Cincin di jari manis ditatap. Dia ketawa sinis. Eshal melihat seluruh bilik yang dia dan umi hias. Kononnya untuk umi tapi rupanya untuk dia dan Hizan. Eshal tak tahu nak rasa gembira atau teruja.
Sebelum dia masuk bilik, ibu sempat ceramah dia itu ini sama macam wan. Suruh dia belajar terima Hizan. Dan yang buat mata dia bergenang bila ibu cakap syurga dia dah pindah dekat Hizan. Jadi, kena dengar cakap Hizan.
Dia menghela nafas kasar. Eshal melihat dress pengantin yang masih tersarung di tubuhnya. Kawan dia seorang pun tak datang waktu majlis akad nikah tadi. Entahlah, malas nak fikir.
Eshal kata dia cuma nak majlis akad nikah sahaja. Cukuplah orang ramai tahu, lagipun tak membazir. Nasiblah Hizan tu tak banyak bunyi. Nak sanding buat apa? tayang bahagia yang dipalsukan? huhh. Lagipun dia bukannya rela sangat.
Laju dia menoleh apabila dengar bunyi pintu dibuka. Hizan menarik keluar samping yang terletak di pinggang dan masukkan ke dalam bakul. Dia melihat Eshal yang sedang menatapnya.
"Apa?" songkok yang ada di kepala turut dibuka dan diletakkan di atas almari.
Eshal menggeleng.
"Kawan-kawan kau dah balik?" Eshal menyoal.
Hizan angguk. Tuala diambil mahu membersihkan diri. Dia lihat Eshal yang masih menatapnya. Hizan melabuhkan duduk di sebelah Eshal. Dia angkat kening.
"Dari tadi duk pandang aku pahal?" Kacak sangatkah dia harini sampaikan gadis di sebelahnya itu tenung dia. Perasan jap.
Eshal mencebik. Ingat dia nak sangat nampak muka hizan ke?
"Muka kau hodoh." kata Eshal.
"Eh!"
Papp!
"Auw! apasal kau pukul aku?" Dia menatap Eshal dengan muka tak puas hati. Tangan Eshal ditahan sebelum digenggam erat. Sebelah lagi tangan Hizan mengusap bahu. Boleh tahan pedas jugak Eshal pukul dia.
"Kau tarik tudung aku!"
Hizan juling mata ke atas. Tu je?
"Dah kau kata aku hodoh." Kata Hizan dengan sengih yang berbunga. Siapa je suka bila kena panggil hodoh? tapi dia suka panggil Eshal hodoh.
"Gila." Dia menatap tajam wajah Hizan yang tersengih. Taknak orang panggil dia hodoh tapi asyik panggil Eshal hodoh. Bukan setakat hodoh, semua kutukan dia bagi dekat Eshal.
Urgh.
Tangannya yang masih digenggaman Hizan, ditarik kuat. Dia juling mata ke atas sebab tak terlepas. Malah Hizan semakin menggenggam kemas tangannya. Hizan tergelak kecil nampak Eshal yang dah berputus asa.
"Tak boleh ke?" Hizan menyoal dengan sengih yang masih belum cair.
"Apa?"
"Pegang tangan isteri."
Tangan Eshal dibawa ke bibir. Tak salah kan? Wajah Eshal yang bengang makin buat dia ketawa.
"Ni bukan pegang." Dia menjeling Hizan. Sekali lagi Eshal menarik tangannya tapi masih tak dapat. Apa masalah Hizan ni!
"Habis tu?" kening dijongket mengusik.
"Ei, dah la!"
"Okay okay." Tangan Eshal dilepas. Dia tersengih nampak wajah Eshal yang masih bengang. Orang cium tangan je pun nak marah.
"Tadi ada yang cari." Hizan membuka baju melayunya, meninggalkan tubuh yang berbalut singlet berwarna putih.
"Cari siapa?" Eshal menyoal.
YOU ARE READING
Ruang Hati
Romance"Elok sangatlah tu, kahwinkan aje" sinis eshal. Yang lelaki kuat menyakitkan hati, yang perempuan pun sama. Jodoh agaknya. "Kalau aku kahwin dengan Anis, siapa yang nak kahwin dengan kau?" hizan menyoal tenang. Kening dijungkit nakal. Nak tengok...