Eshal menyiram pokok bunga matahari yang umi tanam di depan rumah. Pagi ini dah masuk empat orang bebel dia sebab suka hati keluar rumah dengan kaki yang masih tak sembuh.
Dia mencebik. Dah lima hari kut. Eshal bukannya lembik sangat. Walaupun masih terasa ngilu, tapi dia abaikan rasa sakit itu. Tak boleh dimanja-manjakan sakit ni.
Pagi-pagi lagi dah dapat ceramah free oleh wan sebab dia degil. Dia tadahkan saja telinga. Sekali-sekala katanya. Senaman untuk telinga. Tch.
Dia rendahkan sedikit badannya dan menyentuh tangkai bunga matahari di depannya. Bunga kegemaran. Sengih terukir. Dia lihat pasu yang retak di sebelahnya. Angkara anis. Adakah patut dia kata bunga matahari yang umi tanam buruk dan kata bunga mawar lagi cantik.
Yang itu eshal boleh terima lagi. Tapi anis tendang pasu bunga tu sampai retak, naik angin dia dibuatnya. Kalau ye pun tak suka bunga matahari tak payah lah rosakkan bunga tu. Sekurang-kurangnya bunga matahari lagi cantik dari anis. Nasiblah 'itik' tu pergi pekan ikut wan dengan yang lain. Aman sikit dunia eshal.
Selesai menyiram bunga, dia masuk ke dalam dapur. Sabun dipicit untuk membasuh tangan.
"Sejak bila ad dekat dapur?"
Eshal tersentak sedikit apabila suara umi kedengaran. Dia menoleh menatap umi yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Eshal memuncungkan bibirnya ke arah pintu belakang.
"Ye tak ye juga." kata umi sebelum beredar.
Dia membuka peti ais, air kotak dutchlady dikeluarkan. Buah mangga dan pisau diambil sebelum eshal melabuhkan duduk.
"Haraplah dia tak marah kak yana. Siti takut dia marah sebab kita semua tipu dia. Bukan dia je. Ramai ahli keluarga yang kita tak beritahu."
Ayat umi semalam buat dia tak senang duduk. Dia tak sengaja terdengar perbualan ibu dengan umi. Beritahu apa eh? Entahlah. Malas nak fikir. Walaupun masih ada rasa ingin tahu.
"Ad tengah layan perasaan ke tu?"
Laju dia mengangkat wajah bila satu suara menegurnya. Eshal tersengih. Mak long dengan abang Hayrul yang sedang mendukung hana. Dia lihat ditangan mak long penuh dengan beg plastik.
"Mak long pun dari pekan?" eshal menyoal.
Mak long angguk. Menyusun barang yang dibelinya ke dalam peti ais. Kemudian mengambil tempat di sebelah eshal. Diusap kepala gadis itu perlahan. Senyuman nipis diukir. Melihat wajah eshal, dia rindu dengan satu-satunya adik lelaki yang dia ada, zamri.
"Kaki dah sembuh?" mak long menyoal.
"Macam yang mak long nampak. Ad dah boleh jalan." jawab eshal sambil tersengih. Mangga yang sudah dipotong kecil-kecil dimasukkan ke dalam mulut. Manis.
"Kat sini rupanya."
Eshal angkat wajah apabila suara ibu kedengaran. Mangga disuap ke dalam mulut ibu ketika ibu melepasinya, juga mahu menyusun barang yang dibeli mungkin.
"Abang ijan nak ni?"
"Takpe, abang ijan dah kenyang."
"Alah, makanlah sikit."
Srettt..
Kedengaran dua kerusi ditarik. Eshal mendongak. Laju dia menyambung memotong mangga. Tak senang dengan kehadiran dua manusia di depannya.
"Abang ijan cuba rasa yang ni."
"Kan abang ijan dah cakap tadi abang dah kenyang." kata hizan perlahan. Menolak gula-gula yang disuap oleh anis. Dia lihat gadis di depannya sedang memotong mangga. Hizan panjangkan tangannya mengambil satu potongan mangga yang sudah dipotong oleh eshal.
YOU ARE READING
Ruang Hati
Romance"Elok sangatlah tu, kahwinkan aje" sinis eshal. Yang lelaki kuat menyakitkan hati, yang perempuan pun sama. Jodoh agaknya. "Kalau aku kahwin dengan Anis, siapa yang nak kahwin dengan kau?" hizan menyoal tenang. Kening dijungkit nakal. Nak tengok...