Taehyung memandang Hanna yang ditekup mulutnya itu. Namun badannya tersepit dan lemah untuk bergerak.
Setelah lelaki itu beredar, Taehyung perlahan-lahan cuba untuk keluar dengan bersusah payah kerana keadaannya begitu rapat dan tersepit di situ.
Taehyung memeriksa separuh kereta yang sudah hangus. Setelah memastikan tiada tumpahan minyak, Taehyung terhinjut berjalan ke bahagian pintu satu lagi. Kaki dan tulang bahunya yang terseliuh itu cuba diabaikan.
Dia menghampiri Hanna terlebih dahulu. Dia mencium dahi gadisnya itu berkali-kali. Air matanya mengalir. Melihat isterinya terseksa oleh kerana masalahnya.
Sayup-sayup Taehyung terdengar bunyi rengekan. Taehyung menghampiri pintu kereta bahagian penumpang. Lalu kereta yang terbalik itu ditolak dengan segala kudratnya demi menyelamatkan anaknya.
Taehyung memecahkan cermin kereta nya dengan berhati-hati dan dia mengalihkan bantal yang menekup Naeun.
Tali pinggang pada seat, dan carseat itu dibuka. Naeun menangis dengan kuat. Taehyung mendekatkan wajah anak gadisnya itu pada dadanya.
Perlahan-lahan yang dengar cumalah esakan kecil dan sedu sedannya.
Taehyung mengusap belakang badan anaknya itu. Air matanya mengalir penuh syukur.
"Anak appa kuat, appa bangga dengan Naeun." Dahi anaknya dicium.
Bertapa bersyukurnya dia apabila mendapati anaknya berada dalam keadaan normal.
"Pa...tal...tu.." Naeun menunjukkan sesuatu dalam kereta tadi. Naeun diturunkan dari dukungan.
Taehyung mencapai bantal Naeun dan menepuknya terlebih dahulu memastikan tiada kaca melekat pada bantal itu lalu diberikan pada anaknya.
"Naeun, pegang seluar appa, nae?" Naeun terkedek-kedek mengikuti Taehyung ke arah Hanna.
"Pa..wae...ma?" soal Naeun.
"Omma sakit...Naeun-ah, appa tinggalkan Naeun dengan omma, nae? Bila appa dah settlekan semua masalah ni, appa datang balik untuk Naeun dan omma."
"Wae..appa..." Naeun yang memahami itu mencebik untuk menangis.
"Appa nak pastikan, omma dengan Naeun selamat dulu. Kita dalam bahaya. Naeun faham appa kan?" Taehyung mengusap kepala Naeun. Anak kecil itu menggangguk.
"Nanti appa datang balik, nae? Appa sayang Naeun, appa saayang omma. Jangan lupakan appa, nae?" Pesan Taehyung lagi.
Hampir menangis dirinya melihat anaknya itu sebegitu.
Taehyung mendukung tubuh Hanna yang tidak sedarkan diri itu. Naeun memegang seluar Taehyung dan mengikuti langkah Taehyung keluar dari kawasan itu.
Setelah beberapa jam berjalan, mujurlah di dalam kawasan itu terdapat sebuah perkampungan kecil.
Taehyung menarik nafas dalam.
Sebuah rumah dihampirinya lalu pintu rumah itu diketuk.
"Naee, waeyo." Pintu rumah itu dibuka, muncul wajah seorang warga emas menyambut.
"Oh waeyo? Kenapa dengan korang?" soal halmeoni itu dan memandang mereka sekeluarga.
"Kami kemalangan, dari highway atas tu."
"Oh, jemput masuk, mari sini." Taehyung menggangguk dan mengikuti halmeoni itu.
" Tak pernah pernah ada kemalangan dekat situ. Macam mana boleh kemalangan?" soal halmeoni itu.
Taehyung membaringkan Hanna dan mengambil tempat duduk dihadapan halmeoni. Manakala Naeun berkepit sahaja dengan appanya.
Taehyung menceritakan segala insiden yang berlaku sehingga mengakibatkan dia kemalangan dan tentang keadaan Hanna.
"Halmeoni boleh ubatkan dia." Taehyung menggangguk, dia mempercayai halmeoni kerana dia lihat rumah itu memiliki banyak herba di dalam rumahnya.
"Halmeoni, boleh tak kalau saya tinggalkan isteri saya dengan anak saya di sini? Saya nak uruskan hal hyung saya dan kalau boleh saya taknak libatkan isteri saya dengan anak saya."
"Boleh je, lagipun halmeoni ni sorang-sorang je. Halmeoni boleh uruskan mereka." ujar halmeoni.
"Gomawo halmeoni," Taehyung mengelap air matanya. Naeun dipeluknya dari tepi itu dipandang.
"Naeun duduk dengan halmeoni baik-baik, jaga omma. Tau! Nanti appa datang balik." Pesan Taehyung pada Naeun.
"Kamu gerak bila? " soal halmeoni.
"Esok kut." balas Taehyung.
Halmeoni menggangguk.
------
Keesokannya, Taehyung yang sudah mandi itu mengejutkan anaknya. "Naeun-ah, appa nak pergi dah." ucapnya.Naeun bangun lalu memeluk leher Taehyung.
Tubuh anak kecilnya itu dipeluk erat dan lama.
Air matanya mengalir.
"Appa akan pastikan lepasni, omma dengan Naeun tak rasa dah semua benda ni." pesan Taehyung.
Taehyung memandang Hanna di atas katil rawatan halmeoni itu.
Dahi Hanna dicium lembut.
"Bangun sayang, jaga anak kita. Jaga diri sayang. Oppa datang balik nanti, nae? Saranghaeyo.." Air matanya mengalir menitik ke dahi Hanna.
Air mata itu dilap.
Wajah Hanna diusap. Tangan isterinya itu digenggam, cuba memperoleh kekuatan buat dirinya.
Taehyung menuju ke laman luar rumah untuk bertemu halmeoni.
"Halmeoni.." panggil Taehyung.
Halmeoni menoleh, "Ouh..ha kamu nak gerak dah ke?" soal halmeoni.
Taehyung menggangguk lalu menyalami tangan halmeoni.
Taehyung menghulurkan beg saku kecil yang mengandungi semua not tunainya dan kad kreditnya serta meninggalkan nota nombor pin kad kreditnya itu. Buat belanja halmeoni dan barang2 keperluan isteri dan anaknya.
"Tak perlulah, nak.."
"Halmeoni ambillah, jagakan mereka untuk saya nae?"
-------
TBC
YOU ARE READING
[C] The Lost Memories | kth
Fanfiction"Siapa awak sebenarnya? Untuk apa semua selamani?" -Hanna "I am your forgotten past."