1

13 1 0
                                    

[10 panggilan tidak dijawab.]

Yixing masih dibuai mimpi dan tidak sedar bahawa ada yang menelefonnya. Encik Chan iaitu drivernya, menerjah masuk ke bilik Yixing. Dia mengejutkan Yixing agar bangun daripada tidur.

"Yixing, bangun sekarang. Kamu dah lambat."

Yixing mengendahkan saja dan mengalihkan badannya membelakangkan Encik Chan.

"Yixing, staff kamu dah ada dekat luar"

Kali ini dia tidak mengendahkan dan bertanya kepada Encik Chan mengenai jam sudah menunjukkan pukul berapa. "Sekarang pukul berapa?" tanyanya yang masih baring dan memejamkan mata.

"10.59 am"

Dek kerana terkejut mendengar itu tadi. Dia terus bangun lantas mencapai telefon bimbitnya.

"10 panggilan tak dijawab. Aduh! Habislah aku. Nanti nak balik Beijing, lawat nenek. Sekarang dah lambat, nak pergi photoshoot"

Encik Chan memberitahunya agar siapkan diri sepantas yang boleh dan dia akan maklumkan kepada staff untuk bersabar dan tunggu beberapa minit.

Yixing hanya mengangguk. Encik Chan kemudiannya beredar meninggalkan dia berseorangan. Yixing menuju ke arah almari dan mengambil pakaian yang telah disediakan untuk dipakai olehnya.

10 minute later.

"Jalan cepat sikit. Dah lambat ni. Kau nak kejar masa, takut nanti terlepas flight pula" -staff

Yixing berjalan dengan relaxnya dan terus masuk ke dalam kereta. Sambil-sambil itu, staffnya yang mengambil bahagian solekan terus menjalankan tugasnya agar Yixing kelihatan lebih tampan untuk photoshoot yang bakal dijalankannya nanti.

[Mom ♥️] Panggilan daripada ibunya.

"Hello maa"

"Yixing, kamu bila balik sini?"

"Harini. Tunggu Yixing habis photoshoot baru gerak terus ke Beijing nanti."

"Oh, hati-hati. Jangan kelam kabut sangat. Kami dekat sini tunggu kedatangan kamu."

"Ye maa. Jangan risau. Nenek macam mana sekarang?"

"Sejak dua hari ni, nenek kamu masih belum sedarkan diri lagi. Doktor kata, dia menghidap penyakit strok haba. Keadaannya agak teruk, sebab darah ada masuk ke dalam saluran otaknya."

Yixing yang mendengar penjelasan ibunya itu tadi terus meraup wajahnya dan memejamkan matanya buat seketika.

"Kamu jangan risau tentang nenek. Nenek pasti akan sedar nanti."

"Okay maa. Yixing ada kerja sekarang ni. Jumpa nanti, bye"

Panggilan tersebut telah pun ditamatkan. Selesai disolek, dia menyandarkan kepalanya dan memandang ke luar. Fikirannya hanya risau tentang nenek kesayangannya itu.

Sejak kecil, Yixing memang rapat dengan neneknya kerana semasa ketiadaan ibu dan ayahnya, dia dijaga oleh nenek. Banyak kenangan manis bersama neneknya. Dia berharap agar neneknya cepat sembuh.

Yu Garden, Shanghai.

Mereka telah tiba di lokasi photoshoot. Para staffnya bergegas membawa peralatan menuju ke tempat yang telah dipilih beberapa hari yang lalu.

Yixing berjalan mengikuti mereka daripada belakang. Matanya sempat melilau, melihat keindahan Yu Garden yang telah menarik perhatiannya. Ketika itu, pengunjung di sana tidak terlalu ramai. Peminat Yixing yang menyedari kehadirannya, terus menjerit memanggil namanya.

"Tengok tu. Your fans is here too" -staff

"Biarkan. Diorang tak kacau aku pun." kata Yixing yang sudah bersedia untuk melakukan photoshoot.

~

Sebanyak 100 gambar yang diambil. Maka, selesailah sesi photoshoot. Sebelum meninggalkan tempat tersebut, dia berterima kasih kepada staff-staffnya yang sudah berkerja keras dan bertungkus lumus dalam tugas yang dijalankan oleh mereka.

"Terima kasih semua, dah bagi kerjasama yang baik untuk harini. Lepasni, kamu semua boleh balik dan bercuti selama 3 hari. Maaf, makan malam nanti saya tak dapat join sebab perlu balik ke Beijing. Tu je yang saya nak cakap, saya pergi dulu"

"Baiklah. Lain kali kita makan malam sama-sama. Hati-hati!"

Para staffnya melambaikan tangan dan Yixing juga membalas lambaian mereka sambil tersenyum. Kemudian, dia memandang ke arah jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 12.30pm. Dia terus berlari kerana tepat pukul 1.40pm, waktu penerbangan ke Beijing.

Belum sempat tiba di kenderaannya, dia terlanggar seorang gadis yang sedang sibuk menggunakan kameranya untuk mengambil permandangan di situ.

Aduh, Yixing! Time ni juga lah benda macam ni jadi. Aku kena cepat, kalau tak nanti terlepas flight aku.
-desis hatinya.

"Sorry, sorry. Tak sengaja, awak okay tak?"

Gadis tersebut memandangnya dengan pandangan yang tajam. Dia bangun daripada terduduk dan membersihkan seluarnya yang terkena pasir.

"Lain kali, mata dengan kaki tu guna elok-elok. Nasib baik, saya tak cedera."

"Baguslah kalau macamtu. Saya tak ada masa ni. Saya pergi dulu." Yixing sambung berlari meninggalkan gadis tersebut.

Gadis tersebut masih berdiri tercegat melihat jejaka tersebut berlari meninggalkannya. Dia kemudiannya, melihat keadaan kameranya samaada masih baik lagi ataupun rosak. Dia cuba mengambil gambar namun, gambar tersebut tidak dapat diambil.

"Nooo. Banyak gambar cantik-cantik dalam ni, janganlah rosak." Raut wajahnya bertukar menjadi sedih.

Terdapat kesan calar pada kameranya dan ada sedikit retakan. Tanpa berfikir panjang, dia menyimpan kamera ke dalam beg dan terpaksa pulang ke rumah dengan membawa kamera yang rosak.

Kalau tak disebabkan lelaki tu tadi, mesti tak jadi macam ni. Mesti aku balik dengan perasaan yang gembira sebab dapat gambar yang cantik-cantik. Eee geramnya aku!
-desis hati gadis itu.

Gadis itu sampai di tempat parkir terletaknya kereta miliknya. Dia masuk dan memandu dengan wajah yang monyok.

YouWhere stories live. Discover now