Merajuk

106 12 4
                                    

Kecik besar, kecik besar je aku pandang si minah blonde di ruang tamu ini. Apa yang dibuat kat sini? Menggedik aje nak dekat dengan bakal suami aku. Eh si bahlul pun tidak kurang sama. Melayan aje karenah si perempuan gila itu. Menyampah tau tak!

Aku mendengus kasar. Panas tau duduk kat sini. Menyakitkan hati aje. Boleh berdarah jiwaku yang berhati suci. Terus aku membingkaskan badan dari sofa empuk itu.

"Azza nak ke mana tu?" Tegur suara husky apabila melihat aku beredar dari ruang tamu itu. Aku pusingkan kepala untuk menatap mukanya.

"Panaslah kat sini wak," intonasi yang sengaja aku lembutkan. Mata memerhati sekilas ke arah si minah blonde di sebelah lelaki itu. Ceh macam kau tu cantik sangat nak jeling orang bagai.

"Takkan pergi macam tu je? Temanlah Adeeb kat sini dulu. Adeeb pun nak tengok bakal isteri saya ni kat depan mata. Hm rindulah sayang," dia senyum segaris menampakkan lagi belahan dagunya yang seksi itu. SubhanaAllah indah sangat ciptaan-Mu ini.

"Lah, awak ni. Tu Elfira kan ade kat sebelah awak. Janganlah romantis sangat. Nanti ada orang jeles tau," Ujarku tersengih-sengih. Merah padam muka si Elfira aka minah blonde sesat kat bumi Malaysia ini. Sengaja je aku mengada kat Adeeb Aiman.

"I datang ke sini just nak minta maaf kat Aiman. Yang you nak kata I jeles ni apasal? You tu perempuan tak tau malu kan, tinggal kat rumah jantan yang belum sah jadi laki kau,"

Amboi, boleh tahan mulut dia. Aku sekeh  pala minah ni kang. Isk geram aku tau.

"Excuse me, donde donde donde eh eh, minah blonde blonde eh eh," Sengaja aku menyanyi untuk menyakitkan hati minah blonde itu. Dia mengepal penumbuk lalu bangun dari tempat duduknya. Adeeb turut bingkas lalu menahannya daripada menyerang aku yang tersenyum nakal di tepi dinding itu.

"Yang awak nak terasa kenapa Elfira?" Aku menjongket kening dengan memasang wajah hairan.

"Ah, kau sudah! Dasar perempuan murahan!" Dia menjerit nyaring. Kurang ajar dia kata aku perempuan murah? Mulut dia ni sesuai kena kisar dengan lada benggala.

"Apa awak cakap?" Soalku sekali lagi.

"Kau..." Belum habis dia menutur ayat, Adeeb sudah bersuara lantang.

"Dahlah El, aku dah maafkan kau pun. Aku sibuk ni buat kerja, takkan kau tak nampak? Baliklah kalau macam ni," Adeeb memicit pelipis dahinya. Laptop dan segala kertas sudah berserabut di atas meja itu.

"Fine, I dah nak balik ni. Tapi boleh tak you suruh dulu perempuan ni pergi jauh sekejap. I ada nak bincang something dengan you," pinta Elfira membuat Adeeb mengeluh kecil.

"Azza pi masuk bilik sekarang!" Arahnya tegas. Aku memasang muka tidak puas hati. Ini lagi satu tadi bukan main suruh aku duduk kat sini. Lepastu halau aku macam tu je? Kurang asam jawa ni mamat sapphire.

Elfira tersenyum senget lalu menjeling aku tajam. Aku menggigit bibir geram melihat reaksi muka si perempuan gila itu. Tak betah lagi aku di sini, terus aku menghentak-hentak kaki tanda protes menuju ke bilikku itu.



🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Kebetulan aku berasa bosan duduk di dalam bilik ini terus aku keluar menuju ke dapur. Malas aku nak menoleh ke arah ruang tamu itu. Entah apa je yang mereka berdua bincangkan. Minah blonde ni pun gatal dia lain macam. Nak aje aku baling selipar aku yang cantik kat muka dia. Gedik sangat nak terkepit-kepit dengan bakal laki orang.

Perut aku berbunyi minta diisi, hmm lapar ya anak mama ini. Baru sahaja aku ingin menarik daun peti sejuk itu, telefon aku berdering tanda panggilan masuk. Dengan pantas aku menarik telefon itu dari kocek seluar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hello, Encik KesayanganWhere stories live. Discover now