Hari pengebumian nenek Yixing.
Kesemua keluarga serta tetamu lain yang hadir berpakaian serba hitam. Kedengaran tangisan para ahli keluarga. Yixing yang baru semalam tiba dan beberapa jam saja bersama neneknya di hospital. Dia berasa sangat sedih. Dia memegang gambar milik neneknya.
Ibunya yang berada di belakang, dibawa oleh ayahnya. Akibat menangis berterusan, hampir saja ibunya pengsan. Mujur ada ayahnya yang berada di samping Pn Ying.
Yixing tidak menangis pada waktu itu, dia tabahkan diri untuk neneknya yang baru saja hilang. Namun, matanya kelihatan bengkak. Mungkin sebelum tidur, dia bersendirian di biliknya dan menangis sepuasnya.
Para paparazzi yang tahu tentang kehadiran Yixing di Beijing. Mengikuti perkembangannya di sana. Mereka tidak dibenarkan oleh keluarga Zhang untuk menyoal apa-apa yang berkaitan dengan neneknya. Mereka cuma mahukan ketenangan. Begitu juga gambar wajah mereka tidak dibenarkan diambil. Mereka hanya dibenarkan berada di luar kawasan perkuburan.
Selesai upacara pengebumian, mereka bergerak pulang. Pengawal yang ada bersama keluarga Yixing, melindungi mereka daripada paparazzi. Cubaan untuk mengambil gambar mereka tidak berjaya kerana dikawal ketat oleh pengawal.
"Yixing, kamu balik rumah dulu. Masuk nanti terus mandi. Bersihkan diri. Berehat. Jangan keluar pergi mana-mana. Sekarang ni, paparazzi sedang sibuk kejar kamu"
"Okay. Paa nak pergi mana?"
"Nak bawa mama kamu ni pergi klinik. Mama kamu tak sihat. Menangis tak henti-henti tu yang jadi sakit"
Tiba di kediaman mereka. Yixing keluar dan terus masuk ke dalam rumah. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.
Selesai mandi, dia mengeringkan rambutnya. Dengan berpakaian seluar pendek berwarna apricot dan baju t-shirt berwarna hijau, dia baring di katilnya. Telefon bimbit yang tidak jauh daripadanya, dilihat notification yang banyak masuk. Dia hanya mengeluh dan melelapkan matanya.
~
Sedang sibuk memandu, dia memikirkan sesuatu.
Cafe or kedai bunga or mall?
Hm i think, better mall. Tapi nak minta dekat kedai mana?
Adidas?
Nike?
Sephora?
Chanel?
Converse?
No no. Tukar. I think, cafe.
Okay, muktamad.
-desis hatinya yang serabut memikirkan tentang kerja yang dicarinyaDia memandu menuju ke cafe yang berhampiran dengan mall. Tiba saja di cafe tersebut, dia masuk dan terus berjumpa dengan pemilik cafe.
"Ada apa ye, awak nak jumpa saya?"
"Sorry if menganggu. Saya cuma tengah cari kerja sekarang ni. Jadi, saya nak cuba tanya sini dulu kalau masih ada memerlukan pekerja"
"Oh, kebetulan kami memerlukan lagi seorang pekerja. Bahagian cashier. Tapi akan ada pertukaran bahagian pada masa yang tertentu. Awak jangan risau. Bukan satu bahagian saja awak perlu bekerja. So, macam mana?"
"Okay. Saya akan terima apa-apa kerja yang diberikan."
"Kalau macamtu, awak isi dulu borang ni. Kemudian, sign di bahagian bawah. Esok cafe ni ditutup, sebab ada urusan yang saya perlu buat. So, lusa awak dah boleh mula kerja."
Senyuman diukir pada wajahnya. Akhirnya, dia mempunyai pekerjaan.
[Ma ♥️]
"Hello, Xia"
"Ye ma?"
"Kamu dekat mana sekarang?"
"Xia baru keluar daripada cafe. Ada apa ma call ni?"
"Oh. Tak ada apa. Ma cuma berterima kasih pada kamu. Tentang apa yang kamu cakapkan semalam tu, mereka ada datang sini. Nampaknya semua berjalan lancar. Mereka kerja dengan baik."
"Sama sama, ma. Baguslah kalau macamtu. Kalau diorang buat hal, bagitahu Xia. Biar Xia bagi pengajaran sikit pada diorang."
"Ha yelah. Kamu jangan lupa makan. Nanti kebulur perut tu. Ma nak letak telefon ni. Lain kali ma call kamu lagi"
"Okay ma. Byebye"
"Bye"
Panggilan antara dua beranak itu tamat. Xia bercadang untuk pergi ke suatu yang menenangkan. Dia sempat menghantar text kepada dua rakannya agar ikut sekali.
~
Yixing terbangun akibat terdengar bunyi guruh yang kuat. Cuaca panas bertukar menjadi mendung. Hujan bakal membasahi muka bumi. Dia segera bangun dan merapatkan jendelanya. Lampu dibuka. Dia kembali ke katilnya dan duduk seketika. Jari mencapai telefonnya.
[100+ unread messages]
[4 missed call]Hanya dipandang sekilas saja. Lantas dia bangun dan keluar dari bilik. Berjalan menuruni tangga. Kelihatan ayah dan ibunya berada di ruang tamu. Dia menuju ke dapur untuk mengambil air. Gelas kaca dibawa bersamanya ke ruang tamu.
"Muncul pun anak ayah ni. Tadi kamu tidur ke?"
"Tidur lah. Takkan berenang dekat kolam tu"
"Ada ada je kamu ni"
Yixing tertawa kecil pada ayahnya. "Maa, macam mana sekarang? Feel better or not?"
"Feel better. Cuma pening masih ada rasa lagi"
"Maa jaga diri baik-baik. Jangan fikirkan pasal nenek sangat. Nanti makin melarat sakit tu dengan maa asyik nangis je. Esok pagi Yixing dah gerak ke Shanghai balik. Yixing minta maaf sebab tak dapat duduk sini lama-lama. Yixing janji, nanti dah tak sibuk dengan kerja. Yixing balik sini"
"Ye tahu lah mama jaga diri. Kamu tu pun sama, jangan cakap mama je"
"Awal kamu balik sana"
"Lupa nak bagitahu yang Yixing cuma dua hari je dekat sini. Telefon pun ada banyak mesej masuk. Syarikat-syarikat sana dah ada yang call. Ramai yang tawar Yixing untuk promosikan produk baru. Tu yang Yixing tak boleh lama sangat"
"Tak apa lah. Kami faham dengan keadaan kamu. Kerja nanti elok-elok. Jangan sampai diri tu tercedera."
YOU ARE READING
You
RandomMengisahkan tentang Yixing dan Xia yang cuba untuk mempertahankan hubungan mereka. Namun, ada saja yang menganggu sehingga kedua-dua mereka terpaksa menjauhkan diri untuk menenangkan hati dan fikiran yang serabut dengan keadaan yang semakin hari, se...