Pencakar langit

193 32 15
                                    

Bab 4

"Kekadang apa yang kita inginkan tak semestinya akan menjadi kenyataan,tapi bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah beri kerana Allah tahu yang kita lebih memerlukan sesuatu"














Terpegun sepasang iris brownku melihat bangunan yang gah berdiri teguh di hadapanku. Dengan ketinggiannya yang mencakar langit dan diselaputi warna coral dan peach memang cukup menyeret sukma seseorang untuk mengidami rumah yang mewah seperti ini termasuk diri aku sendiri.

Aku lihat lelaki misteri yang berkot hitam itu sudah memasuki perkarangan kondominium, dengan sepantas kilat aku berlari membantuti langkahnya. Bagasi yang kubawa juga turut memecut laju mengejar kakiku. Nafas sudah tidak sehaluan.

"Awak tunggulah," ucapku dengan nafas yang tidak teratur. Kaki ku terasa lenguh dan sakit akibat memecut seperti badai angin.

Lelaki misteri itu sedang berdiri di hadapan lif yang masih belum terbuka. Tangan kekarnya dimasukkan ke dalam kocek seluar slack. Aku yang baru menghampirinya tidak dilayan sama sekali. Kuang ajo punya budak!

Tingggg.

Pintu lif akhirnya terbuka luas, kaki terus dibawa masuk ke dalam. Aku yang hanya memerhati tindak-tanduknya hanya mendiamkan diri di sampingnya. Nak berdehem pun susah apatah lagi nak mencuri pandang wajah bekunya. Haaa sombong!

Akhirnya lif telah berhenti pada destinasi yang dituju. Fulamak tingginya mencakar langit cukup membuat aku gayat. Dejavu? Haa tidak aku kali pertama saja takut nanti lama-lama lenyaplah itu.
Tenang di posisi bosku.

Dia segera keluar lalu menuju ke kawasan yang paling hujung. Mungkin itu tempat kediaman dia kut. Aku hanya membantuti langkahnya dari belakang.

Lelaki bengong ini tiada mulut ke?

Aku lihat jari-jemarinya sibuk menari-nari pada dinding kediamannya di tepi pintu. Locker rumahnya itu hanya disapu guna jari aje haa maklumlah touch screen. Perghhh, apa password rumahnya ini? Aku tatap gerak-geri jarinya yang menekan-nekan nombor di atas papan kekunci pintar rumahnya. Tut... Tut 132 apa lagi itu adui laju betul lah tangan si bahalul ini.

"Kau kenapa curi tengok password rumah aku?" Dia yang sudah melangkah masuk ke rumah kediamannya itu hanya mencekak pinggang di hadapanku. Aku menelan air liur yang terasa pahit.

Adoi bengongnya lah kau Wiya!

"Ma-na ada awak," ucapku sedikit gugup dan menggaru belakang leher yang dilapik tudung bawal. Bibir lelaki itu tersenyum senget. Haa sumpah aku tak kuat.

Heyy dia ini sengaja betul nak curi hati aku.

"Hoi bebal, kau ingat aku tak tahu yang kau curi-curi tengok password rumah aku tadi! Ke kau nak curi rumah aku?" Lidahku terkelu apabila dia menikam anak mataku tajam.

Haa tak ada ke buah idea yang terlintas di fikiran aku sekarang. Hoi otak tolong bagi kerjasama sat.

"Tak ada maknanya saya nak curi  rumah awak, baik saya curi cinta awak dapat faedah lagi," kataku selamba bersama sengihan di bibir. Ingat aku ini pengikis harta ke encik abang?

"Malas aku nak layan kebebalan kau ini, buat aku stress ja," dia menggelengkan kepala. Mungkin geram dengan aku kut. Haa baru sakat sikit dah naik angin. Heyy belum lagi aku kiss. Mungkin koma sebulan ehek.

Haa hebat tak penangan cinta aku?

"Jadi yang kau tercegat kat depan pintu kenapa? Kau nak aku angkat masuk dalam macam itu?" Mati senyuman aku tatkala suara lelaki itu bergema lantang. Aku hanya mencebik. Beg roda itu aku tarik kasar lalu mengaturkan langkah ke dalam rumahnya yang luas itu.

Hello, Encik KesayanganWhere stories live. Discover now