5

3 1 0
                                    

"Yixing"

"Sorry sebab aku tak dapat nak tegur malah layan korang dekat depan"

"Tak apalah. Lagipun kau tengah bersedih ni. Kitorang faham"

"Tapi kalau boleh, janganlah sedih lama-lama sangat"

"Betul tu. Tak baik untuk kesihatan kau kalau layan perasaan sedih tu lama-lama"

"Aku tahu lah. Buat masa sekarang ni, aku cuma nak tenangkan diri"

"Yelah. Tapi jangan sampai tak makan pula"

"Nenek tak suka tengok kau macam ni. Termasuk kami semua ni sekali. Dia nak cucu dia semua baik-baik je, teruskan hidup macam biasa"

"Lagi satu, biarpun tak ada depan mata tapi dia selalu ada dalam hati kita"

"Thanks bro."

Yixing melemparkan senyuman dengan lesung pipitnya itu kepada mereka. Mereka terus berbual dengan rancak mengenai pekerjaan mereka, pengalaman mereka dan kisah mereka bersama ketika masih kecil dahulu.

Tn Zhang dan Pn Ying dapat lihat bahawa anak lelaki mereka itu mulai tersenyum.


Xia's Family House.

Kesemua mereka sudah pun berkumpul di rumah ibu bapa Xia. Tidak ketinggalan juga keluarga Mei dan keluarga Suyin yang turut ada bersama pada malam itu. Banyak makanan yang lazat dihidang oleh keluarga Xia.

Suasana agak meriah kerana bilangan yang ramai. Makanan juga banyak dihabiskan. Daripada makanan berat sehingga lah makanan dessert dihidangkan.

Setelah selesai makan. Mereka berbual satu sama lain sebelum bergerak pulang ke rumah.

"Terima kasih sudi datang makan malam sama-sama"

"Sama-sama. Dah berapa lama anak kita berkawan, begitu juga kita ni. Bukan selalu buat makan malam macam ni."

"Harini kami kenyang sangat dengan makanan yang sedap ni. Kalah masakan saya"

"Lain kali kita dinner sama-sama lagi"

"Ye, boleh. Nanti saya sediakan makanan yang lebih sedap"

"Dah cukup masa ni. Kami minta diri dulu"

Ayah Xia masih berbual-bual bersama ayah Mei dan ayah Suyin. Dengan bergelak ketawa. Jelas kelihatan keakraban ketiga-tiga mereka sama seperti anak gadis mereka. Begitu juga isteri mereka.

Keluarga Xia mengiringi mereka sehingga ke pintu pagar luar.

"Terima kasih banyak-banyak pada anak kamu berdua yang dah banyak tolong keluarga saya dan juga anak saya."

"Sama-sama. Hari lain, kita dinner dekat rumah lain pula"

Mereka tertawa kecil apabila mendengar kata ayah Mei itu tadi.

"Betul tu. Mana boleh asyik makan dekat rumah keluarga Xia je. Sekali sekala, keluarga saya ataupun keluarga Mei pula yang buat dinner"

"Mana-mana pun boleh. Nak dekat sini lagi, tak ada masalah. Kami sentiasa mengalukan kedatangan kamu semua"

"Baiklah. Kami gerak dulu"

"Bye!"

"Byebye"

Bayang kereta mereka semakin hilang daripada pandangan. Xia memeluk ibunya, rasa gembira pada saat itu tak dapat diungkapkan. Dapat luangkan masa bersama keluarga rakannya adalah hal yang jarang dapat dilakukan oleh dirinya sendiri. Oleh sebab, ada urusan kerja dan lain-lain mereka tidak berkesempatan untuk berkumpul.

Mereka masuk semula ke dalam kediaman. Sebelum pulang ke rumah sendiri, Xia membantu ibu dan ayahnya mengemas meja makan dan juga mencuci pinggan serta gelas yang sudah digunakan tadi.

Walaupun kehidupan mereka sederhana dan ada orang gaji di rumah. Mereka sama-sama menyelesaikan tugasan rumah. Tidak ada sikap berat sebelah. Sikap Xia yang sangat prihatin terhadap keluarganya selalu menjadi contoh kepada rakannya iaitu Mei dan Suyin.

"Ma. Pa. Xia balik dulu, after this Xia tak ada. Not sure, untuk berapa hari. Tapi nanti ada yang akan tolong dekat restoran tu. Lepasni tak ada lah ma dengan pa terlalu letih. Ringan sikit beban ma dengan pa" Xia memeluk dan mencium pipi kedua-dua ibu bapanya sebelum memasuki kereta. Begitu juga adik lelakinya.

"Tak lupa juga adik akak sorang ni. Ada masa nanti akak bawa adik keluar jalan-jalan" Rambut adik lelakinya itu diusap. Xia melambaikan tangan pada mereka. Begitu mereka.

"Hati-hati bawa kereta. Ada masa nanti datanglah jenguk kami lagi"

Kali ini, mereka hanya akur dengan anak gadisnya itu yang sudah banyak membantu. Mana tidaknya, kedua-dua mereka sudah bersusah payah untuk Xia ketika dia masih bersekolah dan sebab itulah Xia membalas jasa mereka.

Xia berjaya menamatkan zaman sekolahnya dengan cemerlang. Setelah itu, dia mendapat tawaran sambung belajar ke university di luar negara selama 3 tahun. Dia pulang kembali ke Shanghai dengan kejayaannya. Sekarang dia hanya perlu menanti keputusan untuk sambung bidang jurugambar. Itu akan menjadi pekerjaannya.

Sambil-sambil itu, dia mahu mencari kerja lain untuk sementara waktu. Setelah beberapa minit perjalanannya, akhirnya tiba juga di kediaman sendiri. Rumah yang agak besar yang dihadiahkan oleh ayah dan ibunya dijaga dengan baik.

Dia masuk ke dalam menuju ke dapur. Gelas kaca diambil untuk diisi air lalu diminumnya. Fikirannya kini teringat akan jejaka itu.

Who's that guy? Tiba-tiba bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Aku harap sangat lepasni tak nampak muka dia lagi.
-desis hatinya

Selesai minum air, dia terus naik ke atas menuju biliknya. Dia menjatuhkan diri di atas katil yang empuk miliknya. Sebelum melelapkan mata, dia menukar pakaian terlebih dahulu dan mencuci mukanya serta memberus giginya. Kemudian, dia kembali ke katilnya. Dia menyelimutkan badannya dan lampu di bilik ditutup.

Biliknya sudah gelap dan Xia sudah mula berada di alam mimpi.

YouWhere stories live. Discover now