppa pasal lirik nie dulu. Jennie pergilah tengok choreo. "kata Namjoon.

Jennie hanya mengangguk lalu beredar ke Jhope yang sedang mengajar choreo pada Taehyung. Manakala Rose dan Jimin berbual, Jisoo dan Jin berlatih menyanyi, manakala Suga tidur di atas sofa.
Jennie tergelak kecil seraya menggelengkan kepalanya melihat Suga yang tidur itu.

Jennie lalu menuju ke Jhope. Jhope perasan akan kehadiran Jennie lalu memberikan Senyuman padanya. Jennie membalas Senyuman itu. Taehyung hanya memandangnya.

" Jennie dah ingat ke choreo nie?" tanya Jhope pada Jennie, Jennie menggelengkan kepalanya, Taehyung tergelak kecil.

" Alahai.. Bersweet lagi dengan Joonie hyung tu biar lupa semua choreo nie." perli Taehyung. Jennie memandang Taehyung tak puas hati.

Apa masalah budak nie? Tanya hati Jennie.

" Tak kacau hidup orang sehari tak boleh ke? Ke nak mati?" tanya Jennie pula, Taehyung memandang tajam Jennie sambil tersenyum sinis.

Jhope melihat mereka berdua mula bergaduh lalu menghalang mereka.

" Jennie ah! Jom kesini, kite tengok choreo baru. Tae! Tolong belikan hyung air kat kedai runcit tu! Hyung dahagalah." kata Jhope pada Taehyung lalu menarik Jennie menjauhi Dari taehyung. Taehyung menggulingkan matanya lalu beredar. Tetapi sebelum dia ingin membuka pintu, Jungkook membukanya dahulu. Taehyung terkejut apabila melihat Jungkook masuk dalam bilik praktis bersama Lisa berpegang tangan.

Living With BTS(btsxbpff)Where stories live. Discover now