BAB 1

16 0 0
                                    

Aku masih merenung cermin dihadapanku.Sikat yang berada di tanganku jatuh keatas lantai .Akhirnya aku tersedar lalu aku tunduk untuk mengambil sikat rambut di atas lantai .

Aku kembali menyikat rambut ikal mayangku yang berwarna keperangan itu.adoi,boleh pulak aku berangan sambil tengah cermin.memalukan betul.Dari pantulan cermin,kini aku menatap kembali wajahku sambil tersenyum macam kerang busuk.

Betul jugak kata orang wajah aku persis pelakon thailand,Baifern pimchanok
Leuwisedpaiboon.susah betul nak sebut.Nak terbelit lidah .cuma bezanya aku ni bertudung .kalau tak mesti orang tak boleh bezakan.huhu

Selepas penat memuji diri ,aku bangkit dari kerusi kemudian berjalan menuju kearah katil.
Tudung bawal berwarna biru pekat diambil kemudian disarung pada kepala.Aku ralit memakai tudung sehingga tidak perasan kewujudan seseorang dimuka pintu bilik yang sibuk memerhatikan aku sejak tadi.

"Syah!cepat sikit kak mira dah tunggu kau kat bawah."maklum
Nissa rakan serumahnya.Aku menoleh kearah rakanku.

"Dah lama ke dia tunggu"soalku cemas.

Nissa menggeleng.kemudian menjawap."bolehlah."

"Kenapa kau tak panggil aku"
marah aku.pantas tanganku mencapai barang solek kemudian diratakan pada muka.ala kadar jelah .Dah tak sempat nak over-over.

"Dah lah ,syah.Tak yah lawa-lawa .Bukan nak pergi jumpa
buah hati pun.kau tak pakai makeup pun dah lawa.Lainlah aku ni"balas Nissa kemudian berlalu pergi.

Aku menjeling.ishh,minah ni aku nak melawa sikit pun nak
kacau.time dia lagi ahh.hampir 30 minit emir terpajak depan rumah semata-mata tunggu dia.Nasib badan kau lah mirr dapat girlfriend macam ni.

Selepas selesai ,aku berlari kearah almari baju lalu dibuka laci dibahagian bawah.sarung kaki berwarna krim dicapai kemudian dimasukkan kedalam
handbag.kat bawah lah pakai.

Aku terus keluar dari bilik.kemudian setiap anak tangga dituruni dengan berhati-
hati.nanti terjatuh pulak lagi susah.Aku bergegas ke ruang tamu untuk mendapatkan kak mira dan Nissa yang sedang berborak.

Aku duduk disisi kak mira "kak sorry lambat.lama ker tunggu?"soal aku sambil sibuk
menyarungkan sarung kaki namun mataku tidak lari dari
memandang wajah wanita muda itu.

Kak mira tersenyum."tak lama pun .baru 15 minit."balas kak mira lembut.aku tercenggang.Ni perli ke apa.lagi 15 minit aku hampir sama dengan tempoh Nissa bersiap.Tu ahh sibuk berangan imam muda tadi.

Kak mira yang melihat wajahku
mula membalas "tapi akak faham .perempuan memang siap lambat"sambil memegang bahuku.suruh bertenang kot.
"Aisyah ,jom gerak takut lambat pulak"maklum kak mira tanda ingin mengundur diri.Aku mengangguk dan tangan Nissa diambil untuk disalam.Aku memengang bahu rakanku itu.

"Niss,kau jangan lupa tutup api
lepas masak.aku takut bila aku balik rumah ni tinggal abu jer.cara mudah kau order jer.lagi senang and selamat rumah ni."pesan aku.

"Jangan risau ,syah.aku tahu"jawap Nissa.amboi selamba jawap.Dia lupa ker dia hampir rentungkan dapur aku.

"Jangan lupa kunci pintu rumah"sambung aku lagi

"Iyer!pergi cepat"arah Nissa lalu ditarik tubuhku hingga ke muka pintu kemudian melambai kearahku.amboi,menghalau betul.Ingat sikit siapa bayar sewa rumah ni.aku tau!!.

Aku terus masuk kedalam perut kereta minicooper milik kak mira.orang kaya mampu lahh.Aku ni mampu myvi jer.aku memandang myvi kesayangan ku kemudian aku memandang rumah teres 2 tingkat dihadapan ku sebelum kereta bertolak.Ni ahh tempat aku berteduh dari hujan,panas.
Aku harap bila aku bilik rumah ni nanti .rumah ni still nampak
macam rumah ahh.berat hati nak tinggalkan rumah ni dengan penjagaan Nissa.Katil dia pun aku yang kemas setiap hari.Adoi,harap-harap semua okey.

Kemudian pacuan empat roda ini mula laju membelah jalan raya.

mengaku cintaWhere stories live. Discover now