"Jai!..."
Hafzal yang sedang menyelam di dalam sungai terus timbul apabila mendengar namanya dipanggil walau nadanya agak berdengung pabila menyapa gegendang telinga. Anak matanya meliar mencari pemilik suara itu.
"Kau kenapa? Terpekik telolong macam orang meroyan kenapa?" Hafzal mendengus kasar memandang Hajar yang duduk di atas batu dengan riak wajah yang ingin menangis.
"Ka.. Ka.. Kaki aku! Ada ulat gonggok..." Ujarnya dengan tangis. Tubuhnya kaku kerana risau ulat itu akan menyerangnya apabila dia bergerak.
Hafzal menepuk dahi apabila mengetahui situasi itu. Langkahnya dimajukan laju ke arah Hajar.
"Cepat la. Dia nak naik atas dah." Rungut Hajar.
"Sabarlah! Kau ingat aku ni Naruto ke boleh berjalan atas air? Ulat gonggok pun takut. Kalau pacat atau lintah, logik la juga." Dengus Hafzal geram.
Hafzal melabuhkan duduk di sisi Hajar. Ulat gonggok di peha Hajar dibuang jauh. Air mata Hajar diseka tanpa riak.
"Janganlah menangis. Bukan dia gigit kau pun." Bajunya disarung.
"Aku bukan menangis sebab tu. Kau tu marah aku. Dah memang aku geli, tak akan aku nak gelak pula." Hajar menyeka sisa air matanya.
"Ya la. Aku minta maaf la. Kau panggil aku macam apa entah. Sanggup aku tinggalkan rekod selaman baharu aku demi nak bantu kau." Hafzal membantu Hajar untuk berdiri.
"Ish! Kau sedar la yang kau tu nafas pendek. Tak payah beriya nak buat rekod menyelam baharu." Cebik Hajar.
Hafzal menjeling. Tak pernah langsung Hajar menyokong Hafzal dalam mana-mana bidang yang Hafzal ceburi lebih-lebih lagi bidang sukan. Ada sahaja yang mahu dia bahankan. Hafzal kurus. Hafzal lari perlahan. Semuanya tak indah di mata Hajar.
Terkadang Hafzal bengang juga dengan sepupunya itu. Semuanya mahu betul dia sahaja. Kalau boleh, semua orang di dunia ini mahu disalahkan walau tiada kena mengena.
Bagi Hajar pula, Hafzal itu sengal orangnya. Ada sahaja yang dia mahu sakat. Pernah Hajar demam seminggu kerana Hafzal mengusiknya ketika dia sedang tidur. Terkadang, Hafzal itu pemarah orangnya. Ada sahaja yang dia mahu marah. Salah sedikit sahaja sudah tinggi suara.
Namun, air yang dicencang tak akan putus. Sudah berbelas tahun mereka hidup sebumbung dan bergaduh seminggu tujuh hari, namun tak pernah sekali mereka berniat untuk mengkhianati antara sama lain. Ya, sakit hati itu memang ada. Tapi, kalau sudah sama-sama sakit hati, reda sahajalah.
YOU ARE READING
BUKAN CINTA PAKSA
RomanceHajar Malisa binti Daud, will you marry me? -Waiz Azham I can't -Hajar Malisa Melepaskan si dia yang sudah bersama selama lima tahun kerna berubah arah mahu menjaga hati sendiri pula setelah bertahun-tahun tersakiti dan dicurangi bukanlah sesuatu ya...