"Maya? Maya, mana kamu?". Kelihatan seorang wanita tinggi bermundar-mandir, cuba mencari di mana anak bungsunya. " Mika, kamu ada nampak adik kamu?", soal wanita itu kepada anak lelakinya yang kebetulan duduk di ruang tamu tingkat satu rumah besar mereka. Mika menggeleng. Wanita itu memegang kepalanya sambil berkerut. "Mana kamu nie, Maya?".
" Apa awak bingungkan nie. Dari dapur abang lihat awak mundar-mandir sahaja dari tadi?", tanya Encik Kamarul. Melihat isterinya itu bermundar-mandir membuatkan kepalanya pening.
"Saya cari Maya, bang. Lepas sarapan, saya lansung tidak nampak dia. Entah dia sudah mengemas atau belum?", kata Puan Sarah.
"Pandailah dia mengemas, jangan risau. Hah, Mika! Kamu sudah kemas belum barang-barang kamu? Ingat, tepat jam 4 petang semua sudah bersedia", kata Encik Kamarul.
"Sudah, ayah. Sedikit sahaja barang saya itu,yah", kata Mika.
"Hmp, yalah. Jangan nanti cakap, 'saya belum kemas lagilah, ayah'. Susah ayah karang", kata Encik Kamarul. Mika hanya tersenyum sumbing.
"Biar saya cari Maya di bilik dialah". Puan Sarah segera naik ke tingkat tiga yang di mana terletaknya bilik anak bungsunya.
Puan Sarah mengetuk bilik anaknya sebelum melangkah masuk kedalam. Dia dapat melihat bilik tidur anaknya yang dulu banyak almari dipenuhi buku sudah kosong. Kotak-kotak banyak disusun rapi di tepi dinding, di sebalik kotak-kotak itu Puan Sarah dapat melihat anaknya sedang membaca sebuah buku. Tergeleng-geleng kepalanya. 'Memang tidak dapat dipisahkan betul dengan buku. Maya.. Maya..', Puan Sarah tersenyum lalu melangkah ke arah Maya. Sebelum sempat dia bersuara, anaknya sudah memalingkan badannya ke arah Puan Sarah.
"Mama, saya sudah kemas dan sudah asingkan mana-mana buku yang mahu di sedekahkan dan yang tidak", kata Maya bersahaja. Lansung tiada riak terkejut melihat mamanya berada dalam biliknya.
" Baguslah macam begitu". Puan Sarah tersenyum. Kemudian dia duduk di sebelah anaknya. "Maya, baca buku apa?".
" Buku novel. Tajuknya ialah Revolusi Nanih, karya Nurul Izwazi Mohd Nor. Best tau novel nie mama",kata Maya penuh semangat. "Ia?". " Novel ini macam ada sambungannya tapi dimana mahu cari", keluh Maya semangatnya sudah menurun. Dia begitu suka baca buku sampai ternanti-nanti apa sambungannya. Puan Sarah ketawa kecil lalu menepuk perlahan kepala Maya.
"Mama, kedai-kedai tempat tinggal baru kita ada buku tak?", Maya menyoal Puan Sarah." Ada", jawab Puan Sarah lembut. "Banyak?", soalnya lagi. " Nanti Maya lihat sendirilah,ya?". Maya mengangguk sambil tersenyum puas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Semua sudah sedia?", tanya Encik Kamarul. " Sudah!", kata Puan Sarah, Mika dan Maya. "Barang-barang?".
" Sudah juga",kata Mika selamba. "Baiklah, mari kita jalan", kata Encik Kamarul apabila sudah menghidupkan enjin kereta. Kemudian kereta Encik Kamarul bergerak meninggalkan kawasan rumah tiga tingkat yang tersergam indah.
YOU ARE READING
Gadis pencinta buku(tidak Disambung)
FantasyKisah tentang seorang gadis yang amat menyukai buku. Dan pada suatu hari, dia dan keluarganya berpindah ke suatu kampung pendalaman kerana ayah dipindah tempat kerja. Di sana,gadis itu akan menjumpai sebuah buku misteri ,sekumpulan remaja seusia dia...