Tok! Tok! Tok!
"Cik?"
Tok! Tok! Tok!
Hajar terjaga dari lenanya. Tubuhnya terasa sengal-sengal akibat tidur beralaskan tempat duduk kereta. Matanya mengecil apabila panahan mentari menikam mata. Langsung dia tak nampak apa-apa. Wajah gerangan yang memanggilnya juga tak kelihatan.
Semalaman Hajar tidur di dalam kereta di RnR. Nekad semalam dia mahu pulang ke kampung tanpa menunggu esok hari. Dia tak tahu apa lagi yang harus dia lakukan di sana. Perjalanannya hanya berbaki kurang dari 30 kilometer. Namun, matanya bagai menanggung beban berat. Tak mampu lagi menempuh perjalanan yang pendek itu.
"Woi! Hajar? Kau Hajar kan?"
Sekali lagi jeritan itu menyapa gegendang telinga. Hajar memisat matanya. Kerusi ditarik kembali ke posisi asal. Kaca matanya yang terletak di tempat duduk sebelah dicapai sebelum disarung. Tingkahnya bagai tiada sesiapa yang melihatnya.
Tok!
"Hajar! Kenal tak aku?" Ujar jejaka itu dengan senyum lebar sambil menunding jari telunjuknya ke wajahnya.
Buntang mata Hajar sebaik melihat wajah itu. Matanya dipisat berkali-kali. Seakan tak percaya wajah itu kini kembali setelah sekian lama menghilang tanpa khabar berita. Pintu keretanya dikuak. Masih tidak percaya.
"Kenal tak?"
"Jai? Kau? Bila? Macam mana?" Bertubi-tubi persoalan diajukan. Sungguh saat ini dia rasa bahagia.
Sekian lama dia tidak bertemu Hafzal kerana berpisah mengikut keluarga. Hafzal terpaksa berhijrah ke Switzerland mengikut bapanya yang mendapat tawaran kerja di sana. Hajar pula hanya menetap di kampung dan mula berhijrah ke Kuala Lumpur bersendirian mencari pekerjaan.
Rindunya terhadap sepupunya tak terkata. Tak pernah sekalipun dia berpisah dengan Hafzal semasa kecil. Semasa berpisah juga mereka tidak mempunyai telefon pintar. Langsung tidak tahu bagaimana mahu berhubung. Sungguh dia rindu.
"Wey! Aku rindu kau gila. Bila kau balik?" Hajar tidak dapat menahan air matanya dari menglir. Bukan kerana sedih, tetapi dia gembira apabila jejaka yang selama ini dia rindu sudah pulang dan bertemi dirinya tanpa sengaja.
Jika boleh, dia mahu peluk Hafzal sekarang juga. Dia mahu peluk sepuas hati. Tetapi, Hafzal itu sepupunya. Tak mungkin dia akan memeluk Hafzal begitu sahaja.
"Aku balik semalam. Mak su nak kahwin sebab tu aku balik. And maybe aku balik sini for good." Hafzal tertawa.
"For good? Really? Finally, aku boleh lepak dengan kau macam dulu-dulu. Aku tak sangka kau yang dulu kurus keding sekarang dah sado macam ni. Mesti ramai awek Switzerland keliling pinggang." Hajar menampar bahu Hafzal.
"Mana ada. Aku masih single. Kau tu, dah lawa tak bagi tahu. Dulu bukan main gelap lagi kulit kau. Selekeh sana sini. Sekarang, fuh! Aku pun terpikat." Hafzal menampar bahu Hajar pula.
Suasana kecoh bagai mereka berada di kawasan yang lapang sedangkah kawasan RnR itu penuh dengan lautan manusia. Bertepuk tampar seakan tak ada tempat lain untuk berborak. Di parkir kereta juga menjadi pilihan.
"Kau datang dengan siapa ni?" Soal Hajar sebaik menyedari yang Hafzal tidak mempunyai kereta di Malaysia.
"Aku naik dengan member aku mula-mula. Maklumlah, aku tinggal sana sorang. Pak long dengan mak long dah balik sini. So, lepastu aku naik teksi sampai sini. Aku pun kasihan juga pak cik tu bawa aku jauh macam ni. Tapi nak buat macam mana kan?"
"Kalau macam tu, kau pergi la bayar tambang kau. Kau naik dengan aku je. Daripada aku sendu bawa kereta sorang-sorang, batter ada kau untuk teman aku borak. Okay?" Cadang Hajar.
YOU ARE READING
BUKAN CINTA PAKSA
RomanceHajar Malisa binti Daud, will you marry me? -Waiz Azham I can't -Hajar Malisa Melepaskan si dia yang sudah bersama selama lima tahun kerna berubah arah mahu menjaga hati sendiri pula setelah bertahun-tahun tersakiti dan dicurangi bukanlah sesuatu ya...