Tok! Tok!
"Dah ke? Aku nak betulkan tudung ni." Soal Hajar di luar kamar.
Hampir dua puluh minit juga Hafzal meminjam kamar Hajar untuk menukar baju. Mentang-mentanglah orang bagi pinjam, dia buat macam bilik sendiri pula.
"Dah."
Hajar menguak pintu kamar. Pintu kamar dibuka seluas-luasnya kerana Hafzal masih si dalam kamar. Dia tak mahu nanti disalah erti pula. Punggungnya dihempas di tempat duduk meja solek. Tudungnya diperkemaskan dengan sedikit perubahan.
"Kau kenapa terkial-kial tu?" Hajar bersoal apabila menyedari yang Hafzal masih tak lepas tangan dari kolar bajunya.
"Ini, rantai butang ni dia tersangkut. Aku mana nampak nak cabut. Kang rentap, rosak pula baju ni. Baru beli ni." Rungutnya.
Usai sahaja membetulkan tudung, Hajar bangun dan berdiri di hadapan Hafzal. Tubuhnya sedikit direndahkan bagi mudah melihat kolar baju Hafzal.
"Dongak." Arah Hajar tegas sebelum laju tangannya membantu meleraikan rantai butang dari jahitan baju.
Hafzal meneguk liur. Pahit, payau, masin semua ada. Terasa bagai suami isteri di hari raya pertama pula.
"Dah. Lain kali, duduk tempat orang pun kena rajinkan juga pakai baju Melayu. Inilah jadi kalau dah bertahun tak pakai. Kekok teruk nau!" Hajar menggeleng kepala.
"Amboi! Macam pinang dibelah-belah. Dah la baju sama. Lepaih tu tolong butangkan baju pula. Ini macam hangpa pula nak kahwin ni." Tegur Irdina di muka pintu sambil bersilang tangan di dada.
"Aisy! Aku tolong aje la. Butang dia tersekat tadi." Bentak Hajar cuba membuang prasangka yang dimiliki Irdina terhadap mereka.
"Ah! Sudahlah berdusta itu. Suka katakan suka. Cepat sikit. Kami nak gerak pi masjid dah ni."
"Pergi la dulu. Aku ada kereta."
"Ish! Sombong!"
*****
"Amboi! Senyum lebar sangat tengok orang naik pelamin. Hajar bila lagi?" Sapa Puan Sarlina."Apa mak ni? Hajar lambat lagi la. Ekonomi tak stabil lagi." Hajar cuba menepis topik yang bakal hangat sebentar lagi. Syukurlah tidak ramai orang. Jika tidak, teruk dia kena bahan nanti.
"Mak bukan apa. Hajar tu anak tunggal mak. Mak ni dah tua. Lagipun, arwah abah pernah minta benda sama kan sebelum dia meninggal?" Pujuk Puan Sarlina.
Usianya bukanlah terlalu muda dan tidaklah terlalu tua. Tetapi, tubuhnya sudah tidak bermaya. Maut tiba tak mengira umur atau masa. Kalau boleh, dia mahu lihat anak sulungnya sah menjadi isteri orang di hadapan matanya sendiri.
"Hajar tahu. Tapi, Hajar masih tak ada calon. Hajar malas fikir pasal ni lagi la mak. Hajar muda lagi." Dalih Hajar lagi.
"Hajar tahu tak apa yang arwah abah pesan dekat mak? Dia pesan, suruh Hajar kahwin dengan Jai. Dia kata, Jai tu aje yang boleh jaga Hajar sebaik mungkin. Jai aje yang faham macam mana Hajar selain kami." Puan Sarlina tersenyum apabila mengenangkam memori bersama arwah suaminya yang sudah pergi tiga tahun lepas. Dalam diam, matanya berkaca.
"Jai? Sepupu Hajar tu? No! Mana boleh mak. Hajar dah anggap dia tu macam abang Hajar." Hajar laju menggelengkan kepala.
Baginya, ini memang wasiat yang tahap gila. Silap hari bulan, gugur jantungnya jika hal itu diungkit lagi. Tak mungkin dia akan bekahwin dengan Hafzal dan menjadi isteri kepada sepupu karibnya itu. Entah bagaimana hidupnya nanti. Mungkin tunggang terbalik. Mungkin juga mencapai bahagia.
"Mak cuma sampaikan aje apa yang arwah abah pesan."
"Mana boleh mak. Hajar dengan Jai tu dah macam adik-beradik. Kita orang rapat dari kecil. Tak mungkin Hajar boleh jadi isteri dia." Tegas Hajar.
YOU ARE READING
BUKAN CINTA PAKSA
RomanceHajar Malisa binti Daud, will you marry me? -Waiz Azham I can't -Hajar Malisa Melepaskan si dia yang sudah bersama selama lima tahun kerna berubah arah mahu menjaga hati sendiri pula setelah bertahun-tahun tersakiti dan dicurangi bukanlah sesuatu ya...