7

35 5 3
                                    

"Asal kau tak datang mangkuk? Anyway, thankyou bro." Telefon kanan memegang handphone dengan erat sambil tangan kiri mencapai gitar yang tergantung.

      "Ha ya ya. Waalaikumsalam." Panggilan dimatikan oleh Hizan. Telefon diletakkan di atas meja sebelum melabuhkan duduk di katil. Gitar dipetik memainkan bunyi yang rawak. Pintu dilihat, tiada tanda-tanda gadis itu ingin masuk. Tahu takut. Baru sahaja dia ingin menyanyi, pintu dibuka. Kelibat Eshal dengan memakai telekung, buat dia hampir terperanjat.

"Bagi salam tak boleh ke? Sekurang-kurangnya ketuk lah dulu." Mahu dia mati terkejut sebab sakit jantung. Ingatkan jembalang mana masuk bilik.

Eshal mencebik. Dia tarik kerusi di meja solek dan melabuhkan duduk. Telekung digoyangkan. Tak ada rasa nak buka.

"Dah solat?" Hizan menyoal. Mana lah tahu gadis itu ingin solat, tapi dia mengganggu dekat sini. "Dah." Malas-malas Eshal menjawab. Haih. Awkward.

"Pakai telekung lagi kenapa?" Hizan kerut dahi.

Shoot!

Eshal tersengih. Ini yang dia risau sebenarnya. Dia tak sedia lagi kut. "Nak buka lah ni." Kata Eshal sambil tangan bermain handphone. Bunyi petikan gitar Hizan sedikit mengganggu dia. "Nak nyanyi tu nyanyi je lah." Eshal buat muka menyampah.

"Kau nak dengar aku nyanyi?" Senyum senget diukir. Kerusi ditarik dan duduk menghadap Eshal.

      "Kau pandai nyanyi ke?" Eshal menyoal balas. Tak percaya lah kalau lelaki di depannya ini pandai nyanyi. Hizan angkat kening. "Nak dengar ke tak?"

Eshal angkat bahu. "Nyanyilah." 

Hizan senyum nakal. "Kau nak dengar aku nyanyi lah ni kan?" Kerusi ditarik mendekat ke arah Eshal. Eshal juling mata ke atas. Baru sahaja dia ingin berdiri, Hizan menariknya untuk duduk kembali. "Oke oke aku nyanyi." Hizan tergelak kecil.

      "Kau nak lagu apa?"

Eshal mendengus. Banyak tanya pulak Hizan ni. "Nyanyi je lah apa-apa." Telefon diletak di atas meja. Hizan letak jari di dagu. Berfikir untuk nyanyi lagu apa.

Eshal melihat Hizan memetik gitar sebelum suara serak basah itu memenuhi gegendang telinga.

Saat bersamamu
Ku terpanah olehmu
Hingga ku jatuh padamu
Meski kau tak pernah tahu

Tangan terhenti dari memetik gitar. Dia berdehem kuat. Bengang apabila melihat Eshal ketawa. "Kau gelak pahal?" Tanya Hizan. Eshal pegang perut. "Jiwang lah kau ni nyanyi lagu macam tu." Sekali lagi tawanya terlepas. Hizan yang memandangnya tak puas hati, diabaikan.

"Habistu, aku kena nyanyi lagu yang tak jiwang lah ni?" Hizan menyoal bengang. Eshal angkat bahu, "Nyanyi apa-apa je lah." Hizan rasa nak hempuk kepala Eshal dengan gitar.

"Kau gelak lagi, aku sumbat mulut kau dengan gitar ni." Eshal telan liur. Ganasnya.

Sekali lagi suara Hizan memenuhi gegendang telinganya.

Tuhan tolong aku jelaskanlah perasaanku berubah jadi cinta

Gitar dipetik merdu.

Tak bisa hatiku menafikan cinta
Kerna cinta tersirat bukan tersurat
Meski bibirku terus berkata tidak
Mataku t'rus pancarkan sinarnya

"Dah. Oke tak?" Hizan menyoal bangga. Eshal senyum nipis. "Tu je? Bolehlah. Tak buat telinga berdarah jugak." Jujur, suara Hizan merdu. Dia tak tahu yang Hizan pandai nyanyi. Nak bagitahu yang suara Hizan merdu tapi nanti lelaki itu kembang sampai terbang.

Ruang HatiWhere stories live. Discover now