BAB 5

24 0 0
                                    

Selepas habis waktu pengajaran,aku berjalan keluar dari kelas sambil memegang beberapa buah buku yang agak tebal.beberapa orang pelajar mula memberi salam tanda hormat kepadaku.aku pula menjawap salam dengan penuh lembut.pensyarah paling comel katakan.

Ahh,penatnya seminggu berkerja .Rasa nak hempas tubuh aku ni atas katil.sakit badan.aku berjalan menuju ke bilik yang menempatkan meja ku.

Lepas ni aku nak balik terus.nak restkan badan.nasib baik esok aku cuti .Dapatlah aku
rehat dengan tenang.Nissa mesti gi dating hujung minggu ni.aman rumah.

"Ting"bunyi mesej masuk.aku terus berhenti serta merta .semua buku tadi dialih ke tangan kiriku.aku menyelup
poket baju untuk mencari telifonku.Selepas dicapai ,aku terus melihat mesej yang baru dihantar.

"Nombor saper ni?",fikir aku .

'Assalamualaikum,syah.sihat?
Dah lama saya try call syah tapi x dapat. saya harap kita boleh berjumpa.saya rindu syah sangat-sangat:

Aku mula menjadi curiga.siapa yang hantar ni.ke salah nombor? Tapi dia tahu nama aku.mungkin kebetulan nama sama.aku cuba berprasangka baik .aku mula cemas.ke stalker aku ni?takutnya.

Atau lelaki bernama izzat tu.mungkin dia kot.takkan seminggu tak jumpa dah rindu aku?tak tenang cuti aku kalau masalah ni tak selesai.stressnya.

"Aisyah!!",jerit seseorang.aku terus mengangkat muka .kak mira sudah berlari mendapatkan aku.Beberapa orang pelajar mula memerhatikan kami.

Tubuhku dipeluk kemas.Bukuku hampir terjatuh.kenapa pulak ni?
"Syahlah penyelamat akak.akak ingat syah dah balik rumah tau",kata kak mira.

"Kenapa ni ,kak?gaduh dengan
abang iman ke?",soal aku tapi buat apa dia cari aku kan .pergi lah cari kaunseling.

"Akak nak minta tolong syah.ni hal penting .",balas kak mira dengan muka yang penuh reaksi.aku memandang kiri kanan.adoi,ramai orang ni.semua dah pandang kitaorang .aku memegang bahu kanan kak mira.

"Kak,baik kita borak kat kafe.lagi best .boleh lepak-lepak.minum-minum."ajak aku teruja.

Tanganku ditolak dari bahunya."sorry ,syah.akak memang tak de masa nak lepak-lepak.minum-minum kopi.ni pun akak lari kejap dari tempat kerja.kang bos cari.naye akak ."
,balas kak mira dengan nafas yang turun naik.

"Okey,akak nak cerita kat sini jugak ker?"soal aku.

"Kita duduk kat meja tu lah"cadang kak mira sambil jarinya ditunding kearah sebuah meja batu.kami bergerak menuju kearah meja tersebut.

Buku-buku berat tadi diisi di atas meja .oii,boleh patah tangan aku.kak mira pula sudah duduk menghadap aku.tak sabar nak bercerita.
Masalah apa ni macam besar sangat .

"Syah,"suara manjanya lalu tangannya mengusap lembut tanganku.aku dah dapat rasakan sesuatu."cakap jer ,kak.kalau syah mampu.syah tolong."balas aku.

"Syah boleh tak teman akak pergi majlis kawan abang iman malam ni.please!!"terang kak mira dengan muka simpati.

"Abang iman kan ada",aku masih menatap muka sayu kak mira.

"Abang iman drive sendiri dari pejabat.dia tak balik rumah sebab takut lambat.so,akak kena pergi sendiri. malulah akak datang takde pasangan.abang iman suruh ajak syah untuk teman akak"muka simpati ditunjukkan .adoi kak mira nii.aku baru nak berehat.bukan aku nak tolak.Diaorang selalu tolong aku time aku susah.

"Majlis ape?"aku kembali bertanya.

"Akak pun tak pasti.tapi majlis orang-orang....."

"Faham!orang kaya kan .tapi syah tak de dresslah kak.baju biasa jer.ke nak suruh syah pakai baju kurung."sakat aku.Tapi bagi aku okey jer .nampak macam perempuan melayu terakhir.

mengaku cintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang