"Kenapa pulak kau nak kahwinkan ijan tu dengan adni long?" mak ngah menyoal dengan nada tinggi. Tak suka dengan apa yang kakaknya beritahu. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba je dia diberitahu yang hizan mahu berkahwin dengan adni. Mana tak naik angin dia dibuatnya.
Eshal bersandar di sebelah umi. Wajah ditundukkan. Ibu ada dekat dapur dengan wan dan aki, katanya taknak masuk campur. Dia mengeluh.
Tahu sangat mak ngah tu tak suka kalau dia kahwin dengan hizan. Ingat dia nak sangat ke? kalau nak cakap dia tak bantah, dah banyak kali dia bantah tapi tak ubah apa-apa pun. Apa nak jadi, jadilah.
"Kenapa? ijan tu anak aku. Suka hati aku lah." mak long menjawab dengan wajah tenang, sabar dengan perangai mak ngah.
"Huhh! tapi dah takde perempuan lain ke long? budak pembawa malang tu juga yang kau nak kahwinkan dengan si ijan tu."
"Ehh angah ni kenapa? along pun tak bising-bising, yang angah nak sibuk kenapa?" umi menyampuk. Geram sangat dengan kakaknya yang seorang ni. Tak tahulah apa dosa gadis di sebelahnya ini sampai dikatakan pembawa malang.
"Kau jangan nak menyampuk! kau sama je macam along kau ni." kata mak ngah sebelum berdiri. Dia sakit hati. Kenapa bukan anis yang dijadikan isteri hizan. Sedangkan anak gadisnya itu lebih cantik dibandingkan dengan eshal. Anak gadisnya lebih sepadan dengan hizan.
Mak long picit kepala. Dia sudah agak akan jadi macam ni.
"Budak yang kau panggil pembawa malang tu anak arwah Zamri ngah! dan adni tak pernah pun bawa malang dalam keluarga ni. Mulut tu jaga sikit boleh tak?" kata mak long tegas sambil merenung mak ngah yang sudah berdiri.
Mak ngah ketawa sinis.
"Huhh! dia tu sentiasa baw.."
"Kenapa mak ngah tak puas hati?"
Hizan yang dari tadi bermain game berpusing. Dia memeluk tubuh. Hampir membulat matanya melihat ramai yang berkumpul di ruang tamu. Terlalu bermain game sampai tak sedar agaknya.
"Ijan tak takut ke dapat nasib malang sebab kahwin dengan adni?" mak ngah menyoal sinis.
Hizan mencebik. Tak tahu dari buku mana mak ngah baca ada tertulis yang kahwin dengan eshal boleh dapat nasib malang. Dia menapak ke arah eshal. Ditarik hujung tudung gadis itu supaya berdiri.
"Budak ni.."
Jari telunjuk di arahkan ke arah eshal. Dia tersenyum nipis nampak wajah eshal yang seperti kebingungan dan ada sedikit riak menyampah selepas dia kata perkataan 'budak'.
"Nama dia Nur Adni Eshal.."
Hizan menatap mak ngah yang dari tadi buat muka tak puas hati. Dia basahkan bibirnya sebelum menyusun ayat.
"Dia bakal isteri ijan. Ijan nak jadikan dia isteri ijan. Ijan nak jaga dia." wajah eshal ditatap lekat.
"Jadi.."
Wajah mak ngah ditatap tajam.
"Mak ngah jangan halang ijan."
Hizan senyum sebelum beredar. Nak makan , lapar.
Bahu umi ditolak perlahan. Dari petang hingga ke malam dia kena usik oleh umi. Semua sebab kambing tu. Berani mati betul cakap macam tu depan mak ngah dengan yang lain. Eeee!
"Dia bakal isteri ijan, ijan nak jaga dia alala" umi mengajuk ayat hizan dengan suara sengaja digaraukan kemudian tergelak kecil. Tak tahu pula dia anak buahnya yang seorang itu boleh tahan sweet.
YOU ARE READING
Ruang Hati
Romance"Elok sangatlah tu, kahwinkan aje" sinis eshal. Yang lelaki kuat menyakitkan hati, yang perempuan pun sama. Jodoh agaknya. "Kalau aku kahwin dengan Anis, siapa yang nak kahwin dengan kau?" hizan menyoal tenang. Kening dijungkit nakal. Nak tengok...