EP16: THE CONFESSION

2K 144 0
                                    

" Chaeyoung ah.. Faham kan?" aku menanya Chaeyoung ditepi aku selepas saja kita balik dari praktis.

" Nae! Faham dan mudah sangat.." kata Chaeyoung dengan ceria. Aku tersenyum kenapa lah budak nie comel sangat? Sedang aku ingin menanya lagi, Jungkook menegur dulu.

" Yah! Chaeavocado! Sini jap!" kata Jungkook lalu menuju ke kolam. Chaeyoung memandangnya pelik. Haih.. Kenapalah si Kookie nie berperangai macam nie?

" Chaeyoung ah.. Redha jerlah dengan si kookie tu..ya?" Kata aku sambil tersenyum. Chaeyoung teragak agak untuk mengangguk. Aku lalu beredar, sebenarnya risau juga tapi aku percaya yang Kookie cumalah nak tanya pasal Lisa dengan Chaeyoung.

Yalah.. Crush dia kan.
.
.
.
.
Jisoo dan Jennie sedang bermain telefon di atas katil mereka masing masing. Lisa pula sedang mempraktis rapnya.

" Fuhh.. Letihnya.." apabila Kisa siap berlatih, Lisa mengeluh seraya duduk di atas katilnya.

" Susah ke Lisa ah?" Jisoo menanya.

" Tak pon... Tapi sebab kata kata korea terlalu banyak, takut gagap pula cakap.." jawab Lisa.

Jisoo mengangguk sambil membuat mulut 'O'.

" Takpe Lisa ah.. Unnie percaya Lisa boleh! Hwaiting!" kata Jisoo sambil tersenyum.

" haha.. Nae unnie gomawo!" kata Lisa sambil tergelak kecil lalu memandang ke sebelah katilnya.

" Eh? Chaeyoung? Chaeyoung mana?" teka Lisa sambil memandang rata bilik mereka.

" Tadi unnie nampak dia ikut Jungkook pergi dekat kolam." Jennie yang dari tadi mendiamkan diri bersuara.

" Ha? K.. Kenapa Chae ikut dia pergi kolam?"

" Jungkook panggil dia, ada benda lah tu.. "Jennie kata lagi.

Lisa berasa risau pula, entah kenapa. Tanpa berkata apa, Lisa lekas keluar dari bilik. Jennie dan Jisoo memandangnya pelik.
.
.
.

" Erm.. Jungkook ada apa ke? " Chaeyoung bersuara selepas mereka mendiamkan diri lama.

Jungkook yang sedang membelakanginya, bersuara pula.

" Takde pape... Nak cakap saja dengan kau takleh ke?"

" Huh... Kalau beginilah perangai kau yang sebenar.. Aku tak segan jugalah.. " Kata Chaeyoung dengan berani seraya memeluk tubuhnya sambil memandang tajam Jungkook. Jungkook mengankat keningnya lalu memandang Chaeyoung.

" Mm? Jadi nielah kau yang sebenarnya? "

" So what? Tell me.. What do you want to talk. "

" Aku tahu lah kau tu kacukan english tapi tak payah lah cakap English dengan aku!"

" Oh! Sorry, aku lupa pula yang kau stupid English." kata Chaeyoung sinis.

Jungkook memandang tajam Chaeyoung, perasaan marah ya membuak.

" So? Ada apa ha? "

" Berani eh kau cakap macam tu kat aku? Jadi selama nie kau buat cute depan Jiminie kau berlakon lah ye? Dasar gedik! "

" What the fish Jungkook! Apa masalah kau sebenarnya!? Dari tadi dah tak puas hati dengan aku dan Lisa!? Kau benci kitaorang sangat ke!? Kalau begitu! Fine!! Aku dan BLACKPINK akan minta YG Oppa batalkan kerja kita!! " marah Chaeyoung. Jungkook terdiam sebentar.

" So inilah Jungkook golden maknae yang sebenar!? Aku nak tahu lah kalau fans kau semua tahu sikap kau yang sebenar apalah perasaan diorang.. Sungguh mengecewakan!! " Tegas Chaeyoung, tangannya genggam dengan erat, marah ya membuak buak.

" Kenapa pula kau nak marah nie? Aku cakap benda yang betul kan!? "

" Masalahnya! Aku malu depan Jimin Oppa sebab aku suka dia!!!! "

Sunyi sebentar, Jungkook terdiam mendengar pengakuan Chaeyoung, Chaeyoung pula terbeliak matanya kerana tersedar apa yang dia terlepas cakap. Lalu tangannya menutup mulutnya. Jungkook mula tersenyum sinis lalu mendekati Chaeyoung.

" Dah agak dah kau suka Jimin hyung.." bisik Jungkook pada Chaeyoung, Chaeyoung memandangnya tidak percaya.

" Macam nielah.. Kalau kau nak aku rahsiakan benda nie.. Kau kena tolong aku satu perkara."

" Aku tak kisah pon kalau kau nak bagitahu semua orang tentang nie,sebab kalau mereka tanya, Aku just cakap yang aku suka dia sebagai Idola, nothing more." kata Chaeyoung dengan selamba lalu beredar dengan laju dari kolam masuk ke dalam. Jungkook memandangnya sehinggalah hilang kelibat. Dia mendengus kasar.

" Hishh!! Dah nak boleh dah tadi!! Haduhh!!! " desis hati Jungkook.

Living With BTS(btsxbpff)Where stories live. Discover now