BAB 6

5 0 0
                                    

Terasa tubuhku terhempas kedalam kolam namun aku masih kaku .tubuhku dibiarkan tenggelam ke dasar kolam. Aku tidak langsung berusaha untuk  kembali ke permukaan kolam namun hanya kaku seperti patung.

Rasa sebak dan takut membelenggu jiwa.aku memandang kosong permukaan
kolam.

Adakah ini takdir aku?aku takut .aku hanya mampu berbisik.sedikit demi sedikit air disedut kedalam hidung. Hatiku meronta - ronta memanggil nama abah .terbayang kembali peristiwa hitam  7 tahun lalu.

"Aidin!jangan main dekat tebing .nanti jatuh",marah ibuku yang sedang mengatur makanan diatas tikar  dibantu kakak sulungku,afizah.

Aku pantas mengambil bola biru itu lalu ditarik tangan adikku supaya menjauhi kawasan tebing sungai.

Abah yang kebetulan mendapat cuti terus bercadang untuk berkhelah di tepi sungai.bukan selalu kami  dapat meluangkan masa bersama.

Aku menarik cuping telinga adikku."jangan main dekat tempat merbahaya.jangan degil.
dengar cakap ibu tu!",marah aku.

Kemudian dia menjeling kepadaku dan menyambung permainan bola bersama adik bongsuku ,aidan.

Dengil betul budak ni.makin besar makin nakal.aku berdiri memerhatikan adik-adikku sementara ibu menyediakan makanan.Ayah pulak sibuk memotong lalang yang semakin tinggi.setinggi adik bongsuku,aidan.

Aidan yang begitu lincah ,terus menyepak bola hingga bola itu berguling  ke hujung tebing.adikku,aidan mula berlari untuk mendapatkan bola.pantas aku menghalang.

"Tak pe.biar angah ambik.aidan tunggu jer."maklum aku lalu berjalan berhati-hati menghampiri lokasi bola itu.apabila bola itu sudah selamat dalam dakapanku .aku terus tersenyum memandang aidan yang begitu teruja.dia tersenyum.

Aku terus memusingkan tubuhku apabila bola berada dengan ku.Namun tanah yang licin akibat hujan menyebabkan aku tergelincir lalu terjatuh kedalam sungai yang agak dalam.Namun,abahku muncul sebagai hero buatku.itu merupakan peristiwa hitam yang ke2 buat ku.

Namun sekarang abah tidak berada disisiku.aku begitu takut.lantas aku memejam kemas mataku.aku terima dengan rela
apa yang bakal berlaku kepadaku.

Kedengaran bunyi percikan air yang begitu kuat menyebabkan mataku terbuka .aku hanya memerhatikan gerak geri seorang jejaka yang berenang menuju kearahku .sungguh tampan gayanya.Dialah hero aku buat kali ni.Dialah Syed izzat Anaqi.

Dia merangkul pinggangku kemas lalu dibawanya naik ke permukaan air.aku tercungap-cungap mengambil nafas.lega bercampur takut.air jernih mengalir di pipi ditambah dengan sedikit batuk kecil dariku.mata kami mula bertentangan dan degupan jantungku kian laju. kini kami menjadi tontonan semua.aku memegang leher izzat manakala mukaku disandar pada dada lelaki itu.

Aku cuba mengatur nafas.aku memejam mata kembali.kedengaran mula degupan jantung yang laju dari izzat.aku memandang wajah lelaki itu.lelaki itu tersenyum manis.air mata ku mula bertakung .

Lantanglah orang tengok aku nangis .sebab aku terlalu takut sekarang.Izzat memandang aku."kan saya dah cakap awak bukan masalah bagi saya.awak yang datangkan masalah itu sendiri."bisik izzat pada telinga ku.kemudian aku dibawa ke atas.

Sejuknya.menggeletar badan aku.kak mira berlari kearah aku yang berada di tepi kolam."syah,okey?",tanya kak mira cemas .aku cuma angguk.sekarang baru aku rasa malu jadi tatapan orang. Rasa nak lari sekarang ni.tu lah syah.teringin nak tengok orang jatuh kolam.padah kena batang hidung sendiri.ketawalah puas- puas.nasib malang betul.

Satu kain hinggap di belakang tubuhku.aku terus menoleh.izzat tersenyum lalu ditunjukkan kot miliknya yang kini berada ditubuh.hilang sikit rasa dingin.rasa hangat sekarang.

