Girlfriend

176 35 19
                                    


Bab 7

"Hargai mereka yang masih berjuang,jangan hargai mereka saat sudah kehilangan"




Disebabkan aku tiada aktiviti yang menarik nak dibuat, aku rajinkan diri untuk mengemas rumah milik si sapphire. Al-maklumlah teman-teman nak cari menantu, pilihlah seorang yang rajin eh macam Wiya ini! Confirm kena sayang mentua.

Aku mengambil apron yang tersidai di belakang pintu dapur lalu talinya aku ikat mati pada susuk badan.

Batang penyapu aku genggam lalu kaki menuju ke dalam ruang tamu, penyapu itu aku gerak-gerakkan untuk membersihkan habuk di atas lantai mozek yang berkilau ini.

"Bila larut malam suasana sepi tiadapun insan yang kulihat lagi..." Aku bermadah kasih lagu saloma di dalam ruang tamu bersama lenggokkan badan ke kiri dan kanan.

"Mengapa hatiku... Merasa terharu. Di malam ini terasa sunyi..." Mulutku semakin rancak menyanyikan irama muzik Saloma beserta suara yang beralun. Penyapu yang ada pada tangan serta-merta aku jadikan sebagai tiang mikrofon.

Sedang leka aku berlagu, tiba-tiba pintu rumah terkuak besar. Jika pintu ini terbuka maka datanglah seseorang tetamu ataupun pemilik tuan rumahnya.

Ehhhhhh?

"Who are you?" Soal seorang gadis yang bertubuh keding dan lampai.

Membuntang besar mata melihat gadis blonde di depanku, penyapu segera aku pegang pada posisi asalnya.

"Err sa-saya..." Gugup dan berat mulut ingin mengaturkan ayat.

"She's my girlfriend!" Muncul satu suara serak di belakang gadis blonde ini. Aku menyengetkan wajah melihat gerangan manusia tersebut.

Siapa lagi kalau bukan hero aku?

"Hah... Whatttt?" Melopong bulat mulut si gadis yang putih mulus itu.

"Ye dia girlfriend aku!" Beritahu si sapphire itu lagi. Kini lidah aku semakin kelu. Payah betul aku nak lontarkan butir bicara.

Aku kekasih hati dia? Eh sejak bila pula ini?

"Ohh, pleaselah Aiman. You jangan nak tipu I!" gadis itu menjeling aku sekilas.

Aiman? Nama itu...

"Aku tipu kau? Sejak bila aku tipu kau? Yes, aku serius gadis ini girlfriend aku!" Lelaki misteri itu mengaturkan langkah ke arah aku. Ditatapnya sepintas wajah blur aku. Sumpah aku keliru sekarang.

Ya Allah... Dia ke?

"Agaklah juga Aiman, I tahu perempuan ini you punya maid! You ingat I ni bodoh ke? Tak tahu nak beza yang mana satu taste you!"

"Stop ganggu aku Elfira! Lantak kaulah nak percaya aku atau tak. Gadis ini girlfriend aku dan bakal menjadi ibu kepada anak-anak aku nanti!"

Iskkk, ibu kepada anaknya? Tang apa dia mengarut ini?

Hahh stress! Mengapa aku boleh terjebak dengan masalah rumah tangga mereka ini. Daripada aku terpasak di sini memerhati mereka ada baiknya aku masuk ke dapur semula. Perlahan-lahan aku pusingkan badan dan ingin mengaturkan langkah yang seterusnya.

Belum lagi aku menggerakkan kaki, tiba-tiba lenganku ditarik oleh tangan kekar di sampingku. Aku menggigit bibir sebal lalu badan terpaksa aku pusingkan  menghadap roman wajahnya yang terlalu kacak dan berseri itu. Mata aku jengilkan ke arahnya. Dia hanya tersenyum senget.

Hello, Encik KesayanganWhere stories live. Discover now