Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5.00pm. Xia menanggalkan apronnya dan duduk di ruangan hadapan. Beg yang dibawanya tadi diambil. Kamera dikeluarkan. Dia melihat kameranya yang sudah rosak dan menundukkan kepalanya.
"Xia. Tadi dapat gambar yang cantik-cantik lagi or tak?" Mei yang menghampirinya membawa secawan gelas yang berisi air suam. Kemudian, dia duduk di hadapan Xia. Masih tidak sedar akan kamera rakannya yang rosak itu.
Suyin yang mengikutinya, menyiku lengan Mei dan matanya memberi signal ke arah kamera. Xia yang menundukkan kepala kembali duduk dengan posisi yang betul.
"Rosak? Macam mana boleh jadi macam ni?"
"Haih. Aku sebenarnya malas nak cerita dekat korang"
"Alaa cerita jelah" Mei meminta Xia untuk menceritakan hal tersebut.
"Kita kan kawan. Tak ada rahsia-rahsia. Aku dengan Mei perlu tahu" Suyin cuba untuk mengambil hatinya. Seperti yang mereka berdua tahu, Xia seorang yang suka pendam. Walau dipujuk, dirayu berkali-kali dia tetap dengan sifatnya yang pendam itu.
"Okay. Aku akan cerita dekat korang"
Xia yang tidak pernah berkongsi cerita bersama dua rakannya itu, kini mula menceritakan hal tersebut. Dia lebih suka memilih untuk pendam kerana dia tahu, akhirnya nanti Mei dan Suyin akan memberikan banyak soalan kepadanya.
"Oh patutlah kamera kau jadi macam ni"
"Tak apa. Kamera rosak boleh ganti yang baru"
"Tapi mahal lah kamera ni"
"Pandai-pandai lah aku cari duit, cari kerja nanti"
"Okaylah kalau macamtu"
"Ni aku nak tanya kau, hensem tak lelaki yang langgar kau tu?"
"Well, aku akui yang dia memang hensem"
"Lucky you. Mana tahu lepasni kau jumpa dia lagi"
"Memang ada jodoh kau dengan dia kalau jumpa lagi"
"Eh, korang berdua ni kesitu pula cerita. Daripada aku dengar korang cakap pasal jodoh baik aku pergi kemas sekarang. Nak balik" Xia cepat-cepat bangun meninggalkan Mei dan Suyin.
Mei dan Suyin pandang satu sama lain. Tertawa kecil memikirkan hal tersebut. Ada saja sesuatu yang difikirkan. Belum pernah kejadian seperti itu berlaku kepada Xia.
Restoran milik ayah dan ibunya itu ditutup awal. Mereka pulang ke rumah masing-masing. Pada waktu malam, mereka akan berkumpul lagi di rumah ayah dan ibu Xia yang sudah bercadang untuk membuat makan malam. Xia yang sudah mempunyai kediaman sendiri, masih dalam perjalanan pulang ke sana.
Hospital.
Yixing dan ayahnya tiba di hospital. Dua beranak itu keluar dari kereta dan berjalan masuk menuju ke dalam dengan menaiki lif. Wad neneknya yang berada di tingkat 3 ditekan pada butang lif tersebut.
Tiba di tingkat 3, Yixing dan ayahnya keluar dari lif. Beberapa langkah saja, kelihatan segelintir ahli keluarganya berada di luar. Mereka bangun sebaik saja melihat Yixing bersama ayahnya.
"Bila kau sampai? Tak bagitahu aku pun" Abang iparnya memeluk Yixing yang merupakan adik kepada isterinya.
"Baru je tadi. Tak sempat nak bagitahu, ni pun mak dengan ayah aku je yang tahu. Lagipun sebelum balik sini aku kejar masa dengan adanya photoshoot"
"Oh patutlah, aku faham. Kau ni berkerja keras sangat sampaikan tak ada masa balik sini"
"Tu lah. Aku masuk dulu, nanti kita berbual lagi"
Abang iparnya hanya mengangguk dan menepuk bahunya. Sebaik saja kakinya melangkah masuk, dia dapat melihat neneknya masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Air matanya sudah bertakung. Dia memegang erat tangan neneknya dan dicium dahi neneknya. Menitis air mata apabila melihat keadaan neneknya itu.
"năi nai, Yixing dah datang ni. Cepatlah sembuh dan sedarkan diri, Yixing rindukan năi nai" Yixing masih menggenggam tangan neneknya. Pn Ying yang berada di sebelah kiri tidak mampu menahan air matanya apabila melihat anak lelakinya itu menangis.
Kakaknya yang bersebelahan Yixing, mengusap belakang Yixing. Namun, kakaknya juga turut sama. Air mata mengalir turun membasahi pipinya.
Setelah 1 jam berada di dalam wad neneknya, ibunya bangun dan mendekati Yixing yang sudah tertidur akibat kepenatan. Dia meletakkan selimut yang dibawanya pada Yixing.
"Lily, kamu teman Yixing jaga nenek dekat sini kejap. Ayah, mak dengan suami kamu nak pergi keluar dulu. Beli makanan"
Anak sulung mereka itu hanya angguk dengan apa yang dikatakan itu tadi. Yixing yang tidak sempat bertegur sapa dengan saudara maranya, mereka sudah pun pulang lebih awal. Lily mengusap tangan kiri neneknya, kenangan yang berlegar di fikirannya diingat kembali. Lily dan Yixing sangat manja dengan nenek ketika masih kecil dahulu.
Mereka sering membuat kuih dan banyak lagi perkara yang dilakukan bersama. Diajar memasak ketika umur sudah meningkat remaja. Sebaik saja meningkat dewasa, mereka tidak berkesempatan untuk membuat satu kenangan yang baru. Lily yang sudah mendirikan rumah tangga, tinggal di rumah yang dibeli oleh suaminya. Manakala, Yixing yang bekerja sebagai model memilih untuk tinggal di Beijing. Oleh sebab itu, neneknya tidak berpeluang berjumpa dengan kedua-dua cucunya.
"Mana paa dengan maa?" Yixing yang baru saja bangun bertanya kepada kakaknya yang sedang mengelamun itu.
"Em.. oh ya paa dengan maa keluar kejap. Beli makanan" Jelasnya yang tersedar dari mengelamun.
"Fikir apa je tu?"
"Tak ada apa. Cuma teringat kenangan dengan năi nai dulu"
"Oh, kandungan tu dah berapa bulan? Bila nak bersalin?"
"Dah 9 bulan. Tunggu hari nanti bersalin lah ni"
"Tak sabar nak tengok baby pertama kakak aku ni"
Kakaknya hanya tersenyum melihat adik lelakinya yang tidak sabar menantikan kehadiran anak pertamanya itu.
Harap-harap nenek sempat tengok cucunya ni.
-desis hati Lily sambil mengusap perutnya
YOU ARE READING
You
RandomMengisahkan tentang Yixing dan Xia yang cuba untuk mempertahankan hubungan mereka. Namun, ada saja yang menganggu sehingga kedua-dua mereka terpaksa menjauhkan diri untuk menenangkan hati dan fikiran yang serabut dengan keadaan yang semakin hari, se...