"Kak mira,bawa aisyah masuk bilik sana ,yer."arah Izzat kemudian berlalu dengan pakaiannya yang sudah basah kuyup.adoi,tak sempat ucap terima kasihlah.nantilah.Bila aku dah okey.sekarang tak okey.

DI DALAM bilik itu ,aku diberikan baju persalinan yang baru.mujur aku ada bawak tudung lebih dalam kereta kak mira.tapi baju ni tak tahu lah baju saper.cantik baju ni.nasib muat dengan aku.

Aku duduk di atas katil empuk itu."syah okey tak?",soal kak mira disebelahku.

Lantas tubuhnya dipeluk."kak mira,syah okey jer.tapi..syah maluu!!",aku mengadu.aku tak nak keluar dari bilik ni. Muka aku dah cukup tebal ni.kak mira menahan ketawanya.

"Lah.takpe sekejap jer ni.nanti orang lupa lah tu",kak mira cuba tenangkan aku.aku menekup muka pada paha kak mira sambil merenget manja.

"Kak,ni baju sape?",soal aku lalu memandang wajahnya kembali

"Mane akak tahu.izzat yang bagi tadi"balas kak mira .tiba-tiba bunyi pintu diketuk .saper pulak lah ni.kak mira bangun untuk membuka pintu.

Aku terus hempas tubuh atas katil empuk itu.selesanya.rasa mengantuk pulak selepas penat berenang.huhu.mata aku sudah terlelap.

Secara mengejut,paha ku  dipukul lembut.mak aii,lemah semangat.adoi,kacau daun.

"Kak mira ni.kacaulah.baru nak lelap mata.",aku kembali baring.

"Tak yah ngada-ngada.tadi laparkan .tu makanan dah tersedia.",aku terus bangun .banyak betul .penuh sedulang dengan makanan.

"Thanks kak mira.susah-susah jer"ucap aku.tahu-tahu jer aku lapar sekarang.

"Bukan akak lah.pelayan tu yang bagi.dia kata encik izzat yang suruh dia hantarkan.
And encik izzat  kata enjoy your dinner"maklum kak mira

Dia ni tahu jer aku lapar.tapi banyak betul dia bagi.nak aku makan semua ni ker?gemuk lah jawapnya .daging kambing ni lagi ,ayam ,ikan.pelbagai jenis dia bagi aku yer.aku tersenyum sendiri.

"Akak,lepas ni syah nak balik dah.malas nak duduk lama-lama."aku malas nak tunggu kak mira dengan abang iman .mesti lama  .nak keluar memang tak lah.malu aku.nak tidur .segan sebab rumah orang.

"Nanti akak hantar",balas kak mira .

"Ehh,tak yah.syah tak nak susahkan akak.akak tunggu abang iman. Biar syah balik naik teksi."sambung aku.

"Tak pe ker?"muka kak mira yang risau mula dipamerkan.

Aku senyum"takpe.syah dah besar.pandai-pandailah syah nanti"aku kembali menjamu selera sambil mataku memandang kot hitam disisiku itu.

Habis licin semua lauk.maklumlah tengah lapar.aku terus bersiap-
sedia untuk pulang.pakaianku yang basah akan dibawa pulang kak mira.kot hitam milik izzat pula disangkut pada tanganku.

Aku keluar dari rumah mewah itu mengikut pintu belakang.sebelum itu,aku sudah meminta izin untuk pulang dari tuan rumah iaitu seorang wanita yang lanjut usianya tapi wajahnya masih jelita .nasib baik tuan rumah baik orangnya.
Sempatlah aku berborak dengan dia sementara menunggu ketibaan teksi.

Aku bergegas keluar dari rumah itu dan menuju kearah teksi yang berada belakang rumah agam itu.

Pintu teksi dibuka luas,aku memandang rumah agam.rumah yang menyimpan peristiwa memalukan buatku.
Mataku tertarik kepada susuk
tubuh seseorang yang berdiri di balkoni rumah itu.

Mamat tu rupanya.dia melambai tangan kearah aku.'awak bukan masalah bagi saya'.kata-kata azimat itu berulang di telinga.aku membalas dengan senyuman lalu masuk kedalam perut teksi itu.teksi itu melunjur laju membelah jalan.dan meninggalkan rumah mewah itu.

mengaku cintaWhere stories live. Discover now