1.30pm; at Shanghai Hongqiao International Airport.
Yixing telah tiba di lapangan terbang ditemani oleh Encik Chan. Masih berbaki 10 minit saja, Yixing bergegas masuk dan terus membuat check in kerana sudah kesuntukan masa.
"Yixing" jerit Encik Chan. Yixing menoleh ke belakang.
"Kirim salam pada Pn Ying dan Tn Zhang."
"Ye, saya akan sampaikan pada mereka" balasnya sambil tersenyum dan terus beredar.
Semakin hilang bayang tuan empunya badan. Encik Chan juga turut beredar dan pulang ke rumahnya. Yixing bergegas menuju ke arah dimana para penumpang yang hendak ke Beijing sedang beratur. Dia mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar dan membuat panggilan.
[Mom ♥️]
"Maa, sekarang Yixing dah nak masuk flight. I'll call you again later."
"Okay, nanti maa bagitahu ayah kamu supaya gerak sekarang. Tunggu kamu di airport."
"Hati-hati bawa kereta"
"Ye, kamu jangan risau"
"Bye maa"
"Byebye"
Panggilan kedua-dua beranak itu tadi telah pun tamat. Yixing berjalan menuju ke dalam pesawat diikuti para penumpang yang lain. Keadaan cuaca yang sangat baik, dia berasa syukur kerana tidak menghadapi situasi yang tidak diingini seperti 'flight dibatalkan' jika mendapati cuaca kurang baik.
"奶奶 (năi nai), tunggu Yixing" desis hatinya setelah mendapatkan tempat duduknya dan dia memandang ke luar tingkap pesawat. Kemudian, dia memejamkan mata dan rehatkan diri sementara tunggu flight tiba di destinasi yang ditujui.
~
Ming Ah Hoo's Restaurant.
"Ma. Pa. Xia datang ni"
Kehadiran anak gadis sulung mereka itu disedari oleh adik lelakinya. Dia terus berteriak memanggil ibunya.
"Mama, kakak datang!"
Ibunya yang berada di dapur segera datang menghampiri anak gadisnya itu. Dia menarik lengan Xia.
"Mari tolong mama dekat dapur kejap"
"Kejap ma, nak letak barang ni dulu" Kamera yang dibawa Xia masuk, diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kaunter. Dia kemudiannya menuju ke dapur.
"Tolong apa ma?"
Keadaan yang sangat sibuk, ayahnya sedang memasak. Manakala ibunya perlu memotong bahan-bahan yang telah disediakan. Membuatkan Xia berasa kesian melihat kedua-dua ibu bapanya itu. Kekurangan pekerja menyebabkan mereka berdua terpaksa melakukan kerja yang banyak di dapur.
"Ma. Pa. Pergilah berehat dulu, nanti Xia call Mei dengan Suyin datang sini tolong buat kerja dekat dapur ni"
"Tapi.."
"Tak ada tapi-tapi. Biar Xia yang tolong." Xia memeluk bahu ayahnya dan ibunya lantas membawa mereka ke ruangan depan, dimana mereka berdua boleh berehat seketika. Mereka hanya akur dengan anak gadis yang sering membantu itu.
Dia mengambil telefonnya dan terus dail ke nombor milik rakannya.
[Mei 🌼]
"Hello, ada apa call aku ni?"
"Datang kedai parents aku sekarang. I need your help."
"Oh okay, i'll be there in five minutes."
"Call suyin, ajak dia sekali."
"Okay okay, bye"
"Bye, see you later"
Xia menarik nafas lega. Mujur ada rakan yang selalu ada untuknya dikala memerlukan pertolongan. Sementara menunggu kehadiran dua rakannya itu, dia membuat air untuk ibu dan ayahnya.
5 minutes ago. Akhirnya, sampai juga dua gadis yang ditunggu-tunggu. Mereka bertegur sapa bersama ibu Xia dengan mesra.
"Aunty minta maaf pada kamu berdua, sebab menyusahkan kamu untuk datang sini"
"Tak perlulah minta maaf. Kami ikhlas datang sini tolong, lagipun aunty dengan uncle perlu berehat sekarang ni sebab dah banyak sangat kerja yang dibuat"
"Terima kasih. Aunty tak tahu nak balas jasa kamu berdua dengan apa" Ibu Xia hanya mampu tersenyum.
"Nanti kita makan sama-sama. Uncle dengan aunty berlanja kamu berdua" Cadang ayah Xia kepada mereka.
"Tak apa lah uncle. Susahkan uncle dengan aunty je"
"Jangan risau. Aku kan ada. Boleh tolong masak"
Mei dan Suyin hanya senyum dan akur dengan mereka. Tanpa membuang masa, Xia membawa mereka berdua ke dapur. Kerja di dapur dilaksanakan dengan baik. Pada ketika itu, ramai yang memasuki restoran mereka. Ibu dan ayah Xia mengalukan mereka dan mengiring mereka ke tempat makan yang kosong. Suasana yang tenang dan tidak huru-hara membuatkan semuanya berjalan dengan lancar.
Arrived at Beijing International Airport.
Yixing yang baru saja tiba, ramai mata sedang memerhatikannya. Tidak sangka dapat bertemu dengan seorang jejaka model yang terkenal dan tampan berada di airport. Teriakan para gadis membuatkan suasana menjadi kecoh.
Hampir saja didekati, mujur ayahnya muncul menyelamatkan anak lelakinya itu daripada disentuh atau berkemungkinan dicederakan oleh para peminat yang mendekatinya.
"Paa" Yixing memeluk ayahnya. Sekian lama tidak bersua muka. Oleh sebab terlalu sibuk dengan kerjanya, tidak pernah ada waktu terluang untuk bersama keluarga.
"Yixing. Akhirnya, kamu balik juga. Mari pergi sekarang. Sebelum kamu kena kejar nanti" Tn Zhang memeluk bahu anak lelakinya itu sambil tertawa. Mereka berdua keluar menuju ke tempat parkir kereta. Hanya 5 minit saja berjalan, tiba di kereta milik Tn Zhang. Berasa lega kerana tidak diikuti oleh para peminat Yixing. Ayahnya terus bertanya kepadanya
"Ni kamu nak balik rumah dulu ke?"
"Kenapa paa? Ada pergi mana-mana ke nanti?"
"Ada. Kalau tak, nanti ayah terus bawa kamu ke hospital sekali"
"Oh. I think, we should just go to the hospital. Yixing nak jumpa nenek"
"Sure?"
"Yes, sure"
"Okaylah kalau macamtu. Ibu kamu pun dah tunggu dekat sana"
Ayahnya kembali fokus memandu. Yixing yang agak kepenatan memilih untuk terus ke hospital. Dia terlalu risau dengan keadaan neneknya sekarang . Keadaan di dalam kereta mula senyap dan hanya lagu di radio saja yang didengari.
YOU ARE READING
You
RandomMengisahkan tentang Yixing dan Xia yang cuba untuk mempertahankan hubungan mereka. Namun, ada saja yang menganggu sehingga kedua-dua mereka terpaksa menjauhkan diri untuk menenangkan hati dan fikiran yang serabut dengan keadaan yang semakin hari, se...