ε●з Park Jimin House ε●з
: 1930 PM :
°°°NO ONE
Vroom ! 🏍
Bunyi motosikal Ha Sungwoon memecahkan kesunyian di kawasan perumahan tempat tinggal Jimin . Tempat tinggal orang kaya lah katakan .
"Saeng ( adik ) ! Abang dah balik !" kata Jimin kepada adiknya yang berada di dalam rumah selepas dia turun dari motosikal Ha Sungwoon , kawan kepada sepupunya yang tinggal di Berlin , Australia . Ha Sungwoon merupakan seorang pelajar universiti , dia tua 3 tahun daripada Jimin bermakna dia berusia 21 tahun .
"Oh, Hyung , terima kasih sebab tolong hantarkan Jimin . " kata Jimin pula kepada Sungwoon sambil tersenyum menampakkan eyesmile . Sungwoon hanya mengangguk dan mengangkat tangan tanda 'no problem' lalu berlalu pergi .
.
.
.
.
.Jimin berjalan masuk ke dalam rumahnya . "Saeng ! Saeng kat mana !" jerit Jimin apabila mendapati adiknya tiada di ruang tamu .
"Woi woi , aku dekat dapur lah ! Jangan memekik boleh tak ?! " jerit Lee Daehwi , adik angkatnya .
Mereka berdua merupakan sahabat yang rapat sejak kecil , tetapi disebabkan kedua-dua ibu bapa mereka tinggal di luar negara untuk menguruskan perniagaan di sana , Jimin dan Daehwi mengambil keputusan untuk tinggal bersama . Ibu bapa mereka juga tidak membantah keputusan mereka berdua untuk tinggal sebumbung itu .
Jimin dan Daehwi amat rapat seperti belangkas . Walaupun dari keluarga yang berbeza , tetapi mereka tetap menyayangi satu sama lain .
Daehwi muda setahun dari Jimin . Jimin berusia 18 tahun , manakala Daehwi pula 17 tahun . Maka Jimin menganggap Daehwi sebagai adiknya . Daehwi terpaksa bercuti dari sekolah selama 6 bulan kerana dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung .
Daehwi mengalami masalah jantung sejak berusia 19 bulan , oleh sebab itu dia terpaksa menjalani pembedahan jantung .
Daehwi hanya boleh dibedah apabila usianya mencapai angka 16 atau 17 tahun kerana kata doktor yang merawatnya , pada waktu itu barulah jantungnya lebih bersedia untuk dibedah .
Sekiranya Daehwi dibedah ketika dia masih terlalu muda , ia akan mendatangkan bahaya kerana jantungnya boleh mengalami impak akibat fungsi dan struktur jantung yang masih terlalu lemah.
Doktor mengatakan selepas pembedahan , Daehwi masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan untuk mengelakkan jantungnya mengalami masalah lain selepas pembedahan .
Jimin berasa kasihan dan sedih terhadap Daehwi , kerana pada usianya yang masih muda dia sudah terpaksa mengalami masalah kesihatan yang serius . Ibu bapa Daehwi pula lebih mementingkan karier dan kerjaya mereka berbanding kesihatan anak sendiri .
Oleh sebab itu Jimin bernekad untuk sentiasa berada di samping Daehwi , bagi menggantikan kasih sayang ibu bapa Daehwi yang semakin hari semakin pudar .
"Saeng , kan hyung kata tak payah masak . Degil sangat kau ni , dahlah baru lepas kena bedah . Tak takut ke kalau ada apa-apa masalah ?" tutur Jimin kepada Daehwi selepas meletakkan begnya di bilik .
"Hyung, i am FINE . I am OKAY . Tak payah risau sangat lah hyung .. Baru apa nya kalau dah 3 bulan Daehwi kena bedah ? Lagipun kalau Daehwi tak masak , terpaksalah kita makan makanan yang Jimin hyung masak ." kata Daehwi pula sambil meletakkan makanan di atas meja makan .
YOU ARE READING
[ OG ] Trust Who? | PJM
أدب الهواة"Trust what you see and hear. Not what you only see, neither what you only hear." ~ h y u n i e ~ ________________________________________ "penuh dengan kemerapuan oleh author yang gileww" - sekian. 🌙️©hyuniePuddle ♬ start : ╰ 17 Nov 2019╯ ♪ e...