1

74 12 3
                                    

ESHAL buang pandang ke luar tingkap. Dah lama rasanya tak pulang kampung ayah sejak ayah meninggal dunia.

      "Sampai sana nanti, jangan asyik terperap dalam bilik je. Keluarga ramai datang, jangan malas. Eshal tu dah besar, dah boleh dah kahwin. " kata puan yana kepada anak gadisnya. Dari dulu sampai sekarang eshal kurang bergaul dengan keluarga sebelah ayahnya.

      "Ramai sangat ke ibu?"

Eshal menyoal. Majlis umi lama lagi kut. Takkanlah semua keluarga dah ada.

      "Ramailah, umi siti kamu kan nak kahwin lagipun keluarga ayah ramai."

Eshal angguk sebelum mencebik. Eshal bukanlah kejam sangat tak nak balik kampung bila umi siti nak kahwin, dengan umi yang asyik whatsapp dia suruh balik kampung. Kalau bukan sebab umi kahwin, tak nak dia balik kampung. Baik jaga butik je.

Dari eshal kecil sampailah besar, bila balik kampung ayah, tempat eshal kat dalam bilik je. Sumpah dia malas nak hadap manusia-manusia serupa setan kat sana.

Terutamanya dua ekor itik tu. Haih, confirm dua ekor itik tu ada. Anis dan aqilah. Haraplah dah berubah dua orang tu, dah matang sesuai dengan umur. Kalau masih tak matang, eshal pun tak tahulah.

Arwah ayah ada 5 adik beradik dan ayah anak ke- 3 so, eshal pun ramai sepupu. Tapi takde seorang pun yang eshal rapat. Lagi-lagi anak mak ngah, anis.

Tak macam ibu. Ibu ada dua orang adik beradik je. Sepupu eshal belah ibu, Raisha. Anak tunggal sama macam eshal. Nak kata rapat tu tak juga. Bolehlah.

Puan yana berhentikan kereta tepat-tepat depan rumah. Eshal dah macam cacing kepanasan. Argh, dia tak suka datang sini.

"Kamu ni dah kenapa? turun cepat angkat beg." puan yana menggeleng perlahan.

Perlahan-lahan eshal buka pintu kereta sambil pejam mata. Dia rasa macam masuk rumah hantu. Seram rasanya.

Bukk!

"Anak umi!"

Eh? eshal buka mata, dia sudah dipelukan umi.

"Ya Allah, ad dah besar"  dicium bertalu-talu pipi eshal. Rindu sangat dengan anak buah dia yang seorang ni. Susah sangat nak jumpa. Busy mengalahkan anak raja. Tup-tup jumpa dah besar.

Eshal tersengih.

"Takkanlah makin kecik umi"

"Dah dah, nanti sambung drama tu."

Serentak mereka berdua pandang puan yana.

"Haahlah, dah dah. Naik rumah dulu. Ad tukar baju lepastu makan. Umi tunggu kat dapur"

Eshal angguk.

Umi dengan ibu dah pergi dapur. Guna pintu belakang. Haih, bertabahlah wahai eshal. Tangga dipanjat perlahan. Ngeri.

"Assalamualaikum.." eshal menghela nafas bila dia tak nampak satu orang pun dekat ruang tamu. Kaki laju melangkah masuk ke dalam bilik.

Alang-alang dah masuk waktu asar. Baik solat dulu. Selesai solat, eshal ambil tudung yang dia gantung tadi. Dia dengar suara bising datang dari dapur. Disebabkan bilik dia dekat dengan dapur, jadi tak hairan suara-suara makcik bawang pun dia dengar.

Dapur dituju. Sampai sahaja dia di pintu dapur, langkah dihentikan. Berdebar pula rasa nampak keluarga berkumpul. Ramainya.

"Eh, ad buat apa tercegat kat situ?" umi menyoal. Sedar akan kehadiran eshal.

Mampus.

Eshal dah rasa macam dia buat salah besar bila semua mata memandang ke arahnya. Mahu tak mahu, bibir mengukir senyum. Senyum terpaksa. Kaki macam digam, susahnya nak melangkah.

Ruang HatiWhere stories live. Discover now