"Wah, cantiknya rumah ini!", kata Puan Sarah sambil memegang pintu kereta. Dia melihat rumah kayu dua tingkat yang tersergam indah dengan ukiran dan reka bentuk rumah yang menarik. Dia rasa tidak sabar melihat reka bentuk dalam rumah.
" Bertuah kita pindah ke sini", kata Encik Kamarul, turut melihat rumah baru mereka. "Mari kita turunkan barang dari kereta. Barang-barang lain sudah ada dalam rumah. Hmp... Tidur pula mereka berdua". Encik Kamarul tersenyum melihat dua orang anaknya yang tidur dengan lena. Mika tidur sambil memeluk beg sandangnya dan Maya tidur dengan novel ditangannya. Perkataan comel terlintas di benak fikirannya.
Dengan lembut, Encik Kamarul menyuruh untuk bangun. " Mika, Maya, bangun sayang. Sebelum ayah siram dengan air sejuk atau manis nie". Encik Kamarul sudah memegang air sejuk di tangan kanannya dan air oren di tangan kirinya. Mika yang tidur-tidur ayam segera bangun kemudian dia menggoyangkan tubuh adiknya agar bangun. Maya bangun tetapi dalam keadaan mamai. "Sudah sampai?", soalnya. Encik Kamarul ketawa kecil. "Tahu takut", katanya sambil memandang Mika yang sudah tersenyum sumbing
YOU ARE READING
Gadis pencinta buku(tidak Disambung)
FantasíaKisah tentang seorang gadis yang amat menyukai buku. Dan pada suatu hari, dia dan keluarganya berpindah ke suatu kampung pendalaman kerana ayah dipindah tempat kerja. Di sana,gadis itu akan menjumpai sebuah buku misteri ,sekumpulan remaja seusia dia...