Bab 6
"Kebahagiaan adalah satu benda yang perlu disembunyikan asbab bukan semua manusia yang merasa bahagia"
Aku memegang perut yang asyik berkeroncong kencang. Air liur aku telan kesat. Sesekali kaki merayap ke ruang dapur, kepala yang disarung tudung bawal aku garu dengan kuku yang sedikit panjang. Haa perut aku berasa kosong dan haus. Sungguh tika ini beta berasa hendak makan sesuatu wahai rakyat jelataku. Okay Wiya saja nak merepot. Abaikan!
Aku mengusap dagu dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kiri. Peti sejuk yang terletak di depan mata aku tatap lama. Aku basahkan bibir dengan lidah yang terasa kering. Bahawasanya daku sedang bertarung dengan hawa nafsu sendiri saat ini. Takkan lah aku nak curi makanan si misteri ini. Adui kalau aku ambil tanpa pengetahuannya mesti dia akan marah.
Aku cuba memikir bagaimana cara aku hendak mengisi perut yang kosong ini, takkanlah aku nak makan kuali? Aduhai perit sekali nasib beta!
Aku cuba melangkah setapak, tangan aku panjangkan untuk membuka peti sejuk. Belum lagi tangan mencapai pintu pembuka peti sejuk suara serak-serak basah menerjah masuk ke halwa telinga.
"Kau nak curi apa kat dalam refrigerator aku tu haa?"
Aku kalihkan wajah ke belakang. Mata sapphire itu menembus masuk ke mata brownku. Aku menelan air liur. Mampus kau Wiya!
Mampusssssss!
"Eh ma-na ada, saya bukan pencuri lah awak," ucapku tergugup apabila mata itu masih merenung aku tajam.
"Habis yang kaki kau terjengket-jengket kat depan peti sejuk tu dah kenapa? Ke kau baru nampak peti sejuk?" Misteri sapphire itu bercekak pinggang.
Dia kata aku baru nampak peti sejuk? Hello encik misteri saya bukan kampungan sangat hingga tidak tahu apa itu peti sejuk.
"Bukanlah awak, sticker doraemon kat peti sejuk awak ini nampak comellah pandai awak pilih." sengaja aku terkekek ketawa. Jari telunjuk aku tuding ke arah peti sejuk di belakangku.
"Bengonglah kau!" Nada sebal dapat dikesan. Aku memuncungkan bibir sebaik mendengar ucapan tak berteladannya.
Nak saja aku tempeleng bibir merahnya tahu! Haa geram aku suka betul membengongkan anak orang! Tapi tak sampai hati pula aku. Tak apalah biar aku beri dia pengajaran kasih sayang.
"Awak tak baik tahu panggil nama orang dengan panggilan yang buruk," tegurku bersama senyuman yang tergaris lebar. Automatik terangkat kedua belah keningnya melihat tindak-tandukku.
"So?" Kelihatan dia seperti malas ingin melayan karenahku. Huh nak kena tazkirah mamat ini.
"Allah pernah berfirman dalam surah Al-Hujrat ayat 11..." Aku tidak terus menyambung bait bicaraku apabila dahi mamat misteri itu menggelembur sepuluh lapis.
Melihat dia yang hanya berkerut dahi aku terus menggigit bibir geram. Kerut macam kerepot pun nampak hensem ke? Aduh seriuslah.
Aku mengusap tekak aku yang diselaputi oleh tudung bawal, intonasi suara aku perbetulkan bersama deheman.
"Okay sambung balik ye wak," aku tersengih-sengih kerang busuk.
"Allah pernah berfirman dalam surah Al-Hujrat ayat 11 bahawa janganlah kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seislamnya, seperti panggilan ya Fasiq, ya Kafir, firaun, Haman dan sebagainya," tazkirahku panjang lebar membuat dia terpegun memandang aku.
Dia yang hanya tercancang di tepi dinding itu membuat aku berganjak ke arah meja makan. Terpaksalah aku menahan perut yang asyik bergoyang dumang. Haaa sabar ya anak nanti mama cari makanan. Kerusi aku tarik dan aku labuhkan punggung di atasnya.
YOU ARE READING
Hello, Encik Kesayangan
RomanceBerlari sepuas hati, Tersungkur di atas jalan, Bertemu hero pencuri Heroin tidak keruan. "Awak,awak.tolong saya a-da penculik" Pertemuan yang tak diduga dan disengajakan antara si malang dan si pencuri. "Apa yang aku dapat kalau aku bantu kau?" Dala...