TANGAN aku dah bergetar getar.laju giler dia pandu kereta.tak takut kena saman ker? Muka dia still beku tak bersalah.Dia tak fikir ke dia tengah bawa anak dara orang ni. Aku pula rasa nak nangis.
Kereta mewah itu dipandu masuk ke sebuah perumahan elit. Besar gila rumah atau senang dah macam istana aku tengok. Bapak lawa.
Kemudian kereta itu masuk ke perkarangan rumah mewah yang terletak sedikit jauh dari rumah-rumah yang lain.rumah yang kali ni lagi megah.
Aku sampai nak ternganga. Rumah ni lagi besar dari rumah yang aku tengok tadi.kawasan rumah punya besar. Boleh buat 3 shooping mall aku rasa atau lebih sebenarnya.
Baru masuk perkarangan rumah.aku dah nampak kawasan untuk bermain golf.
Lepas tu ada gelanggang bola keranjang yang begitu cantik.Izzat meletakkan kereta betul-betul dihadapan rumah mewah itu.Dia laju membuka tali pinggang kemudian berpaling kearah aku.
"Awak duduk dalam kereta kejap.lepas ni saya hantar awak balik yer",ujar nya kemudian bergegas keluar dari perut kereta.Dia tergesa-gesa masuk kedalam rumah itu.
Tinggallah aku sorang sekarang.aku ralit pandang sekeliling kawasan rumah agam itu.rasa nak keluar tau.tapi takut kena marah .
Rumah bos di kot.adalah tu dia buat salah apa-apa sampai muka cuak macam tu.aku ketawa bila teringat muka gerun dia.memang seram.
Kali ni aku ternampak sebuah garaj yang begitu besar berhampiran dengan kereta izzat. Pelbagai kereta mewah telah tersusun didalam garaj itu.
Kaya betul bos dia.Kini mataku tertarik pada sebuah kereta bmw .macam pernah tengokkan kereta tu.macam kereta yang pak halim bawak semalam.sebijik lah. Nombor plat aku tak perasan lah pulak.tapi.tak mungkin lah.aku tak rasa dia kaya sampai macam ni.
Aku gelak kecil dalam hati.Nak tenangkan hati.kini jelas seorang lelaki tua berjalan menghampiri kereta itu.aku mengamati wajah lelaki tua itu.tak dapat digambarkan riak wajah dan perasaanku.
Pak halim!aku memandang rumah agam itu.Tak mungkin dia...
IZZAT bergegas masuk kedalam.
Dia laju bergerak ke bahagian ruang tamu .kini amarahnya semakin memuncak apabila melihat umi kesayangan sedang dimaki oleh seorang wanita yang lanjut usianya.Tangan wanita itu naik seperti ingin menampar uminya.pantas izzat menyambar tangan wanita itu.
"Mak long nak apa buat kecoh dekat rumah saya?",marah izzat dengan suara lantang.
Wanita yang digelar 'mak long' itu tersenyum sinis.
"Awal balik anak kesayangan kau ni?kenapa izzat nak marah mak long? Mak long cuma nak melawat mak izzat jer.tak boleh."kata Datin Sharifah Zahira sambil tangan memengang kemas bahu Datin
Aryani .agak kasar pegangannya."Dah lah mak long.izzat tahu apa tujuan mak long datang rumah izzat ni. Apa yang mak long tak puas hati lagi pasal wasiat tu."balas izzat kasar.
Datin Zahira tergamam namun dia pantas menghampiri izzat.
"Kau tanya apa aku tak puas hati.aku tak puas hati sebab kau dapat banyak harta dari arwah atok.sedangkan aku ni.anak dia dapat sikit jer.mentang-mentang kau satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga ni.so,kau dapat lebih." ,kata Datin zahira dengan penuh amarah.
"Jadi mak long nak saya buat apa?",tanya izzat dengan muka yang selamba.
Jarak muka mereka dirapatkan.
"Aku nak kau bagi harta tu pada aku.aku tahu kau tak layak pegang harta sebanyak tu."balas
Datin zahira .Izzat tergelak kecil kemudian dia terus mencampakkan pasu kecil yang berada di atas meja ."aku tak kan serahkan harta aku pada orang yang tak guna macam kau"kali ini dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya sehingga hilang rasa hormat pada Datin Zahira.
Pantas Datin Aryani memegang lengan anak lelakinya.
"Zatt,tak baik cakap macam tu pada mak long",tegur uminya lembut.
Izzat menoleh kearah Datin Aryani.Dia menatap wajah uminya yang sayu.Tak tergambar keperitan yang dialami oleh uminya.tangannya digenggam erat.
"TAK GUNA kau panggil aku",Datin zahira tersenyum sinis.
