7

9 0 0
                                    

"Ye paa. Tu jangan risau, Yixing dah besar. Yixing takkan biarkan badan ni ada luka"

"Baguslah tu. Berborak, berborak juga. Makanan dekat dapur tu jadi sejuk nanti. Jom, kita makan sekarang."

"Haha jom lah. Maa, bangun. Yixing tolong bawa maa pergi dapur."

"Mama boleh jalan sendiri lah."

"Nak bawa maa juga. Nanti tak pasal-pasal jatuh pengsan, ha lebih baik Yixing bawa maa."

Ibunya hanya akur. Mereka berjalan menuju ke ruangan dapur. Banyak makanan yang telah dihidangkan oleh ayahnya.

"Patutlah maa sayang paa. Orangnya pandai masak. Macam sedap"

"Ha tu lah. Kita walaupun lelaki, mesti pandai masak juga. Mana tahu kamu dah ada isteri nanti, dia sakit kamu boleh tolong masakkan. Macam mama kamu ni."

"Yelah paa. Nasib baik Yixing pandai, macam ayahnya juga"

"Anak maa sorang ni, serba boleh. Sayang papa kamu, sayang Yixing juga"

Perbualan mereka diakhiri dengan ketawa. Selesai makan dan bersihkan meja makan. Mereka duduk di ruang tamu, bercerita sepuasnya kerana Yixing bakal pulang ke Shanghai semula pada keesokan hari.

"Esok flight pukul berapa?"

"11 lebih macamtu. Pukul 9.30am dah boleh gerak ke airport"

"Oh, esok bangun awal lah ni"

"Nampaknya macamtu lah. Yixing nak kena packing barang dulu, itu pun belum packing lagi tadi"

"Lah kenapa tadi tak packing? Nanti ada je barang yang lupa. Tertinggal"

"Tadi kan tidur. Lepastu bangun je terus turun bawah. Yixing takkan lupa."

Dia yang duduk bersebelahan dengan ibunya, rambutnya dikusutkan oleh si ibu. Yixing hanya tertawa kecil lalu membetulkan rambutnya.

Manakala ayahnya sudah melelapkan matanya terlebih dahulu. Oleh itu, ayahnya tidak bersuara. Mereka berdua yang menyedari terus mengejutkan Tn Zhang.

Yixing membawa ayahnya yang masih dalam keadaan mengantuk menaiki tangga. Manakala ibunya mengikuti dari belakang.

"Ayah boleh jalan sendiri. Nak kata sakit pun tidak."

"Paa, diam je. Boleh memang boleh. Tapi mata tu masih lagi ngantuk. Tak pasal-pasal jatuh tergolek dari tangga. Cari penyakit je macamtu"

"Kamu ni memang anak ayah yang baik. Entah bila ada calon, beruntung yang dapat kamu nanti" Ayahnya menepuk bahu Yixing. Sambil berjalan, sambil tu juga bersembang.

"Yixing ni masih sibuk dengan kerja. Paa pun tahu tu. Tak ada masa nak cari calon."

"Dekat bawah tadi tak reti nak berbual dua beranak ni. Naik tangga baru nak ajak borak" Tegur ibunya yang berada di belakang.

"Ibu kamu jeles tu" bisik Tn Zhang pada anaknya itu.

Ibunya yang berada di belakang hanya bersabar dengan perangai dua beranak itu. Tidak ada perubahan. Masih seperti dahulu.

~

Hari yang cerah dengan cuaca yang baik, Yixing sudah bersiap untuk pulang. Dia berjalan keluar dimana kedua-dua ibu bapanya sudah menunggunya. Teksi juga sudah tiba.

Yixing memeluk ibunya kemudian, beralih ke ayahnya. Ibunya mula berasa sedih kerana tidak dapat luangkan masa bersama dengan anaknya itu.

"Jangan nangis. Yixing akan balik dan ambil cuti yang lama sikit nanti"

Ibunya hanya mengangguk saja. Yixing masuk ke dalam teksi. Dia juga berasa berat hati ingin meninggalkan mereka.

Yixing berlalu pergi. Bayangan teksi sudah tidak kelihatan. Tn Zhang dan Pn Ying masuk semula ke dalam kediaman mereka.

Keadaan di dalam teksi menjadi senyap tanpa ada iringan lagu di radio. Yixing mengeluarkan airpodnya lalu diletaknya di telinga. Lagu yang menenangkan hatinya mula didengari. Kini, fikirannya kosong. Tidak mahu memikirkan apa-apa. Dia cuma ingin berehat secukupnya setelah tiba di rumah.

~

Xia sedang fokus dengan telefonnya. Mei dan Suyin yang berada di hadapannya tidak dilayan. Xia mencari sesuatu di google. Namun, sebelum mula menaip, dia ternampak satu artikel yang baru saja dimuat naik. Ditekannya artikel itu, lalu terbeliak matanya setelah mengetahui isi di dalam artikel tersebut.

"Kenapa mata kau terbeliak macam tu?" soal Mei padanya. Dia lantas memandang rakannya itu.

Xia menunjukkan apa yang dibacanya itu tadi. Kemudian, Suyin mengambil telefonnya.

"What's wrong?"

"Dia ni model yang hensem tu kan"

"Haah. Kesiannya dia, harap-harap dia okay je"

Xia merampas semula telefonnya dari tangan Suyin. Dia berasa hairan kerana rakannya itu kelihatan sangat mengenali jejaka yang disebut dalam artikel itu. Sebelum ini, dia tidak pernah dengar kedua-dua mereka berbual tentang jejaka tersebut.

"Korang kenal?"

"Of course! Kau tak kenal ke?"

"Tak"

"Omg, he's so famous. Macam mana boleh tak kenal?"

"Kau macamlah tak kenal dia ni. Pegang telefon bukannya layan socmed macam kau dengan aku. Sebabtu dia tak kenal"

"Nasib baiklah aku ada kawan macam kau yang memahami ni haha. Aku tak berminat sangat dengan socmed ni"

"Belum pernah jumpa lagi setakat ni orang yang tak berminat dengan socmed"

Perbualan mereka semakin rancak. Xia yang kenal akan wajah jejaka tersebut, menceritakan kejadian yang lepas itu semula.

Setelah mendengar penjelasan Xia, baru mereka berdua faham. Tidak mahu memanjangkan lagi cerita tentang Yixing. Xia meminta diri untuk pergi dengan alasan ingin menolong ibu dan ayahnya. Mei dan Suyin hanya membiarkan saja dan tidak menghalangnya.

Cuaca kelihatan sedikit gelap, menandakan hujan akan membasahi bumi tidak lama lagi. Xia berjalan menuju ke keretanya. Sebaik saja masuk, dia membuka aplikasi google sekali lagi.

Ditaipnya nama Yixing. Maka, keluarlah semua info tentang Yixing. Ditekannya yang paling utama, gambar jejaka itu dapat dilihat dengan jelas. Diuruti dengan biodatanya, Xia hanya lihat sekali imbas. Sebelum ingin meneruskan membaca tentang jejaka itu, petir menyambar dengan bunyi guruh yang kuat.

Dek kerana terkejut, telefonnya jatuh dari genggaman. Xia memejamkan matanya dan menutup telinganya. Selepas keadaan reda, dia cepat-cepat memakai sit belt dan memulakan pemanduannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YouWhere stories live. Discover now