"Berapa jahitan?"
Soalan Hizan dia abaikan. Menikmati pemandangan sebelum sampai rumah. Pemandangan sebelah dia buruk sangat. Tak ada keindahan langsung. Awning tudung dibetulkan melalui cermin kereta.
"Tak payah betulkan. Bukannya makin cantik pun."
'Ya Allah. Kambing ni.'
Eshal pejam mata. Harini, dah tiga kali hizan angkat dia. Turun dari rumah, masuk klinik lepastu keluar dari klinik. Confirm lepasni dia kena angkat lagi masuk dalam rumah. Tak, dia taknak.
Bulat mata eshal nampak anis berdiri di depan pintu sambil bercekak pinggang. Nampak sangat tak puas hati. Dari raut wajah anis pun eshal tahu yang gadis itu sedang marah. Atau lebih tepat. Cemburu?
"Ubat dah ambil?" hizan menyoal.
Eshal angguk. Dia nampak hizan yang sudah keluar dari kereta dan membuka pintu di bahagian eshal. Hizan yang baru sahaja mahu mengangkatnya, dia tolak kasar.
"Kau apahal?" bengang hizan.
"Aku boleh jalan sendiri." kata eshal.
Hizan mendengus kasar. Mengada-ngada pula gadis ni. Laju dia mengangkat eshal. Pintu keretanya ditolak dengan kaki.
"Kau tahu tak haram sentuh-sentuh ni!"
Marah eshal perlahan. Ikutkan hati, nak aje dia menjerit dekat telinga lelaki ini. Hizan mencebik. Macam budak-budaklah eshal ni.
"Kalau bukan sebab kaki kau, aku pun tak inginlah angkat kau. Matang sikit boleh tak?"
Ternganga eshal dengar apa yang hizan katakan. Dia berhenti meronta. Takkan menang punya kalau nak lawan hizan ni. Dia pejam mata bila terasa hizan menaiki tangga. Tangan diramas kuat.
Hizan letak perlahan-lahan gadis itu di sofa. Dia buat muka bosan nampak eshal yang masih memejamkan mata. Over pulak gadis ni.
"Dah sampai mana?"
Eshal buka mata bila dengar soalan hizan. Dia jeling lelaki itu. Eshal yang mahu berdiri ditahan hizan.
"Kau nak pegi mana?" hizan menyoal.
Mengada betullah gadis ni. Ada hati nak berjalan dengan kaki yang baru lepas kena jahit tu. Degil nak mampus.
"Nak cari ib..."
"Eshal?!"
Ayat eshal mati oleh satu jeritan. Hizan dan eshal menoleh ke arah suara itu. Puan yana dengan raut wajah yang risau menapak ke arah eshal. Dipukul kuat bahu gadis itu.
"Macam mana boleh jadi macam ni?"
Mahu gugur jantungnya bila siti memberitahu yang kaki anak gadisnya tertindih meja. Tak senang duduk dia dibuatnya.
"Kenapa tak hati-hati." tambahnya lagi.
'Aduh ibu ni, membebel pun kat sini.'
Eshal sudah tersengih. Tak tahu nak jawab apa. Sebab ini lah eshal tak suka bagitahu ibunya kalau dia tercedera. Risau ibunya ini tak boleh dibawa bincang.
"Takpe mak achik. Ijan dah bawa eshal pergi klinik. Mak achik janganlah risau sangat." hizan menyampuk sambil tersengih.
"Eshal dah cakap terima kasih dekat ijan ke?" soal puan yana sebelum beredar ke dapur.
Eshal buat muka. Pandangan mengejek lelaki itu dibalas dengan muka menyampah.
"Terima kasih." perlahan suara eshal. Tapi masih sampai di pendengaran hizan
YOU ARE READING
Ruang Hati
Romance"Elok sangatlah tu, kahwinkan aje" sinis eshal. Yang lelaki kuat menyakitkan hati, yang perempuan pun sama. Jodoh agaknya. "Kalau aku kahwin dengan Anis, siapa yang nak kahwin dengan kau?" hizan menyoal tenang. Kening dijungkit nakal. Nak tengok...