"Saya tak faham dengan mak long ni.Ingatkan dengan arwah abi saya je maklong tak puas hati.rupanya dengan saya pun sama."ujar izzat.
"Saya rasa mak long banyak je duit kan.tapi still nak ambik hak orang lain.Itu maksudnya TAMAK.maklong tahu tu",tambah izzat.
Datin zahira kaku.Dia kembali mengawal emosinya.kalau ikutkan hati dah lama tangannya hinggap ke pipi jejaka muda itu.
"Baik mak long keluar dari rumah saya"sambil tangannya ditunjukkan kearah pintu rumah yang sudah terbuka.
"Tak pelah Yani. Nanti aku datang melawat kau lagi yer,"maklum Datin Zahira .
Datin Aryani pula sudah mengatur langkah untuk pergi kearah kakak iparnya.Niat dihati ingin bersalaman sebelum wanita itu pulang.
Walau,dia terlalu banyak terluka hati dengan layanan Datin zahira kepada dirinya dan anak-anaknya.Namun perasaan hormat itu tidak pernah hilang.
Namun kali ini niatnya terbantut apabila izzat terus memengang erat tangannya.
"Saya harap mak long boleh lupakan angan-angan mak long untuk jejak kaki dekat rumah ni lagi."izzat memberi amaran.
"Izzat!"tegur Datin Aryani.
"Biar umi.sepatutnya dari dulu zatt halau dia macam ni"bantah izzat.Datin Aryani kaku disisi izzat.
AKU MASIH masih menunggu dengan seribu penantian. amboi,lamanya. Kenapa dekat dalam tu?gerun pulak aku dengan suara orang macam bergaduh and bunyi benda pecah.
Ada perperangan besar ke dekat dalam?Lama lagi ker dia ni.ker dia dah lupa tentang aku?
Kemudian aku menoleh kearah seorang wanita tua yang baru keluar dari rumah agam itu.Dengan muka yang bengis.
Aku memerhati pakaian yang tersarung pada tubuh wanita tua itu.baju tidak cukup kain .
Kesian.Dah tua pun tak reti tutup aurat.Aku terkejut apabila wanita itu tiba-tiba memandang kearah aku.Dia dengar ker aku mengumpat tentang dia ?aku mula cemas apabila dia sudah mengatur langkah menuju ke arah kereta yang dinaiki ku.
Kini aku sudah ternampak kelibat izzat bersama seorang wanita cina di muka pintu rumah itu.
Tingkap kereta diketuk.apa aku nak buat ni.aku hanya kaku .Kali ini tingkap kereta diketuk dengan lebih kuat.boleh retak aku rasa.
Aku akur.akhirnya aku membuka pintu kereta .Belum sempat aku jejakkan kaki atas tanah.pantas wanita itu menarik tanganku menuju kearah izzat.nak tertonggeng dah aku ni.
Punya erat gengaman wanita tua tu.naik merah pergelangan tanganku.sakitnya.
"Ohh,kau cakap aku tak guna.Yani,anak kau ni yang tak guna.Dah pandai bawa perempuan naik kereta.Entah pergi mana kau bawak perempuan ni?",kata Datin zahira.
"Yani ,ni baru sikit.Lepas ni mungkin lebih anak kesayangan kau ni akan buat."sambung dia lagi.
Aku kelu.aku dah buat reaksi menahan sakit.serius tak tipu.memang sakit.tak bernafas tangan aku.Izzat mula memandang kearah aku.
Kemudian dia menarik tangan wanita itu supaya melepaskan tanganku. Aku terharu seketika.Gentleman betul.
"Aisyah ni anak saudara kawan zatt."terang izzat kepada wanita cina itu.aku hanya mengangguk.wanita itu tersenyum memandang aku.Nampak suci jer muka wanita ni .bukan macam wanita tak cukup kain ni.main sergah tak tentu pasal.
"Iyer lah tu.ke nak cover ",perli wanita itu.apa kena perempuan ni.nak jer aku lastik mulut dia.kenapa selalu tak puas hati?
"Ikut mak long lah nak percaya atau tak.tapi kan.maklong sibuk jaga hal anak orang lain ni.sampai maklong lupa nak jaga hal anak sendiri.kesian Rania.entah apa dia dah buat belakang mak long. "izzat cuba menambah amarah wanita tua itu.
Dia tahu sikap anak daranya yang agak liar itu.oleh itu dia sikit tersentap dengan kata-kata izzat.Wanita tua itu menjeling kemudian beredar dari rumah itu.
YOU ARE READING
mengaku cinta
RomanceAisyah nur salwa mempunyai citarasa lelaki idamannya.Namun apakah kesudahan cintanya apabila Syed izzat anaqi muncul dalam hidupnya.Bertambah huru hara kehidupannya.Dan ego sudah sebati dalam dirinya.Mampukah Aisyah merendah egonya demi mencapai keb...